APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, August 20, 2015

Trip to South Korea : Seoul Tips

ASSALAMUALAIKUM

Jangan kau tanya apa aku buat lepas balik daripada Korea. Trip dah habis lama dah, apa yang aku buat sekarang? Mereput belum move on lagi daripada trip kami ke Seoul (betul betul mereput trust me). Even bangun pagi pun, cuba buat buat tidur balik, buka mata ingat boleh ada dekat Korea lagi, tapi buka mata nampak ceiling rumah sendiri. Susah nak move on even nampak huruf K pun teringat dekat Korea. Tiba tiba teringat pula trip aku ke Thailand yang cerita dia tergantung. HAHAHA, skill blogging dah lama tak asah, tak macam dulu tulisan kaler kaler jijik betul.

So, ni baru tips tips je ek, since aku belum ready nak cerita about Day 1 - Day 8, nanti tak boleh move on, nangis dekat tepi almari. Actually Korea ni one of my wishlist yang dulunya aku target lagi 5 6 tahun nak pergi because I think since 2012 lah kot aku dah letak one of places yang aku kena pergi. But takdelah macam berat sangat nak pergi since kawan kawan lain punya wishlist nak pergi London, Paris, Mongolia (part Mongolia kau tak payah percaya pun tak apa). Then around tahun 2013 rasanya barulah plan betul betul nak ke sana dengan Keba (dia join our squad 6 bulan lambat so denda dia kena ketuk ketampi), Meen, Didi and Dini (actually this Mochiz yang plan nak pergi bertiga, aku apa kira, aku nak join gak). 

Alhamdulillah ada rezeki lebih, around setahun jugalah rancang buat list mana nak pergi, dengan Dini cari mana guesthouse yang best and Didi cari mana tempat menarik nak pergi and we guys get ready dengan all the places yang rasa macam "ok ni ko patut pergi kalau ko tak pergi ko tongong". Better buat research dulu sebelum pergi satu tempat untuk make sure kau takdalah terpinga pinga nak pergi mana dulu. We guys tak guna mana mana agency sebab tak bebas and kena ikut timing agency kan. Better main redah je nak gi mana, keluar pukul berapa pun ikut suka kaulah. Maka terbanglah aku ke Korea , 28 July 2015 dengan kawan kawan yang susah nak handle membawa bekal hashtag #5FriendsInSeoul (click hashtag dekat mana mana social networks eh, tengah trending ni kahkahkah)

Oh lupa, terima kasih kepada akak AirAsia yang kasi kami merasa beraya dalam flight dengan sepaket tart nanas sebesar batu bata. 



Oh ada lagi, mungkin ada yang tanya berapa budget and etc kan? Silakanlah click link youtube dekat bawah ni (come on record tengah tengah pagi muka tempoyak, kau tak nak click? Nak kena sula?)


But aku tahu, aku pun student juga macam korang, ada yang nak jimat quota kan, so dengan merajinkan diri, aku taiplah beberapa tips yang aku rasa korang boleh guna if korang nak pergi ke Seoul, South Korea, but boleh guna dekat manapun korang nak travel actually (berharap ada agensi pelancongan nak ambil aku jadi ambassador as a travel blogger).

No. 1 : Budget
Bila you guys tengok siapa siapa yang travel, mesti nak tahu berapa budget dia kan? Untuk flight ticket pergi dan balik, make sure korang kena selalu check and if nak murah, beli awal. Tahun depan nak pergi, tahun ni beli. But ada juga certain cases yang makin lambat beli, makin mahal, macam case ticket balik aku. Untuk tiket pergi and balik, total RM1100. For guesthouse (we guys stay for 8 days and duduk 2 guesthouse so the price might be different), total RM500. Since datang sini memang nak shopping and berjalan, aku bawa RM3000 (boleh bawa around RM1.5K - RM2K juga and sangat mencukupi if korang just nak jalan and makan je and depends dekat berapa hari nak stay). so total anggaran kasar RM4600. Jangan lupa siapkan duit untuk T-Money, 20,000KRW (lebih kurang macam touchNgo and guna untuk train access dekat sana, boleh refund dekat machine if tak habis guna).

No. 2 : Currency
Depends dekat harga semasa (LOL). But tips, Korean Won dekat sana guna ribu riban so sometimes, I think bukan sometimes, most of the times aku akan keliru dengan matawang diorang. So nak senang, macam ni.

Contohnya, 50,000KRW, korang buang 3 number dekat belakang, darabkan dengan currency, tak faham faham jugak. So, macam ni, 50x3.5 (currency between MYR and KRW), equal to RM175.

But trust me, if shopping dekat mana mana negara orang, jangan compare dengan duit kita. Nanti rasa ralat (nangis). Make sure convert duit awal awal sebab dekat sana ATM dia pelik so daripada menyusahkan diri sendiri, convert je awal awal. Make sure bawa sikitlah USD incase ada emergency ke macam duit tak cukup and etc sebab dekat sana susah nak cari agent yang terima MYR. Plus, jangan simpan duit banyak banyak tu setempat. Asingkan letak sikit dalam wallet, dalam backpack and dalam luggage. Untuk keselamatan.

No. 3 : Luggage
Macam aku, pergi ambil 20kg luggage, balik ambil 30kg, tapi bila timbang, pergi 17kg je and 24kg je balik bag aku and rasa membazir sebab abang ticket tu cakap boleh upgrade seat daripada ambil 30kg. Ni pun pembaziran juga ni. Syaiton menghasut. Untuk travel aku suggest korang bawa je luggage yang large even baju kau sikit. Please, make sure limitkan baju. Nak nak ada yang memang target, sampai je campak bag, berlari nak shopping kan, so benda tu menyelamatkan kau daripada menyesal bila balik tanah air macam aku. To be honest, all the album, kpop merchandise and beauty products dekat sana tersangat affordable and kau akan rasa 1 luggage pun tak muat (sebab tu Meen beli another 1 luggage). Beli banyak banyak, balik Malaysia dah boleh buka instashop kpop store, harga tu mark up sikit. Macam tak pernah menipu pula kan? #sentap

No. 4 : Powerbank
Make sure jadikan kawan karib korang masa travel. Sebab selain tujuan kau nak melawat tempat orang, tujuan lain mesti nak ambil gambar kan? Bettery handphone tu yang penting kau kena jaga. Tak rasa tongong jalan jauh jauh satu gambar pun tak ada. Plus boleh guna phone untuk search waktu solat, waze tempat mana nak pergi and kiblat. Senang kan? Oh ya, ada juga yang cakap "pergi travel ke main phone ni?". Oh man, serious issue ni. Ok, if you pergi travel tak nak pegang phone, terpulang pada niat masing masing. Mukadimah selepas Isya'.

No. 5 : Solat
So memang agak susah sikit bila nak mencari surau dekat tempat orang kan. So, apa kata awal awal prepare sejadah and telekung travel? Yang wajib, tetap wajib kan. so, if rasa yakin tempat tu bersih, solat. Aku suggest korang singgah any mall and try cari area yang tak ramai orang lalu contohnya area platform tangga emergency exit dekat shopping mall. 

Rasanya tak ada apa lagi yang tertinggal kan?

So yang rasa belum terjawab tu please please please click our video and tengok our tips even mungkin ada yang tak complete kan. Tengok apa yang aku taip ni pun aku rasa nak muntah even aku sendiri tak perasan yang aku dah taip panjang gini. Masa SPM dulu nak tulis "Pada suatu hari" pun malas. 

Any questions korang boleh drop dekat comment box bawah, macam first time je open for comments? Hahaha. Yang nak tengok gambar sepanjang dekat sana, boleh singgah Instagram page aku, @skullsulivan ataupun cari je hashtag #5FriendsInSeoul

See you in Trip to South Korea : Seoul Day 1! Coming Soon (entah bila entah ler aku ni kan).


NOTE: Banyak sangat album dengan merchandise ni, tak tahu nak letak mana, hmm.


TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : @SKULLSULIVAN
FACEBOOK : AIZAT ABD