APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, February 13, 2015

Trip to Thailand : Hatyai Part 1

ASSALAMUALAIKUM

Bila cakap pasal Thailand je automatic dalam kepala otak korang tu fikir pondan pondan Thailand je kan? Bagi membersihkan fikiran fikiran dan anasir anasir kotor korang tu, aku telah merancang satu percutian budget bersama dengan kengkawan aku ataupun senang citer, backpack ke Hatyai, Thailand. Bagi nak menambahkan sedap penceritaan aku tu, benda ni takdelah kitaorang rancang dah lama, contohnya macam aku rasa cakap harini nak pergi Thailand then seminggu lepastu kitaorang dah pergi sana dah. OMG sangat kan? Even statement aku tu takdalah menarik manapun kan. 

Siapa cakap ada RM400 ataupun RM500 je tak boleh melancong ke tempat orang? Orang kata bila travel ni kumpul duit sendiri tu yang seronok tu kan. Kira dapatlah kau rasa susah senang nak mengumpul duit tu atas titik peluh kau tu and lagilah buat percutian kau tu rasa bermakna sampaikan kalau boleh resit beli air masa travel tu pun kau tak nak buang. 

Percutian aku ke Hatyai ni takdelah ambil masa yang lama sebab kitaorang memang rancang nak pergi 4 hari 3 malam je asalkan cukup dengan budget yang kitaorang ada and takdelah nanti balik nak kena cari kerja part time sebab duit dah takda. Lagipun memang kitaorang awal awal dah survey and plan mana tempat yang kitaorang nak pergi dan hotel mana yang kita nak pergi sebab Encik Ayah dengan Puan Ibu awal awal lagi dah pesan suruh cari hotel yang senonoh senonoh sikit kat sana. Cara Encik Ayah dengan Puan Ibu cakap tu pun aku dah boleh bayangkan macam mana tak senonohnya tempat tu nanti.

So memandangkan tadi aku cakap percutian budget ataupun backpack. Aku dengan kengkawan pun plan nak naik bas je kesana sebab kalau nak naik flight je beli on the spot untuk round trip nak dekat RM250 tapi kalau naik bas je pergi balik boleh dapat RM100 je and bas siap full package dengan wifi dan akan bertolak daripada Puduraya ke Hatyai. Kira bebetul kat bandar Hatyai dia kasi campak kau even bas dia kau rasa macam naik roller coaster dekat tempat gempa bumi dia punya laju and gegaran. Agak agak dapat bayangkan macam mana tak?

Nasihat aku sebelum bertolak ke sana, korang boleh awal awal convert duit korang tu kat Malaysia sebab kalau kau convert sana bagi aku macam rugi sikit and kalau yang ada CIMB Clicks tu korang takut duit tak cukup boleh setting account bank korang tu untuk guna kat luar negara. Kiranya kalau tak cukup duit korang boleh keluarkan dekat ATM kat sana. Tekan tekan ke kat ATM sana kedabom duit terus dah convert dah. Cara dia kau google lah sendiri sebab kalau aku nak terangkan aku rasa entry ni dah boleh publish jadi novel. So aku awal awal convert 6000Baht kiranya bersamaan dengan RM675 duit Malaysia kalau tak silap aku. Aku pun rasa bangang kenapa pergi convert banyak banyak duit padahal aku kata percutian budget kan. Jangan lupa pulak bawak spare duit Malaysia sikit sebab nanti korang ada kena bayar Insuran sebelum masuk sana lebih kurang RM5 je. Macam beli topup tu, tapi takdelah nak kena gores. Siapa percaya kena gores aku lastik kepala kau nanti.

lighting tengah lawa ni kan silap besar lah kalau tak ambil gambar

So sampailah masa untuk aku bertolak ke Hatyai. Bohonglah kalau aku kata tak rasa excited tu kan, kalau boleh malam sebelum tu dah pacak khemah dekat puduraya sebab excited dia tu tahap 9 skala ritcher tau. Make sure kau jangan tertinggal pulak passport kau. Aku rasa tu benda paling penting. Biarlah camera kau penuh bag tu tertinggal asalkan jangan passport. Lepas semua dah settle, kitorang pun mula bertolak ke sana dalam pukul 9.30 pagi tepat hari Khamis bersamaan dengan 22 Jan 2015. Macam nak umum tarikh hari raya kan cara aku. Bila dah namanya travel tu tak payahlah kau fikir nak singgah makan kedai mamak lah teringin nak minum teh ais lah lupakan je. Grab je apa apa makanan yang sempat lepastu makan dalam bas sebab aku yakin dan pasti selain kau akan guna wifi bas sampai slow connection orang lain untuk tengok youtube dan kau akan habiskan masa kau tidur bangun tidur bangun je sepanjang hari.


ni je yang aku sempat capai air tak sempat beli. bagai nak tercekik aku makan dalam bas


Dan yang aku tahu waktu kat sana 1 jam lambat daripada waktu dekat Malaysia. Mula mula naik bas tu punyalah excited siap ikat langsir tau ketepi sebab nak tengok pemandangan apa semua. Sejam lepastu pemandangan yang pandang aku. 



ni je gambar yang berjaya aku tangkap sebab yang lain aku habiskan masa tidur kroh kroh


Bagi korang yang punggung manja or memang tak suka lama lama dalam bas, aku suggest korang naik jelah flight sebab perjalanan nak ke Hatyai tu aku rasa nak dekat 11 jam jugak, aku tidur kawan aku bangun, aku bangun dia pulak tidur. Tulah kerja kitaorang sampailah dah nak masuk sempadan Malaysia Thailand. Lepas dah settlekan semua hal hal imegresen, sampailah kami ke Hatyai. Rasa lega dapat keluar daripada bas tu mashaAllah, Allah je tahu macam mana perasaan tu. Kira macam dapat makan oreo cheesecake selori lah. Aku kalau bab bab imaginasi tu aku tak bagi chance orang lain menang. Dan yang bestnya kat sini (*aku tak tahulah best ke rimas sebab aku rasa dua dua perasaan ada), bila kau jalan je mesti ada orang 'Tuk Tuk' @ 'Tut Tut' tanya kau nak pergi mana. Tak kisahlah apa nama dia yang penting aku dengar macam tutuk je. Natang ni lebih kurang macam teksi lah tapi dia comel and memang famous kalau kat sini. 

Cara dia cakap ajak kau naik Tuk Tuk tu memang kau tak akan faham and kadang kadang dia main tarik je tangan kau ajak naik Tuk Tuk dia sebab kat sana diaorang memang akan berebut customers and kau akan rasa benda tu macam kejutan budaya yang betul betul terkejut sampai kau rasa nak pukul orang tu pakai meja. Lebih kurang macam memaksa. Ada kadang kadang kau nampak macam nak bergaduh pun ada. Tapi kalau tak nak kau cakap elok elok lepastu nanti dia blah sambil merungut apa entah mencarut kau lah tu kan. Sampai kat Haytai pun dah dekat pukul 8 waktu sana (*sedih sebab semua tahu gambar waktu malam tak pernah menceriakan adrenalin). So decide ambik je Tuk Tuk (20baht sorang - lebih kurang RM2) untuk cari hotel yang kitaorang nak pergi sebab kalau main redah je sampai ke tengah malam tak jumpa sebab first day sampai sana kan.


kau nampak je macam perlahan ni sekali dia bawak laju macam naik ferry atas darat

ha ni sisi depan dia. kau nampak pakcik tuk tuk tu? kang dia hentak kau pakai pintu tuk tuk tu

macam disinari cahaya rembulan. pakcik ni dah boleh hire diri dia sendiri jadi photographer 
orang kahwin dah ni.


Cari punya cari sampailah ke hotel yang kitaorang cari. Yang buat lama tu sebab pakcik Tuk Tuk ni dia tak faham apa yang kitaorang cakap sebab kalau kau speaking English dengan dia, dia balas speaking jugak tapi campur dengan bahasa dia dan pening tu kau jangan cakap, rasa nak stapler dahi uncle tu pun ada je rasa. Yang aku perasan dekat sini, orang orang dia semua suka main tekan tekan horn and tak pakai helmet kalau pergi mana mana. Dia main redah je jalan mana dia nak and main langgar je lampu merah semua macam jantan and perempuan gila. Naik terbalik balik aku dengan kawan kawan aku kat belakang ni. Dengan bawak backpack dia rasa macam kena hempap dengan lembu. Setakat ni yang cun cun and handsome handsome macam kau kau tengok dalam tibi tu aku belum jumpa lagi. Setakat ni aku masih pegang takhta paling handsome lagi kat Hatyai ni.

Kalau yang pergi 4 orang ataupun dengan family, nak hotel besar tapi murah, korang boleh stay dekat hotel yang aku stay ni tapi aku lupa nama dia HAHAHAHAHA bangang kan. Tapi dia sederet dengan Kelantan Restaurant Hatyai and nama hotel dia depan huruf P. Serious aku dah lupa nama dia. Kalau tak nak aircond 400baht and kalau nak aircond 500baht. Kiranya RM50 semalam. Murah kan. Ada 2 katil queen and keadaan dalam dia pun not bad. Kalau nak semuanya selesa pergi tidur dekat dalam bilik kau je takyah travel memana. Lepas dah check in letak barang semua perut dah lapar, kebetulan ada Kelantan Restaurant (*macam yang aku bagitahu tadi) betul betul dekat sebelah hotel kitaorang ni. Hari pertama makan makanan yang boleh dapat kat Malaysia je dulu sebab no choice tengok area sini pun macam takda kedai makan yang korang boleh tahu halal ke tidak, nanti kau ingat benda tu ayam tapi rupanya daging kucing macam mana kan. Mungkin sebab kawasan sini banyak hotel so kedai makan dia kasi campak tempat lain. Makanan semua sedap and of course kitaorang makan macam naga and tomyam dia pedas gila. Kalau boleh masa makan tu bagi gap selang satu kerusi dengan kengkawan bagi elak kena tampar sebab pedas sangat.


ada macam Miranda Kerr tak akak ambik order tu?

nilah hasil makanan yang kitaorang order. aku tak tahulah aku ni travel dengan manusia ke 
dengan naga ni


Masa tengah makan tu tiba tiba ada pakcik Tuk Tuk approach kitaorang and bersyukur sampai rasa nak suap pakcik tu makan sebab dia boleh cakap bahasa Melayu. Lepas dah gedebuk gedebak bincang lastly decide nak guna Tuk Tuk pakcik ni je untuk jalan jalan kat sini harini dengan esok dengan harga package 1000baht untuk 1 Tuk Tuk. Pandai pandailah kau share dengan kawan korang. Melampau kalau nak sorang satu Tuk Tuk aku tendang kau karang. First location lepas makan, pergi Asian Market. Pakcik ni kata tempat best untuk shopping and rasa nak peluk pulak pakcik tu sebab memang best.


datang sini selain jaga nafsu nak beli barang sana sini, jaga nafsu serakah korang jugak dekat minah
minah tepi jalan tu. dia akan approach korang automatically sebab dia bukannya tahu bagi salam kan

tengok tu nak angkat mata pun tak larat dah. mandi pun tak lagi.


Kat sini kemeja lawa lawa ala ala corak H&M korang boleh dapat dengan harga 100baht lebih kurang RM10-RM11 duit kitalah. Gila siapa je tak nak beli kan. And benda paling best aku dapat kat sana, yogurt desert dia sebab boleh dapat dengan 25baht je - RM2.50 and boleh pilih banyak mana topping yang kau nak. Sampai sekarang menangis rindu anak tekak ni kat desert tu.


tak tahu apa nama dia sebab aku tanya dia entah apa yang dia carut jawab entah. dalam tu sosej 

ni aku rasa macam cream puff kot eh sukahati aku je kan

ni korang boleh dapat dengan 10baht dengan perisa juice sebenar ewah kemain mengampu

ni yang aku rindu sampai sekarang. tak boleh move on. rasa dia macam uish mengalir kat tekak


Lepas dah beli berberapa barang, kitaorang pun decide nak balik hotel sebab masing masing dah penat and kesian pakcik tu tunggu sampai tertidur tidur dia atas Tuk Tuk tu.


nah belanja awek thailand satu even semua cakap muka dia macam
jantan. terguris hati dia kalau tahu merajuk hujung laci.


Apa lagi yang ada kat Haytai? Tunggu entry Trip to Thailand : Hatyai Part 2. 


NOTE : masih belum jumpa lagi pondan Thailand yang kau sibuk katakan tu. 


TWITTER: @AIZATABD
INSTAGRAM: @SKULLSULIVAN
FACEBOOK: AIZAT ABD