APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, April 19, 2014

belajar memandu

ASSALAMUALAIKUM

Masuk tahun ni guwa rasa nak dekat 4 tahun jugak guwa ada lesen memandu ni. Dalam 4 tahun ni jugaklah banyak adegan adegan jalan raya yang dapat aku tengok. Accident kat depan mata tu jangan cakaplah, kalau boleh nak memandu sambil tutup mata je bila nampak ada accident depan mata. Orang kata kalau kita memandu betul betul and hati hati, tapi orang lain careless, nyawa kita pun dalam bahaya jugak. Wah dah macam iklan ingatlah orang yang tersayang pulak kan. 

Nak dijadikan cerita bertambah best pasal belajar memandu ni, kebetulan adik guwa baru dapat lesen. Biasalah bila orang baru dapat lesen ni jiwa dia meronta ronta nak drive kereta. Dapat kedepan kebelakangkan kereta pun dah cukup puas dah bagi dia macam dapat menjejalah satu Malaysia. Jadi, bila guwa kat kampus, takda siapa nak ajar di bawak kereta. Nak harap Encik Ayah, adik aku rela tak belajar kereta sebab Encik Ayah kalau ajar kitaorang bawak kereta, lepastu taubat dah tak nak bawak. Garang betul sampai kau rasa macam nak terkencing. Tapi garang garang dia tulah yang buat kau pandai sebenarnya. Nak harapkan Puan Ibu, awal awal dia dah warning dia cakap dia takut nak naik dengan freshie ni. Amboi berlagak senior betul Ibu guwa.

Dan semestinya yang jadi bahan ujikajinya adalah aku. Aku jelah yang menjadi harapan dorang ni semua untuk ajar adik aku memandu. Fuh awal awal guwa dan mengucap incase apa apa jadi tak ke naya guwa kan. Tapi, kalau dengan aku belajar kereta, rilek sikit. Wah berlagak tau. Sebab aku akan biarkan adik aku nak bawak macam mana ikut suka dia. Asalkan dia tak langgar orang. Jauh mana dia nak pergi, pergilah. Kebetulan, kat area tempat guwa ada Tesco. Tekak ni teringin pulak nak makan PappaRoti. On the spot aku suruh adik aku belok kanan. First time dalam sejarah hidup dia aku rasa dia belajar drift. Siapa nak register belajar memandu dengan aku boleh beratur dah rasanya ok.

Bila keluar je daripada Tesco tu, guwa terlupa pulak ada satu bukit yang kitaorang kena daki pakai kereta ni. Tak kan nak daki pakai lori pulak kasn. Mula mula guwa rasa cuak gak sebab berdasarkan apa yang guwa tahu, orang baru dapat lesen ni kadang kadang failed bab bab naik bukit ni. Kereta aku pulak kereta manual. Ah sudah jangan ada kereta kat belakang sudahlah. In case kalau terlepas brake pun still tak langgar orang ye tak. Dengan confident aku pun suruh adik aku tekan minyak naik je bukit tu. Tetibe dah naik bukit tu kat belah atas ada kereta sebab jalan jammed orang baru balik kerja. Adik guwa dah gelabah, guwa terus suruh dia tekan brake and guwa tarikkan hand brake. Keluar peluh peluh jantan guwa macam bertinju.

Aku tengok kat belakang tak ada kereta so kitaorang dalam keadaan selamat. Tengah nak happy happy tetibe ada kereta masuk betul betul belakang kereta kitaorang. Eh perasaan guwa masa tu rasa nak tembak je kereta tu kasi meletop even kereta tu tak bersalah. Dia tak nampak ke orang tengah ajar adik baru dapat lesen ni bawak kereta. Ingat ni benda memain ke ha. Macam biasalah guwa kan suka emo. Aku tarik nafas panjang panjang and suruh adik aku masuk gear and tekan minyak, lepastu lepaskan hand brake perlahan lahan. Gaya macam confident, bila dah lepas je hand brake, kereta melucur ke belakang. Gelabah aku tarik hand brake. Pucat lesi muka memasing. Aiman yang kat belakang dah tak senang duduk.\

Kereta belakang dah hon hon dah. Kalau aku jadi dia pun aku hon. Kalau kereta dia boleh keluarkan penumbuk aku rasa mesti dia keluarkan tumbuk kereta aku. Adik aku punya gelabah macam laki dia nak bersalin. Aku pun suruh dia slow slow tekan minyak and aku lepaskan hand brake. Kau faham faham jelah macam mana pompuan ni kalau dah gelabah. Otak dia entah kemana mana berangan. Dia pun tekan minyak sampai kereta aku ada ala ala bunyi drift, aku pun lepaskan slow slow hand brake and kereta meluncur laju ke atas. Nasib baik depan takda kereta kalau ada aku rasa kereta orang tu dah kemek separuh. Boleh masuk berita kat tibi.

Sampai bau hangit tayar masuk dalam kereta. Aku pun suruh dia berhenti tepi, tukar driver dengan aku. Berkesan warna hitam kat jalan tu. Aku rasa orang belakang pun kagum tengok cara adik aku memandu. Selalu dapat tengok orang drift kat movie je kan. Balik ni aku kena registerkan adik aku masuk Fast and Furious. Jadi kawan kepada watak utama pun bolehlah. On the way nak balik tu aku rasa bebelan aku tu dah boleh aku terbitkan buku. Yang paling aku ingat and copy paste ayah punya cakap masa aku baru dapat lesen dulu,

"Macam mana JPJ boleh kasi lulus memandu macam ni, kalau ayah jadi JPJ tu ayah suruh ulang sampai 5 kali"

Dan guwa copy pastekan ayat Encik Ayah tu kat adik guwa. Ayah guwa kalau jadi JPJ guwa rasa ramai orang depressed bila balik ambik lesen. Korang kalau nak ajar mana mana kengkawan yang nak ambik lesen tu, aku nasihatkan fikir panjang panjang ok. Fikir masa depan, fikir berapa banyak dah amalan kat dunia ni. Renung renungkan....


NOTE : Ada kawan guwa ni dia baru dapat lese kereta, dia beli pelekat P lori tampal dekat kereta. Amboi kalau dia datang nak lepak dengan guwa, dari 1 kilometer guwa dah nampak pelekat P dia tu.


TWITTER: @AIZATABD
INSTAGRAM : @SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH



Monday, April 14, 2014

kicap

ASSALAMUALAIKUM

Benda yang paling guwa suka dalam hidup ialah bila guwa balik bercuti ke rumah. Nak nak pulak cuti tu lama nak mati kan, hidup guwa kat rumah tu boleh dikatakan ibarat anak raja tau. Bangun lepas solat subuh tu tidur balik sampai pukul doblas. Selagi Puan Ibu tak call and pom pang pom pang kejut selagi itulah aku tak bangun. Makan semua pun bangun bangun je dah siap atas meja. Rasa macam anak tak berguna kan aku ni. Macam aku cerita kat entry entry aku sebelum ni, kalau sabtu ahad je mesti rumah aku akan jadi taman tema kanak kanak sebab bebudak kecik anak sedara aku ni suka datang rumah aku. Entah apa yang ada kat rumah aku entah yang masing masing dok suka mempamerkan muka kat sini. 

Kebetulan ada sorang adik sedara aku ni kena chicken pox. Entah kenapa aku rasa comel betul muka dia kena chicken pox. Bak kata orang dulu dulu demam campak. Entah apa benda entah nama dia demam campak. Demam sebab kena campak ke macam mana tu. Bila dah sakit, biasalah budak budak kan mengada dia lebih sikit. Kalau boleh 24 jam nak kena hadap muka dia tanya nak apa, kenapa, okay ke tak. Guwa awal awal lagi dah blah daripada melayan kerenah kerenah macam tu. Paling rajin bila suap dorang makan sebab aku rasa macam nak gigit pipi sorang sorang sebab aku suka tengok bebudak makan. Comel dia subhanallah tak boleh aku nak ungkap dengan kata kata tau. Bencilah nak excited macam ni. 

Tengah suap suap tetibe Cik Adik Shyyra datang sambil cakap,

"Ya Allah kenapa bagi dia makan kicap?!"


Terkejut jantung guwa sekejap ibarat digoncang goncang. Gelabah jugak guwa masa tu sebab fikir kenapa tak boleh makan kicap, budak kecik ni ada alergik kat kicap ke macam mana. Bukan budak budak suka makan kicap ke? Macam macam benda berlegar lega dalam kepala guwa ni. Rasa berdosa mula menyelubungi guwa masa tu. Patut tak guwa lari daripada rumah? 

"Dah dah pergi tukar nasi lain, kalau makan kicap nanti berparut hitam muka dia dengan badan badan dia."


Bila dengar je Cik Adik cakap macam tu, automatic guwa ketawa sambil hentak hentak kaki. Epic gila guwa dengar. First time selama guwa hidup kat muka bumi ni guwa dengar benda camni. Patutnya guwa kena record masuk vines. Aku rasa adik aku patut masuk America Got Talent dan mampu membawa kemenangan dengan lawak kicap dia tu. Guwa pun balas balik cakap dia.

"Palehotak celah mana pulak makan kicap boleh sampai hitam parut chicken pox tu?"

"Nenek yang cakap! kau mintak mahappp kat nenek paham sebab kau cakap theori dia tu kepalahotak"


Guwa sambung ketawa dengan lawak adik guwa tu. Macam saintis betul tau nenek guwa ni mengkaji kicap. Sebabkan aku pasti tak pasti dengan apa yang adik aku cakap, aku pun pergi dapur bawak pinggan untuk tukar nasi. Terkebil kebil mata adik sedara aku tengok aku bawak lari pinggan ingatkan aku tak nak bagi dia makan. Mana tahu theori kicap tu memang boleh pakai ke kan. Tak memasal hantaran adik sedara guwa jatuh dah besar nanti sebab makan kicap sampai berparut muka dia. Sampai je kat dapur Puan Ibu pun bersuara.

"Kenapa tak bagi Ryan makan? Dia tak nak makan dah? Meh Ibu suapkan"

"Tak, Shyyra kata nasi ni ada kicap nanti parut chicken pox dia hitam"

"Eh tadi ada bagi ke? Habislah nanti berbekas muka dia dengan parut!"


Guwa rasa patut ke guwa cubit pipi guwa sendiri? Adakah guwa tersesat di alam mimpi? Kenapa semua cakap pasal kicap boleh buat chicken pox akan meninggalkan kesan kat muka ni. Lalu aku tanya balik Puan Ibu. Nak ketawa tergolek golek kang nampak sangat derhaka pulak.

"Mana Ibu tahu?"

"Masa kecik dulu korang semua Ibu ada suap kicap masa chicken pox, lepastu masing masing ada bekas bekas chicken pox tak hilang. Nasib baik lama lama dah hilang. Kalau tak percaya nanti tanya nenek. Ramai dah orang cakap macam tu. Benda benda macam ni pun tak tahu, careless."


Tak memasal guwa kena careless dengan Ibu guwa. Rasa guwa nak berlari je tau pergi rumah nenek tanya betul ke tak eh makan kicap masa chicken pox ni bahaya? Ke guwa sorang je yang baru first time dengar?

Cikgu sains tak pernah bagitahu pun. 

Hmmm... Mungkin korang pun sama macam aku, ke korang pun dah tahu? 



NOTE: Habistu kalau makan benda lain masa chicken pox apa jadi eh? Sehari semalam guwa tak habis fikir tau.


TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH