APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, December 9, 2014

Panas tu salah ke?

ASSALAMUALAIKUM

MashaAllah dah lama betul aku rasa aku tak cerita apa benda dalam blog yang makin kusam ni dan dah jadi lubuk lubuk hantu mungkin. Kalau beranak lima, anak yang kelima tu dah get ready nak masuk tadika je tunggu dari satu entry ke satu entry aku nak update. Bukan takda benda nak cerita tapi sejak dah berusia ni aku rasa tangan asyik krem je nak taip taip ni kan. Nak kena latih awal awal kaki ajar menaip ni. Dan sebab tu lah kau bukak bukak blog aku tiap hari takda apa apa benda entry baru pun yang muncul dalam blog aku kan. Rasa power pulak kalau boleh menaip guna kaki. Apatah lagi kalau berlatih menaip guna gigi. Ok tak kelakar. Tapi kalau kau rasa kelakar kau ketawalah ok. 

Tengah memusim cuti sekolah ni kan, kemain seronok rancak je aku tengok korang melepak kat rumah bagaikan raja. Ada yang pergi vacation, ada yang sempat bukak online shop, ada jugak yang kerja bangun makan tidur dan mereput dalam bilik. Nak mereput tu biar cepat sikit reputnya. Dan guwa, rutin harian pergi kuliah macam biasa then stay up sampai rasa nak bernanah bijik mata siapkan thesis. It's so hard you know sampai ada masa aku rasa macam aku rela ganti orang beranak daripada stay up every night for the whole sem untuk siapkan thesis. But it must, benda wajib yang aku kena buat sebab kalau tak buat berdosa besar. Sambil sambil guwa siapkan thesis tu guwa pun scroll twitter. Tetibe mata guwa tertangkap kat satu benda yang betul betul tarik perhatian guwa.

Pasal apa?
Pasal panas.

Isu panas ni aku rasa kalau memang dah daripada sejak zaman datuk nenek kau sampai kau pun nak bercucu nanti pun tak akan hilang ditelan dek zaman. Wah ayat bahasa melayu aku tak pernah pudar tau. Bukan apa. Pernah tak, kau cakap sesuatu kat orang.

Panas lah harini.

Then orang tu jawab "neraka tu lagi panas"

Kau rasa apa bila dengar? Rasa nak cekik dia lepastu gantung kat pokok, then tembak guna M16 kan? Ye saya tahu dan kamu juga tahu, sejak kecik lagi Ibu Ayah dah bagi didikan agama kat kita semua. Bukan apa, don't state benda yang dah terang terang semua orang tahu. Memang neraka tu sangat panas sampai kalau sebesar lubang jarum api neraka tu jatuh kat bumi pun dah mampu membakar suluruh bumi ni. Maaf jika tersalah.

Persoalan kat sini, korang tak pernah cakap ke "eh panaslah harini", "eh berpeluhlah panas panas macam ni".

Wah sekarang tak boleh dah nak cakap benda benda macam tu. Amacam kalau tengah minum kopi panas, then orang tu cakap "huish panaslah kopi ni", what you're gonna do? Itulah kadang kadang orang cakap, dikurniakan akal fikiran, tapi masih dungu. Tak salah dan bagus ingat mengingati tu kan tapi bagi aku benda tu macam annoying dan semua orang tahu yang seksaan dan azab neraka tu lagi panas dan azab daripada kat bumi ni. Tapi dengan cara macam tu, orang akan anggap kau annoying dan kau sendiri tunjukkan tahap mana diri kau tu kat orang. Plus kadang kadang ramai pulak tu yang cakap macam tu. Bukan setakat budak budak sekolah menengah (*for me secondary school still budak budak sebab masa nilah kau masih belajar cari hala tuju hidup) je yang cakap macam tu, ada yang tua bangka pun sibuk mencelah cakap benda sama. Kadang kadang rasa macam kelakar tapi exactly most of the time aku rasa macam kesian kat orang yang cakap macam tu, sebab at last dia mesti akan kena troll balik dengan orang lain. But kalau itu cara korang, teruskan. Ini pendapat aku je, takda kena mengena dengan orang lain pun.

Amacam? Rasa terancam tak nak cakap macam tu lagi lepasni? 


NOTE: Lepasni kalau panas panas terik pun guwa nak cakap kuat kuat omg sejuknya macam ada salji berbaldi baldi jatuh atas kulit tau.


TWITTER: @AIZATABD
INSTAGRAM: @SKULLSULIVAN
FACEBOOK: AIZAT ABD


Tuesday, September 9, 2014

Teknologi Zaman Moden

ASSALAMUALAIKUM 

Bagi menghabiskan cuti cuti aku yang tinggal berapa ketul hari je lagi, awal awal aku dah plan nak habiskan masa jenjalan. Nanti dah busy dah depressed dengan assignment semua nak mandi pun sampai dah tak sempat dah. Muka dah macam kutu rayau dah, tu pun kutu rayau lagi nampak anggun daripada muka engkau. So harini aku plan nak jenjalan sekitar mall je sebab boleh cecuci mata tengok sale sale yang melambak. Dapat dok cuci mata jelah sebab aku kalau beli benda nanti aku selalu rasa menyesal. Tu pun salah satu punca depress aku jugak tu. Daripada ke sale sampai kedai kedai kraftangan pun aku masuk sebab aku rasa impress tengok macam mana orang boleh cipta congkak, cipta anyaman apa benda tu semua. Aku rasa kalau aku hidup masa zaman cipta cipta benda tradisional ni dulu, aku antara umat manusia yang patut dibuang Daerah sebab tak menyumbang apa apa idea yang bernas kat negara. Punca depress jugak tu.

Satu pantang guwa setiap hari, guwa tak boleh nak ambik breakfast sangat sebab kalau guwa ambik breakfast, memang otomatik perut guwa akan meragam mintak kentut takpun mintak bermain saham. Tu boleh tahan lagi, nak yang dok berbunyi campur bisa tu yang guwa tak tahan. Kebetulan Puan Ibu masak bihun goreng peberet aku, memang aku bantai sebelum keluar tadi. Kesan dia, aku dah sakit perut sekarang. Menjajau (*bahasa melayu betul - tergesa gesa) aku cari toilet sebab hajat ni tak mampu ditanggung dah, derita dia mashaAllah hanya yang berkuasa je tahu. 

Dah jumpa toilet tu perasaan aku tak boleh nak dikata sebab aku memang tak boleh nak berkata kata sebab sakit perut kan. Masuk je pintu tandas macam gerak khas serbu markas penjenayah. Cuma teriak "POLIS!" tu je takda. Teringin gak memasuk tanda je cakap macam tu kan, tapi risau guwa kena pijak beramai dalam tandas. Syukur alhamdulillah guwa panjat kesyukuran sebab tandas tak ramai orang. Guwa check check flush semua ok sebab guwa perhati ada certain public toilet yang flush dia rosak. Sungguh banyak hasil hasil bursa saham kat situ. Check punya check tetibe guwa perhati yang tandas tu takda paip. Kepalahotak sangat kan? Yang ada masa tu tisu tu pun tinggal nipis je. Tapi kalau tebal setebal bantal pun sanggup aku drive balik rumah baru settlekan segala hajat. 

Check tandas sebelah pun sama, tandas sebelah dia lagi pun sama jugak. Sudah. Berdiri kaku aku kejap depan tandas tu termenung. Nak menyanyi lagu sedih takda pulak lagu lagu sedih yang aku hafal waktu waktu camni. Termenung balik guwa sebentar sambil fikir. Itulah masalah teknologi zaman sekarang ni. Aku rasa makin canggih makin simple benda tu dia buat. For example macam tandas ni. Sanggup tak kau guna air pancut kecik yang ada dalam mangkuk tandas tu? Tu pun otomatik dia akan keluar. Kau paksa pun kekadang benda tu tak nak keluar. Haaa sudah kau habiskan masa kau seharian dalam toilet. Sekarang banyak jugak aku tengok kat mall mall yang dah start buat tandas jenis camni. Aku pun tak tahu apa benda yang interesting sangat nak design mangkuk tandas macam ni punya canggih. Tak tercapai dek akal macam Lucy guwa nak fikir semua tu. 

Sebab malas nak melayan, guwa terpaksa ambik option lain, check check tandas OKU sebab kekadang kat dalam tandas tu complete sikit. Tapi aku kena make sure lah takda orang nak guna selepas aku sebab nanti kesian pulak lelama dia nak tunggu aku kat depan tu pulak. Dengan aku aku kena lastik kat dahi kang. Nasib baik, Salam tandas OKU tu semua complete. Fikir banyak kali jugak nak guna tandas tu sebab perasaan serba salah tu bohong kalau takda. Rasa nak shaking jugaklah masa nak masuk tu. Dalam tandas tu pun guwa tak habis fikir lagi pasal teknologi teknologi yang terlalu moden sekarang ni. Kalau benda lain guwa tak kisah, tapi kalau setakat tandas tu guwa rasa guna design sama for 50 60 years akan datang pun orang tak akan rasa benda tu lapuk.

Bila keluar je daripada tandas tu, ada sorang pakcik sampai kat depan tandas aku tu sambil pandang aku atas bawah atas bawah. Agaknya dia pun depress macam aku jugak tak suka guna tandas moden sampai nak buang air pun rasa terseksa sanubari. Tu belum lagi kau kaji benda benda lain lagi. Kaji benda ni pun aku rasa aku dah boleh buat buku pastu jugak online. Agak agak laku tak?


NOTE: Kalau ada machine yang boleh bangun, mandikan and siapakan aku sebelum pergi class aku orang pertama yang akan setuju!


Twitter: @AIZATABD
Instagram: @SKULLSULIVAN
Facebook: EIJAT ABDULLAH


Thursday, September 4, 2014

Daging Arnab

ASSALAMUALAIKUM 

*throwback masa lepas raya sebab nak update masa raya tu punya pemalas nauzubillah*

Bangun harini je dah tengah hari. Guwa rasa Puan Ibu dah boleh record satu album sebab dok kejut aku berkali kali suruh aku bangun sambil membebel terjerit jerit. Tak tahulah pulak kan kalau masa zaman memuda dulu Puan Ibuku pernah bercita cita nak jadi macam Celine Dion ke apa kan. So daripada dia record 2 album bebel dia tu kan, lebih baik aku bangun siap mandi apa semua baru keluar bilik. Kalau tak nanti dah lah kena membebel bangun lambat, kena pulak membebel tak mandi. Langkah selamat guwa kena kemas kemas katil guwa elok elok. Nanti takda point Puan Ibu nak petik nak marah guwa. Ke kiri ke kanan aku tarik cadar katil ni tak nak bagi dia senget benget padahal lepas mandi dah sah sah aku akan baring balik lek lek scroll Instagram ke Twitter ke kan.

Tengok kat we chat kengkawan wish "Good Morning" and cakap yang dah boleh register course. Good morning engkau tu takyah nak bracket pun tak apa rasa aku sebab dah tengah hari ni sah sah perli aku. Dah siap mandi semua guwa pun menjengah ke dapur. Menyorok balik almari dulu takut ler mana tahu tetibe kena tampar pakai sudip dengan Puan Ibu ke kan sebab daripada pagi dia kejut tapi aku terpacak nak dekat lunch hour. Tengok kat dapur dia tengah asingkan ikan and tulang ikan dengan adik aku, sah sah nak buat laksa. Takpe kot tak tolong sebab aku ni tak fanbiy pun kat laksa, tak dapat pun tak rasa depress. Bagi memeriahkan suasana on the spot guwa datang buat buat happy nak tolong. Puan Ibu dah pandang guwa atas bawah atas bawah elak kena tinju je kejap lagi. 

"Dah bangun ni tolong Ibu potong daging tu. Ibu nak buat sambal"

Dah namanya bangun lambat kan ikut je ler perintah Puan Ibu. Nanti tak nak ikut kena sumpah jadi kain buruk kang tak sanggup guwa. Aku pun ambik pisau and potong daging. Masa tu dah terbayang ala ala bawang merah bawang putih. Mulalah nak berangan kan potong daging macam kena dera. Padahal engkau kerja potong daging je. Aku pun tanya Ibu daging apa tu sebab aku boleh rasa macam lain je daging ni. Tengok pun rasa macam nak campak je kat muka orang kalau Puan Ibu bagi kebenaran untuk campak benda ni kat muka orang.

"Daging lembu lah. Uncle bagi, dia nak suruh Ibu buat sambal"

Guwa jengah ke belakang rumah tengok Encik Ayah tengah cangkul cangkul rumput. Wah terasa guwa yang paling tak berguna dan guwa jelah yang bangun paling lambat ni. Aku pun potong balik daging tu sambil berangan jadi bawang merah bawang putih lagi. Lepas dah pom pang pom Ibu masak, kitaorang pun siap siaplah nak makan. Encik Abang pergi hantar sambal kat rumah uncle. Aku pun dah lapar terus duduk kat meja tunggu masa nak makan. Lagipun sambal daging ada laksa apa semua ada siapa je tak terliur (*even aku bukanlah fanboy kat laksa). 

Yang aku pelik bila aku makan Puan Ibu dengan Shyyra perhati je aku, abang dengan Aiman makan daging sambil senyum senyum. Guwa tak tahulah kenapa, nak cakap ambik banyak memang banyak pun sebab aku ni jenis suka makan lauk. Puan Ibu siap letak lauk tu kedepan kitaorang lagi. Aku dengan Aiman pun ratah lah daging tu sebab benda benda meratah lepas makan ni aku dengan Aiman memang suka. Takyah kau suruh memang tu benda wajib aku akan buat.  

Tetibe masa aku tengah ratah tu Encik Ayah keluar daripada dapur sambil cakap:

"Makan pulak korang daging arnab ye. Kalau makanan lain memilih pulak. Makan ikan sungai tak nak"

O......M.................G

Terbantut selera aku makan. Aku tengok ayah terus pergi kedepan. Ibu dengan Shyyra dah mengekek ketawa kat dapur sambil kemas kemas pinggan. Guwa rasa bagai dunia guwa gelap. Aku terus pergi dapur rasa nak menangis pun ada tapi bajet cool kan, tanya Ibu, Ibu cakap siapa suruh tak tanya betul betul. Pastu sambung ketawa balik. Patutlah diorang tak makan, aku abang dengan aiman je yang makan. Alasan Ibu takdalah lauk terbazir nanti. Rasa nak soletep soletep hati yang berkecai ni. Sebab aku jenis kalau aku memang tak makan satu benda tu, aku akan fikir macam macam lepastu mulalah rasa nak sakit perut on the spot. Entah apa apa kan. 

Lepasni apa apa benda yang aku rasa pelik aku tak kira aku nak uji DNA dia nak tahu apa benda tu. Aku jenis takdelah memilih makan sangat (*pilih tu pilih gak) tapi kalau benda yang aku tak pernah makan, depress aku bila kena makan atau termakan. Bagi nak pujuk aku dengan Aiman, mulalah dia ajak aku dengan Aiman keluar pergi mana mana. Tak nak, merajuk. Rasa sehari nak duduk dalam bilik kunci pintu sambil menangis hentak hentak badan kat atas katil. Hek eleh, makan arnab je pun kan nak mengada sangat pun tak boleh jugak.

Tapi, bila throwback balik,

Kau boleh bayangkan tak?



Kau makan arnab yang comel macam ni? Oklah nak menangis bawah bantal tutup lampu kunci pintu bilik ketat ketat. Depress.


NOTE: Tak tahulah ni first time aku makan ke dah banyak kali dikenakan Puan Ibu dengan Encik Ayah macam ni.


Twitter: @AIZATABD
Instagram: @SKULLSULIVAN
Facebook: EIJAT ABDULLAH


Saturday, June 28, 2014

Tak solat tarawih ke?

ASSALAMUALAIKUM

Wah dah lama rasanya guwa tak kembali menarikan jari jemari guwa di keyboard menaip cerita menarik. Sebab bagi guwa, takda cerita yang menarik guwa nak kongsikan. Kalau asyik nak cerita pasal kehidupan guwa je pun tak best gak kan kau nak baca. Rasa menyampah pun ada kadang kadang nak menghadap sepatah demi sepatah cerita hidup aku. Macam biasa perenggan pertama mesti takda isi penting yang aku nak hujah kat korang.

Hari pertama tarawih.
Macam biasa and macam tahun tahun sebelumnya memang ramai yang excited nak sambut bulan Ramadhan ni kan. Berduyun duyun orang balik kampung nak sambut puasa dengan keluarga. Termasuklah aku. Last minute plan tup tup aku capai kunci kereta capai laptop then terus balik melaka. Dalam kepalahotak dah terbayang wajah riang family yang setia menanti. Kalau diorang rianglah kan. Macam aku jugak, bulan puasa ni bagi aku memang tersangat lah indah dan best. Bukan sebab aku dapat minum air katira, bukan sebab aku dapat pergi bazaar, tapi aku rasa suasana dia susah nak samakan dengan bulan bulan lain. Bagi akulah. Bagi enkorang aku tak tahu cemana. 

Dan apa yang aku nampak jugak sepanjang bulan Ramadhan ni fenomena orang yang ramai gila bila first tarawih. Alhamdulillah sebab bulan mulia macam nilah kita nak kumpul banyak pahala ye tak. Sebab pahala dia berganda ganda daripada bulan bulan lain. Dan ada yang aku nampak juga fenomena orang yang suka bertanya soalan ketika setiap sampainya bulan Ramadhan. Bukanlah aku nak bercakap yang aku ni baik sangat. Cacat cela penuh di dada. Ilmu pun belum cukup aku kutip buat bekalan hidup aku kan. 

Apa yang aku tertarik bila orang bertanya:

"Tak pergi solat tarawih ke?"
"Eeee kenapa tak pergi solat tarawih?"

Macam yang kau boleh nampak kat alam alam maya bila orang tu buat sesuatu (*tweet or upload gambar) masa waktu solat tarawih. Wah ayat aku bombastic sampai aku sendiri tak sangka ni ayat aku. 

Persoalannya di sini. 

Bagaimana dengan orang yang bertanya? Kenapa anda juga terus berlegar legar di alam maya? Bagaimana dengan tarawih anda pula?

Dan persoalannya lagi, 

Kenapa hanya ditanyakan bila sampainya waktu tarawih je? Kenapa tak mengingati untuk solat fardhu lain? Yang mana WAJIB. 

Mana korang tahu yang dia tak pergi tarawih? Macam mana kalau dia dah schedule awal awal apa yang dia buat tu?

Tulah kadang kadang mentaliti orang kita. Apa yang mereka rasa perlu itu yang mereka buat. Kalau tak, abaikan. Aku bercakap hanya berdasarkan pendapat aku je sebab aku tahu mesti ada yang tak sependapat dengan aku. Fikir fikirkanlah mana yang perlu kau kejar dan mana yang perlu kau dahulukan. Jangan sampai benda yang penting tu tercicir sebab kau nak kejar benda yang kau rasa kau perlu kejar. 

Jadi, sempena bulan Ramadhan ni, guwa nak ambik kesempatan nak ucapkan Salam Ramadhan untuk semua tak kira kau daripada pelosok negara manapun asalkan kau saudara sesama Islam aku. Kalau ada salah dan silap aku berkata dalam entry aku kali ni, tangan dihulur tanda maaf. Wah macam nak raya tau bencilah. Oklah guwa nak gi pekena naan cheese sebelum guwa dah mula bersahur nanti. 


NOTE: Tak salah menegur, tapi pastikan apa yang kita buat tu betul. 


FACEBOOK: EIJAT ABDULLAH
TWITTER: @AIZATABD
INSTAGRAM: @SKULLSULIVAN


Tuesday, May 27, 2014

#HyppMe!

ASSALAMUALAIKUM

Pernah tak baru baru ni korang dengar application baru from TM which is #HyppMe? Siapa tak pernah dengar and tak tahu dia memang bangla. Wahaha gembira pulak aku nak cakap orang bangla sesuka aku je kan.

So kalau korang yang belum download apps tu lagi, korang boleh download sekarang sebab kau nak call semorang yang ada apps ni free je. Tak payah dah nak suruh call me back sebab takut kredit habis. Bukan senang tau orang nak bagi benda benda free macam ni. Dah dapat free tu bersyukur sikit pergi download. Nanti apps tu dah kena bayar baru kau tahu betapa menyesalnya engkau tak download awal awal. Aku ni kalau bercerita selalu nak pom pang je kan. Cemana nak install? Senang je. Search lepastu download. Lain lain set up tu takde susah mana pun. Yang penting kau dapat jumpa benda yang sama macam kat bawah ni.





Dah mula cuti sekolah kan harini?

Aku percaya yang bebudak asrama ni balik rumah je terus capai henpon. Kalau boleh baju asrama masam masam tu pun dia malas nak bukak. So cuti cuti sekolah ni kan, korang ada peluang nak on the phone dengan Aizat! Dengar macam hambar je kan entah siapa ler nak on the phone dengan aku kan. Bukan susah pun, guna #HyppMe tu, korang save nombor yang Aizat attach kejap lagi, lepastu guna #HyppMeFreeCalls. Kau nak korek rahsia aku macam macam pun boleh. Nak tanya pasal life aku ke, nak ajak aku bergosip ke, apa apa jelah yang kau rasa nak tanya kau tanya je. Tapi jangan tanya merepek. Serta merta telepon kau meletop nanti aku tak tahu.

So yang rasa rasa macam nak kacau, nak sembang, nak mengutuk aku tu kan, korang boleh save nombor ni sekarang lepas dah download #HyppMe punya application ni (*for session Hanis and Anna dah lepas so kalau kau call lepasni keluar suara lelaki kau jangan tanya aku kenapa):




Tu entah gambar aku yang mana dia crop tu kan. So korang bolehlah save awal awal nombor tu ok. Aku tahu nanti kau save save je keluar muka orang lain. Jangan kacau dia dulu ok, simpan baik baik nombor tu buat kita bergosip memacam esok. So ni details yang korang boleh letak kat sticky notes depan laptop or tampal kat talipon kau untuk session with Aizat. Aizat just jawab call je tau sebab susah pulak aku nak jawab call, nak jawab chat lagi. Kalau aku ni ada kembar tak apa jugak:

RABU, 28 MAY 2014 - 12.30 PM until 1.30 PM
NOMBOR #HYPPME : 0193041928

Lambat lambat nanti kau jangan tanya Aizat kenapa tak boleh call lagi. Jom kita padatkan sejam kita dengan beramah mesra wah gitu kan. So bang jat dah ber - #HyppMe, korang bila lagi? Sekarang lah! Tunggu apa lagi aku lastik dahi kau karang. Jumpa esok! Jangan lupa bagitahu nama masa call call guwa tu. Takyah nak malu malu, anggap Aizat ni macam abang abang kau je ok. So nanti boleh aku updatekan entry baru pasal korang yang ber-call call dengan Aizat tu nomnomnom. 




NOTE : For LIVE update korang boleh singgah instagram guwa, @skullsulivan (*nak buat crazy helium ah ceni)


TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : @SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH


Saturday, May 24, 2014

Trip to Melaka : Pengkalan Balak PART 1

ASSALAMUALAIKUM 

Nak menunggu guwa update cerita guwa di Pengkalan Balak haritu guwa rasa air laut kat sana pun dah kering dah. Bukan senang nak mengeluarkan idea sebijik demi sebijik ye tak? Cakap pasal Pengkalan Balak, actually guwa bukanlah jenis penggemar berkelah kelah ni. Kalau family aku pergi berkelah, aku yang first angkat tangan tak nak ikut sebab bagi aku berkelah ni macam buang masa sebab kau duduk terpacak kat situ tak buat apa apa. Kerja kau makan tidur makan tidur. Tu yang buat aku benci betul nak berkelah. Memang musuh ketat aku lah citer dia kan. Tapi sejak dah dewasa ni kan, aku dah mula bermanja manja dengan berkelah ni. Alahai bencilah nak kena bagitahu rahsia sendiri ni kat orang ramai. Banyak kali jugak guwa kena perli dengan Puan Ibu dan Encik Ayah kalau guwa ajak diorang pergi berkelah.

Memandangkan guwa dah suka berkelah, aku dengan kawan kawan dah rancang satu trip untuk kitaorang pergi ramai ramai. Sebab picnic ni kalau kau pergi ramai ramai best. Kalau setakat sorang dua tu kan, nampak sangat lifeless-nya hidup kau tu. Trip kali ni takde pun nak pergi sampai luar daripada Malaysia ni. Dalam dalam Malaysia je. Melaka pulak tu, memang dah dekat dengan rumah aku. So kali ni aku pergi dengan classmate aku dan juga beberapa orang kawan kawan yang aku kenal, dalam 9 orang macam tu. Rasa excited tu memang lah ada. Sehari sebelum kitaorang nak pergi picnic tu macam macam dah kitaorang beli. Rasa macam semua benda tak cukup lagi. Nak buat BBQ lah nak masak itu ini semua benda kau rasa nak makan. Untuk trip kali ni, budget just sorang RM70 termasuk sekali dengan makan, minyak, tol dan juga penginapan. Wah ayat penginapan tu macam mintak ditampar tau. So takdelah mahal sangat sebab pergi pun 2 hari satu malam je sebab masa tu dah mid term. Semua dah terkinja kinja nak balik rumah masing masing. 

Pagi tu ingat nak bertolak 8 pagi daripada Shah Alam. Ibu guwa dah sibuk tanya tanya dah kat mana. Bertalu talu dia call kejutkan guwa. Biasalah janji melayu kan, cakap pukul 8, tapi pukul 10 pagi baru bertolak ke Melaka. Dengan tak ada airnya masa kat Shah Alam tu. Nak tak nak kena mandi kat dalam kampus. Stress guwa tau. Lastly kitaorang skip nak breakfast kat Shah Alam and singgah kat RnR Dengkil sebab nak kejar masa. Guwa ingat nak singgah rumah guwa sekejap sebab nak perap ayam, nak ambil barang yang tak cukup. Sebab tu kena rushing. Even Melaka dengan Shah Alam ni jarak dia cinonet je. Orang yang drive lah kena dapat rest yang secukupnya. Yang lain tu kalau berjaga malam pun tak apa sebab dalam kereta dorang boleh buat pertandingan lawan berdengkur siapa yang paling kuat. Kalau ada lagu bukak dalam kereta tu, tone dengkur dia pun ikut alunan lagu.


Makan kat RnR dah lah mahal, lepastu tak sedap. Kalau boleh masak sendiri kat situ, dah aku masak dah

Pak Cik kat belakang tu bukan one of the geng trip ni ok. 


Dalam perjalanan tu nasib baik tak ada siapa yang tidur. Semua gigih teman aku drive tau. Plus nasib baik jalan tak jammed. Dengan semua yang terpekik terlolong nyanyi lagu Kpop kan, stress guwa. Tapi guwa layankan je sebab nak tolak keluar daripada kereta ni tak sampai hati pulak. Sampai kat Melaka around 1 tengah hari macam tu. So dah boleh check in dah actually masa tu tapi Puan Ibu dah call call suruh singgah makan tengah hari dulu kat rumah semua sebab dia dah siap siap masak untuk kitaorang. So kitaorang pun singgah rumah aku dulu sebelum check in masuk chalet. Dah singgah rumah pulak, Pak Cik chalet tu bertalu talu call aku sebab tanya jadi masuk ke tidak. Dah macam Perdana Menteri Somalia dah aku rasa. Lepas lunch and everything, kitaorang pun pergilah ke destinasi yang dituju, Chalet Permata. miahahahah mana tahu boleh kumpul permata ke kan kat situ. Tak kan dia nak bagi nama sesaja kan. 


Gambar dalam kereta je aku rasa nak beratus dah. Yang bestnya, semua gambar gegar. Terhibur aku ketawa
tengok gambar gegar.


Intan, lubang hidung tu kau nak suruh aku cucuk tiang bendera ke. Yang Juna pulak, kau takyah risau takda siapa
nak raba kau tutup badan macam tu.


Perap perap ayam sikit. Ingat senang nak buat benda ni. Pedih pedih tangan buat. Yang aku stress kalau pergi
vacation rambut aku mesti buruk. Ahh stress!

Ok faham yang aku tengah selfie dengan diorang, yang Intan muka beria selfie sensorang dah kenapa.


Kebetulan tengah guwa scroll timeline, ramai jugak yang suggest guwa pergi jalan jalan Kampung Morten lah, pergi rasa Coconut Shake lah, pergi makan Ikan Bakar Umbai lah, pergi rasa Asam Pedas Kota Laksamana sebab alang alang guwa dah ada kat Melaka tu kan. Weh asam pedas mak aku lagi sedap kau tahu. Takyah suggest suggest sebab aku ni orang Melaka. Nak suruh aku jalan sambil tutup mata pun aku tahu dah selok belok Melaka ni. Bila dah sampai pantai, guwa jadi kagum. Sebab dia punya chalet bebetul depan pantai. View dia guwa cakap memang terbaik. Bukak je pintu chalet boleh nampak dah orang berenang sana sini macam kat kolam olimpik tu. Kuak lentang, kuak kupu kupu semua ada. Kawan kawan guwa yang lain dah masuk terus tidur dah. Sebab letih. Mengalahkan orang yang drive pulak kan diorang. Sementara yang pompuan pompuan tu tengah tidur, kitaorang yang lelaki ni get ready untuk masak masak minum petang. Nak tunjuk lah hebatnya kitaorang masak ni.


Air dia takdelah biru tapi masih boleh mandi dan bersih tau.


Petang petang cenggini ditemani bunyi ombak dan angin memang buat kau boleh terlelap mengantuk.
Nak tahan tahan mata pun tak boleh tau.


Actually nak sewa 3 bilik, tapi sebab weekend, kitaorang dapat 2 bilik je. Lantaklah padat padat sikit kan kat dalam bilik tu. 4 orang berhimpit atas satu katil. Yang gegirls diorang ambik tilam extra. Yang boboi ni lantak, berhimpit je satu katil 4 orang. Dah macam ikan keli jual kat pasar tu cantik je tersusun. Kat sini nak dapat kedai makan tu ada jugak tapi susah sikit. Ramai aku tengok datang sini bawak bekalan takpun diorang masak sendiri. Kalau nak cari kedai makan kena jalan depan sikit. Dulu ada gak dengar dengar pantai ni ada area yang kotor so Encik Ayah guwa awal awal dah bagitahu area area mana yang kitaorang boleh pergi yang bersih. Wah sayang jugak kan Encik Ayah guwa kat guwa. So menu petang kitaorang:

- Cekodok geragau (terror kan masak kau ada?)
- Karipap (ni yang instant je takda masa nak uli tepung)
- Keropok lekor (orang bagi kebetulan murah rezeki)
- Air teh o' dengan air kotak perisa raspberry


Kalau kau zoom gambar ni (kalau boleh), kau tengok area instant curry puff tu. 
Dah bercantum. Baling kat kepala orang pun boleh benjol serta merta.


Tukang makan. Semua dia sapu. Pinggan polistrin (main eja je) pun bagi je kat diaorang. Habis dia kunyah.


Cekodok kegemaran ramai. Bangga pulak rasa.


Tengok tu, dah dua kuali aku goreng cekodok, Yas still tak habis asingkan curry puff tu.


Bila makan ramai ramai camni, memang selera. Tak sedar sepinggan dah kau makan cekodok tu. So macam biasa bila kat pantai memang wajib ada aktiviti tanam tanam ni. Kalau masa vacation wajib kau bawak kawan kawan yang kau tak suka. Kau ajak dia main tanam tanam, lepastu kau tanam dia bebetul. Make sure hilangkan bukti kau dah tanam dia ok. Lebih daripada 7 kaki kau gali lubang tu pun tak apa. 


Tak perasan pulak gambar ni ada unsur unsur tidak bagus. Ni yang tanam aku ni semua dengki kat aku ke cemana ni?


Facial guna pasir pantai wajib ok. Sambil sambil tu berdoa untuk #MH370.


Terima kasih yang bagi monopod tu. Sampai ke pantai saya bawak tau. Untung dia mana mana vacation semua dia join.


All of us! Lagi sorang tenggelam dalam pantai kot. Takpun dah kena tanam.


Yang ni kalau tak kenang kisah cinta lama, bergosip pasal artis.


Kau ingat senang nak lompat dalam air ni. Rasa macam nak pukul je semua orang sebab payah betul nak lompat.
Tapi sebab nak dapat gambar cenggini, gigihkan jugak.


Tapi bila lepas kau dah kena tanam tu, badan serious akan gatal gatal. Siap package merah merah lagi. Dan benda paling best, tengok view matahari terbenam. Orang cakap benda ni precious moment lah. Bukan selalu dapat tengok dengan kengkawan kan. Masa kerja nanti takda punya kau nak tetibe balik kerja ajak kawan kawan kau tengok matahari terbenam. Dia tembak kepala kau nanti. Ingat nak main Banana Boat tapi ada pulak geng geng aku yang takut nak naik sebab tak pandai berenang. Ada obor obor lah itu lah ini lah. Weh obor obor tengok kau pun dia pun mencicit larilah weh. Lepas mandi laut wajiblah kau ada rasa exhausted gila kan. Perut pun lapar nauzubillah macam kau tersadai kat pulau 4 hari tanpa makan. So dah maghrib, kitaorang pun masuk bersihkan diri and tunaikan apa yang wajib sebab malam ada aktiviti lain.

Aktiviti apa? tunggu update Melaka Trip to Pengkalan Balak : PART 2! hehe. You guys can check out my instagram @skullsulivan for more update (kalau ada lagi gambar).


NOTE : Aku kalau sebut pasal Tsunami kat pantai kan, kawan kawan aku kepal pasir dia baling kat kepala aku. Entah apa entah salah aku.


FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH
TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : @SKULLSULIVAN



Wednesday, May 14, 2014

menjual secara berleluasa

ASSALAMUALAIKUM

Haritu kebetulan tekak aku terasa nak makan cendol. Meraung raung dia mintak disuapkan cendol. Mulanya guwa macam malas sikit sebab guwa tahu pukul 5 ni memang peak hours dekat Seksyen 7. Nak nak guwa ni memandu kereta harini so tak dapat guwa nak cilok sana sini. Kalau naik motor tu atas bumbung kereta pun guwa boleh lalu. Tapi dalam pada malas tu gigihkan jugak sebab tak nak lah kaki guwa tempang sebab kempunan kan. Bak kata orang tua, kalau dah terasa nak makan tu, pergi aje makan. Jangan tunggu nanti kempunan boleh tempang kaki. Wah berfalsafah orang tua kan aku harini.

Bila dah sampai tempat cendol guwa pun ambik seat sebelah minah minah hijabster yang menyelak shawlnya ke kiri dan ke kanan kerana ditiup angin. Kalau ada stapler, dah guwa staplerkan tudung dia tu melekat di kepala. Mungkin begitu cara mereka menyerlahkan tarikan diri mereka. Dengan tidak mem-pin-kan shawlnya dengan sempurna. Jauh sudah aku terpesong. Sampai je cendol yang kitaorang order, aku dengan kengkawan mula menikmati cendol ditemani angin menampar di pipi. Cendol pulut ni memang feveret guwa. Kalau makan memang kena fokus. Nak berangan pun tak boleh. Orang ramai depan ni tak memasal guwa kena tampar dengan mangkuk cendol.

Tetibe telinga guwa disengat dengan perkataan yang biasa guwa dengar dan nampak daripada awek awek hijabster tadi. Begini ayatnya.

"Eh korang pernah tak ada orang comment kat gambar korang, visit my IG lepastu nama IG nak panjang monopod murah here lah apa bendalah, I rimas lah selalu I delete and I rasa nak block tenyeh tenyeh je tau dorang tu".


Ketawa kecil aku mendengar perbualan mereka. Rasa macam nak menoleh dan berkata, weh jom laga laga kepala nak tak sebab aku pun biasa nampak benda yang sama.

Kebelakangan ni ataupun kebelakangan belakangan sebelum ni, (*wah ayat tatabahasa bombastik kan) aku selalu jugak dengar rungutan rungutan golongan golongan anti social yang merungut IG nya diceroboh oleh comment comment yang mana bagi diorang sangat annoying dan mengganggu privacy diorang sendiri. Tapi hangat isu ni takdelah sampai nak kena masuk melodi. Kalau masuk melodi tu confirm confirm muka guwa yang paling depan sekali join rusuhan tu. 

Ada jugak guwa perhati kat comment comment IG guwa, segelintir orang yang bukak business dan guna jalan mudah dengan meng-komen visit my IG kat account instagram guwa. Kalau cepat guwa nampak memang guwa akan delete even dia baru comment 3 saat. Sebab bagi guwa comment tu annoying. Kadang kadang dia punya comment smiley senyum je tapi dia punya nama "sim card satu malaysia murah here" mengalahkan caption guwa panjang nama IG dia. .

Padahal dia nak suruh orang nampak dia jual kad sim. Dengan cara smiley tu kot mampu membuka mata semua orang dengan sim yang dia jual tu. Kadang kadang ada yang comment package langsing badan lah boleh turun 60kg. Palehotak dia nak suruh orang tinggal kulit je ke cemana. Habislah lepasni ramailah yang mula buat sepanduk nak benci guwa. Tak apa, guwa dah kebal dengan kutukan. Bukan apa, bukan kedekut pun nak biar je benda tu. Ada gak orang biar je benda tu kan. Mungkin ada yang cakap hek eleh nak mintak tolong sikit pun tak boleh. 

Boleh, tapi bukan macam tu caranya. Orang lain pun buat business jugak tapi diorang boleh je guna proper way untuk jalankan business dorang. Sama sama dapat benefit. Daripada korang comment macam tu, tak memasal kena block tiba tiba kan.  Cuba cakap elok elok, kalau ada email, email. Mungkin ada sesetengah yang kenakan charge for any ads kat IG dorang, but kalau tak nak, tak payah reply email tu. Ni ada yang cakap sombonglah, berlagaklah, bataklah, nak review pun nak charge. Orang orang macam ni elok kau ikat dekat batu campak je dia kat dalam laut.

Kalau orang boleh hormat kita cakap elok elok, kenapa kita tak boleh ye tak? Kalau kau rasa benda tu fair bagi kau and you deserve it, tapi benda tu sebenarnya tak fair bagi orang lain. Dia ada privacy dia sendiri ada business dia sendiri so korang kenalah hormat ok. Kerja elok elok ha nanti business lagi maju daripada kau buat macam tu berbakul makian kau dapat. Wah brutal kan dengan comment macam tu je dah dapat sebakul makian. Boleh buat jual kat pasar malam.

Guwa rasa dah jauh tersasar tersangat sangat guwa daripada topik asal guwa. Awek hijasbter pun dan pergi bayar cendol dah. Guwa je yang bercerita meleret panjang kat dalam ni. So tu jelah nasihat guwa. Guwa tak pandai nak nasihat depan depan ni. Sebab guwa ni pemalu nak bertentang mata alahai malulah, hiks. Tapi dengan cara guwa menulis ni mampu membuka mata orang besar besar apa yang guwa cakap tu. Guwa harap lu semua salin apa yang guwa bebelkan ni ok.


NOTE: Guwa paling tak boleh blah bila dia promote produk pelansingan badan. Nak suruh aku langsing macam mana lagi? Sumpah menganjing guwa. Cilake.


TWITTER: @AIZATABD
INSTAGRAM: @SKULLSULIVAN
FACEBOOK: EIJAT ABDULLAH


Saturday, April 19, 2014

belajar memandu

ASSALAMUALAIKUM

Masuk tahun ni guwa rasa nak dekat 4 tahun jugak guwa ada lesen memandu ni. Dalam 4 tahun ni jugaklah banyak adegan adegan jalan raya yang dapat aku tengok. Accident kat depan mata tu jangan cakaplah, kalau boleh nak memandu sambil tutup mata je bila nampak ada accident depan mata. Orang kata kalau kita memandu betul betul and hati hati, tapi orang lain careless, nyawa kita pun dalam bahaya jugak. Wah dah macam iklan ingatlah orang yang tersayang pulak kan. 

Nak dijadikan cerita bertambah best pasal belajar memandu ni, kebetulan adik guwa baru dapat lesen. Biasalah bila orang baru dapat lesen ni jiwa dia meronta ronta nak drive kereta. Dapat kedepan kebelakangkan kereta pun dah cukup puas dah bagi dia macam dapat menjejalah satu Malaysia. Jadi, bila guwa kat kampus, takda siapa nak ajar di bawak kereta. Nak harap Encik Ayah, adik aku rela tak belajar kereta sebab Encik Ayah kalau ajar kitaorang bawak kereta, lepastu taubat dah tak nak bawak. Garang betul sampai kau rasa macam nak terkencing. Tapi garang garang dia tulah yang buat kau pandai sebenarnya. Nak harapkan Puan Ibu, awal awal dia dah warning dia cakap dia takut nak naik dengan freshie ni. Amboi berlagak senior betul Ibu guwa.

Dan semestinya yang jadi bahan ujikajinya adalah aku. Aku jelah yang menjadi harapan dorang ni semua untuk ajar adik aku memandu. Fuh awal awal guwa dan mengucap incase apa apa jadi tak ke naya guwa kan. Tapi, kalau dengan aku belajar kereta, rilek sikit. Wah berlagak tau. Sebab aku akan biarkan adik aku nak bawak macam mana ikut suka dia. Asalkan dia tak langgar orang. Jauh mana dia nak pergi, pergilah. Kebetulan, kat area tempat guwa ada Tesco. Tekak ni teringin pulak nak makan PappaRoti. On the spot aku suruh adik aku belok kanan. First time dalam sejarah hidup dia aku rasa dia belajar drift. Siapa nak register belajar memandu dengan aku boleh beratur dah rasanya ok.

Bila keluar je daripada Tesco tu, guwa terlupa pulak ada satu bukit yang kitaorang kena daki pakai kereta ni. Tak kan nak daki pakai lori pulak kasn. Mula mula guwa rasa cuak gak sebab berdasarkan apa yang guwa tahu, orang baru dapat lesen ni kadang kadang failed bab bab naik bukit ni. Kereta aku pulak kereta manual. Ah sudah jangan ada kereta kat belakang sudahlah. In case kalau terlepas brake pun still tak langgar orang ye tak. Dengan confident aku pun suruh adik aku tekan minyak naik je bukit tu. Tetibe dah naik bukit tu kat belah atas ada kereta sebab jalan jammed orang baru balik kerja. Adik guwa dah gelabah, guwa terus suruh dia tekan brake and guwa tarikkan hand brake. Keluar peluh peluh jantan guwa macam bertinju.

Aku tengok kat belakang tak ada kereta so kitaorang dalam keadaan selamat. Tengah nak happy happy tetibe ada kereta masuk betul betul belakang kereta kitaorang. Eh perasaan guwa masa tu rasa nak tembak je kereta tu kasi meletop even kereta tu tak bersalah. Dia tak nampak ke orang tengah ajar adik baru dapat lesen ni bawak kereta. Ingat ni benda memain ke ha. Macam biasalah guwa kan suka emo. Aku tarik nafas panjang panjang and suruh adik aku masuk gear and tekan minyak, lepastu lepaskan hand brake perlahan lahan. Gaya macam confident, bila dah lepas je hand brake, kereta melucur ke belakang. Gelabah aku tarik hand brake. Pucat lesi muka memasing. Aiman yang kat belakang dah tak senang duduk.\

Kereta belakang dah hon hon dah. Kalau aku jadi dia pun aku hon. Kalau kereta dia boleh keluarkan penumbuk aku rasa mesti dia keluarkan tumbuk kereta aku. Adik aku punya gelabah macam laki dia nak bersalin. Aku pun suruh dia slow slow tekan minyak and aku lepaskan hand brake. Kau faham faham jelah macam mana pompuan ni kalau dah gelabah. Otak dia entah kemana mana berangan. Dia pun tekan minyak sampai kereta aku ada ala ala bunyi drift, aku pun lepaskan slow slow hand brake and kereta meluncur laju ke atas. Nasib baik depan takda kereta kalau ada aku rasa kereta orang tu dah kemek separuh. Boleh masuk berita kat tibi.

Sampai bau hangit tayar masuk dalam kereta. Aku pun suruh dia berhenti tepi, tukar driver dengan aku. Berkesan warna hitam kat jalan tu. Aku rasa orang belakang pun kagum tengok cara adik aku memandu. Selalu dapat tengok orang drift kat movie je kan. Balik ni aku kena registerkan adik aku masuk Fast and Furious. Jadi kawan kepada watak utama pun bolehlah. On the way nak balik tu aku rasa bebelan aku tu dah boleh aku terbitkan buku. Yang paling aku ingat and copy paste ayah punya cakap masa aku baru dapat lesen dulu,

"Macam mana JPJ boleh kasi lulus memandu macam ni, kalau ayah jadi JPJ tu ayah suruh ulang sampai 5 kali"

Dan guwa copy pastekan ayat Encik Ayah tu kat adik guwa. Ayah guwa kalau jadi JPJ guwa rasa ramai orang depressed bila balik ambik lesen. Korang kalau nak ajar mana mana kengkawan yang nak ambik lesen tu, aku nasihatkan fikir panjang panjang ok. Fikir masa depan, fikir berapa banyak dah amalan kat dunia ni. Renung renungkan....


NOTE : Ada kawan guwa ni dia baru dapat lese kereta, dia beli pelekat P lori tampal dekat kereta. Amboi kalau dia datang nak lepak dengan guwa, dari 1 kilometer guwa dah nampak pelekat P dia tu.


TWITTER: @AIZATABD
INSTAGRAM : @SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH



Monday, April 14, 2014

kicap

ASSALAMUALAIKUM

Benda yang paling guwa suka dalam hidup ialah bila guwa balik bercuti ke rumah. Nak nak pulak cuti tu lama nak mati kan, hidup guwa kat rumah tu boleh dikatakan ibarat anak raja tau. Bangun lepas solat subuh tu tidur balik sampai pukul doblas. Selagi Puan Ibu tak call and pom pang pom pang kejut selagi itulah aku tak bangun. Makan semua pun bangun bangun je dah siap atas meja. Rasa macam anak tak berguna kan aku ni. Macam aku cerita kat entry entry aku sebelum ni, kalau sabtu ahad je mesti rumah aku akan jadi taman tema kanak kanak sebab bebudak kecik anak sedara aku ni suka datang rumah aku. Entah apa yang ada kat rumah aku entah yang masing masing dok suka mempamerkan muka kat sini. 

Kebetulan ada sorang adik sedara aku ni kena chicken pox. Entah kenapa aku rasa comel betul muka dia kena chicken pox. Bak kata orang dulu dulu demam campak. Entah apa benda entah nama dia demam campak. Demam sebab kena campak ke macam mana tu. Bila dah sakit, biasalah budak budak kan mengada dia lebih sikit. Kalau boleh 24 jam nak kena hadap muka dia tanya nak apa, kenapa, okay ke tak. Guwa awal awal lagi dah blah daripada melayan kerenah kerenah macam tu. Paling rajin bila suap dorang makan sebab aku rasa macam nak gigit pipi sorang sorang sebab aku suka tengok bebudak makan. Comel dia subhanallah tak boleh aku nak ungkap dengan kata kata tau. Bencilah nak excited macam ni. 

Tengah suap suap tetibe Cik Adik Shyyra datang sambil cakap,

"Ya Allah kenapa bagi dia makan kicap?!"


Terkejut jantung guwa sekejap ibarat digoncang goncang. Gelabah jugak guwa masa tu sebab fikir kenapa tak boleh makan kicap, budak kecik ni ada alergik kat kicap ke macam mana. Bukan budak budak suka makan kicap ke? Macam macam benda berlegar lega dalam kepala guwa ni. Rasa berdosa mula menyelubungi guwa masa tu. Patut tak guwa lari daripada rumah? 

"Dah dah pergi tukar nasi lain, kalau makan kicap nanti berparut hitam muka dia dengan badan badan dia."


Bila dengar je Cik Adik cakap macam tu, automatic guwa ketawa sambil hentak hentak kaki. Epic gila guwa dengar. First time selama guwa hidup kat muka bumi ni guwa dengar benda camni. Patutnya guwa kena record masuk vines. Aku rasa adik aku patut masuk America Got Talent dan mampu membawa kemenangan dengan lawak kicap dia tu. Guwa pun balas balik cakap dia.

"Palehotak celah mana pulak makan kicap boleh sampai hitam parut chicken pox tu?"

"Nenek yang cakap! kau mintak mahappp kat nenek paham sebab kau cakap theori dia tu kepalahotak"


Guwa sambung ketawa dengan lawak adik guwa tu. Macam saintis betul tau nenek guwa ni mengkaji kicap. Sebabkan aku pasti tak pasti dengan apa yang adik aku cakap, aku pun pergi dapur bawak pinggan untuk tukar nasi. Terkebil kebil mata adik sedara aku tengok aku bawak lari pinggan ingatkan aku tak nak bagi dia makan. Mana tahu theori kicap tu memang boleh pakai ke kan. Tak memasal hantaran adik sedara guwa jatuh dah besar nanti sebab makan kicap sampai berparut muka dia. Sampai je kat dapur Puan Ibu pun bersuara.

"Kenapa tak bagi Ryan makan? Dia tak nak makan dah? Meh Ibu suapkan"

"Tak, Shyyra kata nasi ni ada kicap nanti parut chicken pox dia hitam"

"Eh tadi ada bagi ke? Habislah nanti berbekas muka dia dengan parut!"


Guwa rasa patut ke guwa cubit pipi guwa sendiri? Adakah guwa tersesat di alam mimpi? Kenapa semua cakap pasal kicap boleh buat chicken pox akan meninggalkan kesan kat muka ni. Lalu aku tanya balik Puan Ibu. Nak ketawa tergolek golek kang nampak sangat derhaka pulak.

"Mana Ibu tahu?"

"Masa kecik dulu korang semua Ibu ada suap kicap masa chicken pox, lepastu masing masing ada bekas bekas chicken pox tak hilang. Nasib baik lama lama dah hilang. Kalau tak percaya nanti tanya nenek. Ramai dah orang cakap macam tu. Benda benda macam ni pun tak tahu, careless."


Tak memasal guwa kena careless dengan Ibu guwa. Rasa guwa nak berlari je tau pergi rumah nenek tanya betul ke tak eh makan kicap masa chicken pox ni bahaya? Ke guwa sorang je yang baru first time dengar?

Cikgu sains tak pernah bagitahu pun. 

Hmmm... Mungkin korang pun sama macam aku, ke korang pun dah tahu? 



NOTE: Habistu kalau makan benda lain masa chicken pox apa jadi eh? Sehari semalam guwa tak habis fikir tau.


TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH


Saturday, March 22, 2014

pernah tak ?

ASSALAMUALAIKUM


Pernah tak kau rasa macam tak ada siapa kisah kat kau ?

Entah.
Kadang kadang hidup ni orang cakap bukan selalu cerah.
Yang kau anggap kawan tulah musuh sebenar kau.
Kat depan ibarat putih suci tiada dosa.
Tapi kat belakang, hati hitam terbakar menjaja cerita tanpa usul periksa.


Pernah tak kau rasa sakitnya kehilangan ?

Ada orang yang pergi sebab dia rasa kau bosan.
Sebab dia kata kau dengan dia tak ada jodoh nak bersama.
Bodoh, itu bukan alasan, tapi kau yang dah bosan.
Memang hidup ni aku tahu yang datang bukan tak akan pergi.
Tapi yang datang tu jangan suka memberi harapan.
Sebab yang kau tinggalkan tu derita menanggung penyiksaan.


Pernah tak kau rasa dikutuk ?

Orang selalu kata, hati kalau dah busuk mulut pun busuk.
Betullah, sekali kau dah benci orang, sampai bila kau akan benci dia.
Apa yang kau pandang, itulah yang kau rasa nak terajang.
Apa yang kau dengar, itulah yang kau nak jaja biar semua terdengar.
Entah apa yang kau dapat aku sendiri tak dapat nak tulis dengan kata kata.
Nak kata tak ada otak, kepala tu besar macam kotak.
Cuba rasa apa yang orang rasa. Baru kau tahu sakitnya apa yang dia rasa.


Pernah tak kau rasa susah ?

Kau bohong kalau kau cakap kau senang sentiasa.
Nak makan pun kau kena halakan tangan kau ke mulut.
Tapi kenapa terus buat orang rasa susah?
Tak rasa berdosa?
Oh mungkin kau dah rasa banyak bekalan yang kau boleh bawak ke sana.
Sudah, buang semua angan dan ego yang buat kau binasa.
Berdoalah pada pencipta.


Ye,
Manusia,
Mudah lupa,
Sebab dia tak tahu apa yang orang lain rasa.



TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : @SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH


Friday, March 14, 2014

alergik atau cuaca ?

ASSALAMUALAIKUM 

sejak kebelakangan ni makin kerap pulak aku selsema and batuk . pagi petang siang malam sampai aku rasa hingus ni meleleh leleh sampai ke dagu . bila bab bab selsema camni , aku memang tak boleh nak biarkan sebab nanti lama lama mulalah batuk and demam . yang aku ni jarang demam , tapi bila dah demam Ya Allah sampai seminggu pun boleh melarat demam tu . susah betul dia nak tinggalkan badan aku ni tau . so , aku ingat nak pergi farmasi je beli ubat . sebab bila aku hembus hingus , aku rasa kepala aku dah sakit . pressure kot . wah gitu kan . berbelah bagi gak nak pergi farmasi ke ataupun nak pergi klinik terus . kalau pergi klinik doktor tahulah kan apa masalah aku ni . 

nak kata musim panas nampak macam pembohong betul kan alasan aku sebab panas panas buta ni bukan alasan orang nak selsema . kalau kulit hitam tu bolehlah jadikan alasan panas ni . mungkin sebab jerebu kat sini sampai kawan depan pun aku tak boleh nampak sebab penuh dengan asal jerebu . bila jerebu jerebu ni ko tak payah nak fefeeling ada kat Korea sangat ok sebab salji and kabus tu tak bau asap . aku pun start kereta , pergi klinik terus sebabnya nanti kalau salah beli ubat kat farmasi pun susah gak . macam tak guna je kan membazir . dalam 10 minit camtu aku pun sampai klinik . tengok orang punyalah ramai . muka semua toya je sebab yang datang klinik tu mestilah semua yang tak sihat kan . termasuklah muka aku yang toya ni . lepas register and everything . aku pun ambik seat sebelah sorang pak cik ni sebelum nurse tu panggil nama aku . 

nak ditambah cerita , dulu aku pernah bercita cita jadi doktor tau sebab aku nak inject orang je . tu je alasan aku nak jadi doktor dulu . tapi , ko hengat tiap tiap hari nak inject orang je ke ha . rasa macam best tau ambik jarum cucuk tangan orang dalam dalam . pastu buat buat patahkan jarum dalam tangan orang tu . lepastu masuk berita terpampang klinik aku dalam sejarah Malaysia paling awal bankrup tak sampai 1 hari beroperasi . lepas dah masuk bilik doktor , dia punya tanya apa masalah aku . macam sesi nak bercerai keadaan masa tu . aku pun ceritakan yang aku sekarang kerap selsema and batuk . nak kata resdung , aku dah gi klinik before this dia kata aku takda apa apa . semuanya ok . kenkadang rasa macam nak sedut semua hingus ni keluar daripada paru paru tau pakai vacuum . susah tau nak
gambarkan cemana perasaan ni .

pastu , doktor tu pun mulalah check everything . then dia tanya aku , bila aku akan selsema and batuk or benda apa yang aku makan lepastu aku akan selsema . manalah aku tahu kan sebab semua benda aku sebat makan je . takda dah nak ambik tahu apa yang aku tak boleh makan or boleh makan . doktor tu cakap , aku ni ada alergik kat satu benda . bukan sesaja je nak selsema ataupun sebab jerebu . wah cara dia cakap macam tak bahaya je kan jerebu ni . aku rasa macam dah ada kat dunia khayalan tau ada asap asap ni . dia cakap lagi , macam ada kes kes lain , ada orang tu alergik kat hairspray , ada yang alergik kat make up . and dia cuma nak tahu je aku alergik kat apa . wah aku yang doktor ke ni dia yang doktor . aku kepit jugak kepala doktor ni kat pintu klinik ni kang . at last dia bagi aku ubat apa entah and make sure suruh aku tahu apa yang aku tak boleh nak makan . 

balik tu terfikir fikir gak apa yang aku tak boleh makan kan . nak kata seafood takdelah aku kerap sangat makan benda tu kat kampus . puas dah kepala ni fikir sampai naik lapar perut aku tau . balik tu singgah 7E sekejap sebab tekak ni panas panas rasa haus betul . aku capai air mineral dengan coklat Mars . fevered aku . kalau ada 4 biji depan aku , sekali 4 biji aku boleh telan . sejam lepas aku makan coklat tu , aku dah rasa lain macam sebabnya , aku dah start selsema balik . ragu ragu gak . tak kan pasal coklat aku boleh alergik kan . sehari lepastu , aku try makan coklat lain , sama gak . sah , memang aku dah tak boleh nak makan coklat lepasni ke apa . perasaan masa lepas tahu aku alergik kat coklat tu macam perasaan baru lepas break up tau . sedih betul sebab aku selalu spare coklat dalam kereta or dalam class kalau aku bosan bosan or terasa nak makan . kira boleh jadi bestfriend aku ah ni . 

tapi , apa aku kisah . aku makan kan jugak . biarlah nak alergik ke apa ke , tapi kena kawal lah kan . tapi pelik gak aku , dengan coklat pun boleh alergik tau . rasa macam kelakar pun ada . aku tak gi klinik balik pun sebab doktor tu cakap kalau dah tahu apa yang aku alergik , dia suruh aku datang . tak nak aku kena ketawa terbahak bahak dengan doktor tu bila dia tahu aku alergik kat coklat . aku bagitahu Ibu Norry pun dia dah tersengih sengih lepastu ketawa . rasa macam nak lari dari rumah je tau duduk dalam hutan habiskan sisa sisa hidup dalam hutan . tapi , aku tahu , kat luar sana mesti ada orang yang alergik yang pelik pelik kan ? aku rasa alergik kat coklat ni pun dah buat aku macam orang paling pelik kat dunia tau . camni nak kena daftar masuk American's Got Talent ke cemana ni ? by the way , sebelum aku menghabiskan aku punya cerita , let's pray for #MH370 . semoga mereka semua masih dalam keadaan yang selamat . Amin . 


NOTE : ada tak orang yang allergic kat ice cream ? ya Allah satu kerugian tau macam tu . nikmat dunia tu . 


TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : @SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH


Saturday, February 22, 2014

Singapore Trip to USS : PART 3

ASSALAMUALAIKUM

dah sampai ke penghujung part aku rasa untuk entry aku kali ni . sampai 2 minggu kan aku perap cerita ni . orang pun dah tak hingin nak baca . biasalah abang ko ni kan bukan busy kadang kadang , tapi dia pemalas . bangun pagi pun selagi orang tak kejut , selagi tu tak reti nak bangun . kalau letak kat hospital pastu baringkan , orang pun ingat dia koma . perenggan pertama aku selalu takda isi isi penting kan . membazir masa 5 minit je tau nak baca semua ni . 

untuk Part 3 ni , takda banyak benda pun nak cerita . tentang perjalanan kitorang balik ke negeri masing masing . yelah masa Part 2 dah seronok seronok cerita pasal ke USS kan . sekarang ni cerita sesedih sikit pasal perpisahan . amboi thriller betul kan genre update aku kali ni . bila dah berjalan tu , part paling malas sekali bila nak packing sebab nak balik . kalau boleh nak tidur je atas katil kat hotel tu sampai sendiri rasa dah bosan . plan harini sebelum balik , nak singgah Johor Premium Outlet ataupun nama famous dia JPO . aku pun tak tahu dia famous sebab apa . pernah masuk Akademi Fantasia kot . lepas dah check semua barang and dah packing , tiba masa nak check out . heret beg pun macam mintak kena tampar je tau sebab lemah betul nak balik ni . kalau boleh nak terus vacation tempat lain pulak . tu pun kalau aku ni anak Bill Gates . ni gate rumah sendiri pun dah naik karat dah .


orang single ceni ah hidup , ajak ambik gambar pun semua tak nak layan . benci


lepas dah sesi penyerahan kunci bilik , maka bergeraklah kami ke JPO . moment paling kohaja bila aku , Keba dengan Farah tunggu diorang dalam kereta nak gerak sana sama sama , diorang dah gerak dulu ikut jalan lain . berani ko nak mess with me eh . yang gembiranya , kitaorang sampai dulu kat sana . entah lalu hutan mana entah diorang sampai kitaorang yang lambat ni pun boleh sampai dulu tau . rasa macam hebat betul haritu . moment moment camni patut aku abadikan dalam blog . takda senang nak lupa . cuaca haritu panas jangan cakap . menyesal tak sudah aku pakai kemeja . dengan aku ni jenis kuat berpeluh kat dalam rambut , bukan kat badan , memang rambut aku macam orang baru lepas mandi tau . seronok :')))


rambut aku dah macam bangla . beralun alun tu yang aku cannot go . rasa nak terajang je rambut sendiri .


pergi JPO pun takde nak beli apa sebenarnya . kononnya nak jalan jalan cari baju ke , seluar ke , takpun kasut , tapi semua benda takda tertarik kat mata *pembohong , padahal duit dah habis kat USS* . at the end , masuk semua kedai , and last destination , pergi makan kat absolute thai . kedai dia nampak macam best sebab ada satu kedai thai jugak yang aku suka pergi kat The Curve , Thai Express . memang best kalau pergi situ makan . so far , kedai tu belum pernah buat aku kecewa tahap putus cinta punya . kat absolute thai ni pun aku tengok makanan dia macam okay jugak plus harga dia pun takdelah mahal mana , standard je . tanpa ragu ragu , kitorang pun order makan . tak hingat dunia kau bila pasal makan makan ni , order je ikut tekak . kalau boleh nak packing sekali bawak balik kampung . tapi perangai aku takdalah seburuk yang kau sangka kan .


menu dia pun dah cantik kan . rasa macam nak lipat bawak balik masuk poket . 


nilah anggota tentera yang pergi memerah keringat kat USS semalam . posisi aku dengan Megat macam bapak bapak tau duduk tetengah . macam nak umumkan harta warisan . over ekh


makanan kat absolute thai ni memang best and puas hati bagi aku . tapi , bagi kengkawan aku ni diorang cakap ada yang terlalu pedas lah makanan dia , terlalu tawar , ada yang cakap tak sedap . aku dapat makanan yang sedap ni duduk diam je makan . tak bagi respon pun sedap ke tak , kang kalau cakap sedap ke tak kang diorang nak rasa , baik aku habiskan cepat . guwa tak suka share share benda ni . hahahahaha nasib baik update blog ni lepas balik negeri masing masing . takdelah kena pukul sampai parah dengan diorang . lepas makan , tengok bil , RM300++ . tapi............. aku rasa kalau makan ikan bakar pun lagi best . rasa nak mengamuk je masa tu tambah pulak tengah pedas . time time camtu kalau pukul orang tu memang dah tak nampak dunia dah aku rasa orang tu . tapi tahap kesabaran yang dipupuk masih tinggi , bayar jelah . dah makan kan . nak muntahkan pun takda guna .

maka , sampailah masa di penghujung . bila semua akan separate kereta ikut negeri dan tempat masing masing . kat kereta aku , daripada naik berlima , tinggal aku dengan Keba je berdua . sentiasa nak berdua kan , susah tau nak halang cinta kami ni . hanya takdir je boleh memisahkan . aku rasa kalau terpisah pun sebab kena panah petir sebab cerita cinta sonsang yang aku cipta ni . sebelum balik , wajib tau abadikan gambar untuk masuk dalam Instagram . detik detik penting tu . padahal nak masukkan sekeping je , ambik gambar je nak dekat seratos . rasa malu pun ada . kalau boleh nak bawak sekali dengan kereta kereta masuk dalam JPO ni supaya orang tahu kami ni tourist daripada KL dan Melaka . nanti orang ingat kami ni ala ala bebudak baru nak akil baligh kan . ambik gambar depan entrance . ah takda kisah punya , kali ni je mencemar muka . 


yang dua orang kat belakang tu kalau boleh crop dah aku crop kasi keluar tau . siap nak nampak perut tu . aku bantai kang .


 lagi 3 orang aku tahu buat apa . selfie , takpun ambik gambar OOTD .


 rambut aku , macam ombak tsunami . takut kan tengok . benci pun ada .


nampak macam abang abang kan aku . padahal aku paling muda antara diorang semua .


Keba ni , tangan tu jaga jagalah sikit . aku rotan kang baru tahu .




dan , inilah pengakhiran cerita trip kami ke Singapore ! terima kasih kat korang yang gigih tau tunggu setiap update aku pasal Trip ke USS ni . yang aku punyalah malas nak update kan . rasa nak bantai je si aizat ni tau . nantikan udpate lain mana tahu tetibe abang aizat ko ni nak gi Korea ke kan , takpun Japan . penat tau nak membebel pepanjang ni . nak nak bila nak pilih gambar . rela hafal sebijik sebijik perkataan dalam kamus Dewan daripada nak pilih sekeping sekeping gambar daripada beratus ratus gambar . dan kat korang yang tengah fikir fikir mana tempat yang korang nak pergi kan , better book flight ticket bulan 9 sebab masa tu Air Asia ada promotion . pergi balik Korea tikcet dia around RM750 camtu je . makan apa semua pepandailah kau nak hidup . selalu ticket ke sana aroung RM1.3K kalau tak ikut package . berguna gak ekh aku ni . Air Asia , mohon ambik aku jadi duta .


NOTE : ni baru travel 3 hari 2 malam . kalau travel seminggu tu adakah aku kena buat sampai 7 part untuk entry tu ? I ken dai . 


TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : @SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH


Monday, February 10, 2014

Singapore Trip to USS : PART 2

ASSALAMUALAIKUM

bersambung menjelajah trip aku ke Singapore Part 2 . over tau nak tunggu lama lama baru update . yelah dengan nak pilih gambar , nak susun balik satu persatu kau ingat senang . rasa macam nak tolak kepala orang pun ada tau bila nak kena pilih beberapa keping gambar je daripada beratus ratus gambar . kalau ada kerja camni awal awal aku dah blacklist tak nak mohon kerja . untuk yang belum baca Part 1 lagi , tetibe terjojol bukak Part 2 , aku mempersilakan korang baca Part 1 tapi kalau tak baca pun tak apa . tak ada kaitan pun dengan Part 2 ni .



pagi sebelum bertolak masuk ke Singapore , awal pagi lagi dah bangun . yelah kang kau leka leka bangun lambat hambik kena berenang masuk sana sebab kitaorang pergi by bus . based on package yang dah lengkap everything . disadvantages bila ikut package ni korang kena punctual . siapa lambat , tinggal . dia takda nak kesian kesian punya . bila dah check semuanya , paling penting jangan lupa bawak passport kalau tak nak kena tinggal kat sempadan Malaysia-Singapore . yang pastinya awal pagi lagi Keba dah tertinggal passport dan terpaksa berlari lari anak pergi ke hotel balik . aku bet , aku gerenti awal pagi lagi ketiak dia dah lecak bak lopak air lepas hujan .


aku belum bersedia nak tunjuk muka passport aku kat orang ramai . sampai Imegresen pandang guwa 2 kali . kohaja eh kohaja


setiap pergerakan harus diabadikan dalam camera kalau pergi mana mana vacation . tak kisah mana mana tempat . benda wajib tu . rasa macam berdosa je kalau tak buat tau .


gambar ni sebenarnya nak bagitahu bila gi vacation make sure gigi semua putih ok . siapa gigi kuning kena tahan kat Imegresen .


gambar dah lepas daripada Imegresen pun kena abadikan gak . buat modal membangga aku nak gi Singapore tau walau macam aku cakap haritu , nak gi sana berenang pun boleh . berdiri tegak ni fefeeling macam Pegawai Imegresen .


perjalanan daripada JB ke Singapore takdelah ambik masa lama sangat . yang lamanya kat Imegresen sebab nak tunggu orang lain lepas daripada Imegresen lagi , sampai semua cukup baru bergerak . selagi tak cukup jangan harap dia nak gerakkan bas dia . yelah kau ingat kau je yang ikut package ceni . orang lain pun ada tau . yang paling penting bila pergi vacation , kamera wajib bawak . buku nota ni semua kau tinggalkan je kat rumah . takda punya apa kau nak catat kat sana . dah kena pergi dengan kawan yang suka bergambar gak . boleh tukar tukar . bila kau dah ambik gambar dia , balasan dia , dia kena ambik gambar kau . buat sakit hati je kalau pergi dengan kawan yang tak suka ambik gambar . kawan kawan camtu korang dah kena buat list pastu pangkah kalau nak gi mana mana vacation . tak payah bawak dia .

lepas dah settle segalanya , masuklah kami ke Singapore . takda pun nak loncat loncat happy sebab aku tengok diorang ada yang tidur , ada yang bergosip mak jemah , ada yang main game . aku pun mulalah pakai shade , pandang luar . fefeeling macam dalam video klip . benci tau . dan , akhirnya , sampai ke destinasi kami , Universal Studio Singapore . benda first yang kitaorang cari , Express Ticket counter . sebab kitaorang ni pergi masa public holiday , Chinese New Year . so memang wajib tempat tu akan pack sampai berlaga laga punggung kau dengan orang lain . so dengan Express Ticket ni , korang tak payah nak tunggu lama sebab boleh guna dia and dapat green light . kalau tak guna , berdiri lah kau sampai 2 3 jam semata mata nak naik satu ride je . aku yang guna Express Ticket ni pun ada balance lagi lapan games / ride tak main . kau tak akan larat punya nak main semuanya . muka semua dah toya je bila dah tak larat .


nilah Express Ticket . korang boleh dapat dengan harga $70 . kalau Ringgit Malaysia dalam RM184 . berbaloi guwa cakap beli benda ni . rasa macam kohaja pun ada sebab takyah beratur . tulah kelebihan ada Express Ticket ni .


kau tengok orang punya ramai sampai kau nak ambik gambar kat globe tu pun ada je sorang dua yang photobomb . rasa aku nak bomb je dia tapi bila fikir balik entah entah dalam kamera dia pun ada terselit muka aku .


ambik gambar kat benda ni adalah benda yang wajib bila kau dah sampai kat sini . kalau tak nanti orang tak caye kau dah sampai sini . tonyohkan kat muka orang yang tak percaya tu . maafkan encik backlight sebab buatkan tulisan tu tak nampak jelas .


bukan sekeping dua je tau nak ambik . ambik berkeping keping macam aku buat ni . baru senang nak pilih banyak banyak gambar . 


bila pergi vacation , paling susah bila kau nak set masa dengan kengkawan . bila semua dapat pergi , rasa macam nak menangis tau sebab boleh share moment sama sama . aku ni apahal suka nak over ni .


kalau nak ikut semua susunan ride apa , games apa yang aku main tu memang tak boleh nak listkan satu satu sebab aku sendiri tak dapat all the picture kat entrance setiap ride tu sebab nak kena kejar masa . nanti lambat tak sanggup aku tertinggal duduk dengan orang lain . rela aku duduk luar . so aku ambik yang mana sempat je . semua benda nak kena rush kan sampai aku rasa macam marathon tau . sebab tu air minarel penting . takda masa dah nak terhegeh hegeh singgah beli air . dan aku nasihatkan tak payah nak over pakai dress segala . kalau kau nak dress kau koyak rabak terselit dalam machine , silakan . first ride kitaorang adalah Madagascar . aku prefer , yang tak pernah tengok , kau khatamkan dulu tengok cerita ni baru boleh berangan nak masuk . kalau tak kau tercengang punya tak faham and tak tahu nama character dalam ni . Madagascar ni bagi aku oklah , buat panaskan badan untuk ride seterusnya . sebab we just have fun dalam ni , and ada gak lah cuak cuak moment dalam ni masa area air terjun . 


orang punya sesak bertolak , aku boleh terpacak pegang monopod tau duduk kat entrance . aku rasa haritu je aku dah kumpul banyak haters sebab menganggu jalan orang ramai . 


tengok tu kalau guna Express Ticket , laju je tau dapat masuk . orang lain pandang dengan pandangan yang menyampah . perasan tak ? expression muka aku sama je bila ambik gambar . palehotak .


again ! ni sebab kedua kenapa orang pandang menyampah . setiap pergerakan nak kena ambik gambar tau . eh biarlah , aku bawak perangai ni dari Malaysia tau . sementara nak tunggu giliran kan , isilah masa lapang sikit .


here we go ! aku fefeeling Titanic tau . cuma benda ni tak karam je . kalau karam kan best . aku nak jadi Rose ! hidup . Jack kan mati . 


Almond London . guess what ? 


pandangan dari atas , wah best tau naik benda ni . ada macam kejutan kejutan centu . semua kerja nak menjerit . apa benda entah yang takut sangat . aku jerit gak tapi sikit je , tak banyak . hiks


after dah settle , go for the next ride . kalau nak cerita satu satu apa yang ada dalam tu kan , aku rasa entry aku dah boleh dibukukan . so dengan adanya gambar gambar ni kan , aku rasa korang boleh tengok sambil baca caption kat bawah tu ok . cuaca masa kitorang pergi tu nak cakap panas tu tak jugak . panas tu panas tapi tak terik . baguslah tak hujan . takdelah kau tak boleh nak naik semua benda kan . tapi yang tak bestnya sebab kau akan cepat haus . peluh keluar macam shower . tak payah nak mandi pun tak apa . mandi pakai peluh sendiri . kalau yang nak saving tak nak beli Express Ticket , korang tak boleh lengah lengah . kalau nak pergi pun make sure weekdays ataupun elakkan cuti sekolah . guwa cakap kalau waktu cuti sekolah , silap silap tiket sold out tau . penat je buat passport 2 tahun . dah boleh buang dalam tong sampah dah kalau centu . and plus for every single ride memang akan ramai . nak nak yang the famous one . better datang awal dan beratur awal awal . tak payah fikir nak makan apa semua tu . abaikan dulu .


ini Istana apa aku pun tak tahu . aku nampak dia cantik aku ambik gambar . pastu sibuk je kan nak masukkan sekali dalam blog padahal sendiri tak tahu amenda nama dia . 


benda ni tutup kau tahu tak untuk maintenance . eh terbakar betul hati tau . datang sini semata mata nak main benda ni je . benda lain tak nak pandang dah . tapi nak buat cemana , kalau dia bukak without maintenance , tetibe benda tu terkeluar daripada landasan dia , ha mati kang baru tahu . 


Jurassic Park ! nak cakap awesome tu bolehlah , cuma ride dia kat sana tu tak berapa nak mencabar sangat . berdiri atas ride tu pun bolehlah weh . guwa tak gentar . berlagak betul . macam biasa orang pack gila sampai nak jalan pun kena excuse me excuse me . cam omputih lak rasa tau .


aku rasa kalau pakcik ni baca blog aku , rasa rasa dia bangga tak tengok muka dia dalam ni ? 


inilah ride yang ada kat Jurassic Park ! tengok muka orang tu naik je dah buat darah orang lain berderau . tragis sangat ke naik benda ni kan . semua muka macam nak menangis .


aku duduk menghadap ke belakang . and aku tak tahu apa yang akan berlaku kat depan . yang aku ingat , aku ada terkeluar ayat "Ibu nak balik !" . that was scary man !


ada jugak beberapa orang yang suggest kitorang kat twitter kalau pergi USS ni jangan lupa pergi Mumia dengan Transformers , and I was like , ada apa kat Mumia tu ? ada mayat bungkus dengan kain ? sampai je kat tempat dia , aku terus terpegun kejap tau . rasa macam bebetul ada kat Egypt . mulalah aku menyelinap pergi tempat tempat yang boleh aku nak selfie sensorang . bukan senang tau nak ada gambar sendiri tanpa orang lain ambikkan . pakai monopod je settle tau . yang tourist semua pandang pelik kat aku macam aku orang buta kau tahu . rasa nak sebat je dia pakai monopod . apa yang aku suka kat Egypt ni , pemandangan dia lawa and kau boleh ambik gambar kat mana mana yang kau nak , dan gambar dia akan keluar dengan perfect . amboi mengampu macam nak jadi duta USS kan . 


nilah keadaan kat Egypt tu . aku pun tak paham amenda yang patung tu junjung tu . puas aku perhatikan . any idea ? 


ni aku . *mata masih perhatikan apa yang patung kat belakang tu junjung*


Me , Akbar and Farah . gambar kitaorang je dah makan setengah memory phone . 


actually orang tu cakap "put your bag in the locker , the ride was sooo fast , soooo fast" and Syiran ikut apa yang orang tu cakap . sampai tourist ingat dia pekerja kat situ . tak boleh nak masuk video dalam ni lah . nak upload je error , nak upload je error . ah kuasa aku , nasib baik ada gambar .


ni dua ekor ni aku lagakan kang . nak pakai seksi pulak kan . aku rasa budak tu nak ambik gambar dengan patung tu tetibe dia menyibuk masuk . kohaja punya abang dengan akak Egypt . 


Cairo Market ! tak beli apa pun kat sini . bila dah travel kan , ko tak akan rasa nak makan . unless bila kau dah penat nanti . selagi rasa excited tu masih ada , dia masih mampu buat kau kenyang . aku cuma tengok tengok je apa yang dia jual . 


about the Mumia Ride ? can I skip this part ? for your information , scary as your worst nightmare ever ! aku rasa macam nak turun daripada benda tu ataupun suruh dia tekan hand brake kasi benda tu berhenti . tak sanggup dah nak teruskan benda tu . menjerit sampai tak boleh nak keluar suara dah . patutlah dia suruh letak bag , phone apa semua dalam locker . sebab takut semua barang barang kau tercampak . silap silap dengan kau sekali boleh tercampak . kalau aku pompuan , dah lama aku menangis . enough , I don't want to talk about that anymore . I don't want . I don't want........


gambar gambar ceni wajib ambik . nanti dah tua pergi vacation boleh throwback tunjuk anak cucu . aku rasa gambar ni patutnya susunan dia kat belah atas tau .


the next is , water world I guess . I hate this part also . kalau apa yang aku nak skip tu kau kena faham mesti ada something happen to me . masa nak masuk tu ada gak aku dengar yang lain cakap tak nak sebab tak bawak baju spare . aku kat sana , macam biasa , bawak haluan sendiri lepastu cari tempat yang best untuk camwhore . bila tengok semua dah setuju nak main , aku pun okay . yang pastinya kat luar awal awal dia dah bagitahu kita akan basah sepenuhnya . who cares kan ? entah entah tu sesaja nak bagi orang takut . aku nampak gak orang mula beli raincoat . actually bukan rain coat aku rasa tapi suit yang elak kan untuk kita kena air . boleh dapat dengan $5 . tapi tengok macam dah terlambat je kan , so abaikan . lagipun kalau basah aku bawak baju spare . so takdelah nak risau sangat . lagipun aku dalam running man ada game macam ni dorang rilek je duduk kat dalam tu tak basah pun .


tulah tempat yang kau akan duduk dalam 9 orang aku rasa . muat satu benda tu . dah mulalah benda tu bergerak merentasi segala ombak dan badai . nak buat cerita kena over tau . baru orang impress nak naik benda ni .


betullah apa yang dia dah bagi amaran kat depan sebelum kitaorang masuk . memang akan basah sebab dia main langgar je apa yang dia suka tak kira kau ni selebriti ke perdana menteri . tak boleh nak kawal . yang aku rasa nak bom dia bila ada someone buat announcement "please put your legs down , put your legs down" , aku tak pasti sama ada memang tak boleh nak angkat kaki ataupun dia saja nak kenakan kitaorang supaya kaki ni basah kuyup sampai kasut kau tu boleh buat pelihara ikan . paling buat nak bergaduh bila ada satu gelonsor air ni laju gila pastu sampai kat bawah dia langgar air yang dalam dan berombak . hasilnya , jadilah macam kat bawah ni . 


kau tengok macam kering , tapi seluar aku basah kuyup , baju pun . sebab seluar dengan baju aku warna gelap . takdelah nampak sangat . rasa macam nak balik masa tu jugak . ingat ada baju spare boleh berlagak , dengan baju tu sekali basah kuyup . dan yang sedihnya , aku je yang macam ni . yang lain semua kena sikit sikit je air . kohaja ok kohaja . 


fesyen rambut pun dah berubah . muka tu paksa nak senyum je tu . 


I HATE THIS PLACE . enough . 


kat sini kan , korang boleh tengok short drama . ada ala ala culik centu , bunuh bunuh , tembak tembak , the real action tapi takdelah sampai tembak kasi mati . tembak takda peluru tu aku tahu . aku tengok pun dia dah start action . sampai sampai je benda benda dah meletup . jadi , aku datang sini boleh hidu asap mercun dia je . 


ni asap yang aku hidu tu . 


macam aku cakap , wajib cari dinding untuk diabadikan dalam Instagram tau . benda wajib tu tak boleh lupa . 


dah sampai tempat yang orang ramai suggest , transformers . memang betullah benda ni best kot sebab orang beratur punyalah ramai . kat luar tempat tu pun aku tengok dah sesak sampai kawan sendiri pun tak jumpa .


kalau tetibe robot ni hidup kan , aku lari dulu tinggalkan semorang . jangan harap aku nak patah balik . 


untuk buatkan korang impress untuk datang ke sini , jujur aku cakap transformers punya ride best gila . aku nak tulis and ceritakan pun aku tak tahu macam mana . best macam Mumia Ride ! kau boleh rasa . seram , takut , extreme tapi best . ah susah betullah nak bagitahu . kalau nak cakap guna ayat kan , boleh dikatakan best gila tahap bapak . bukan mak lagi . korang kena rasa sendiri . yang pastinya for every single ride yang korang naik kat sini , mulut tak akan lekang daripada menjerit . jadi habit tau bila masuk sini . 


tu bukan batang pokok . aku tak tahu pun akak dua orang panjang kat belakang tu ada dalam cerita apa . macam semak je dia ada dalam USS ni . takda function pun . berdiri dengan joget je kerja . halau je . 


New York City ! tak payah membazir duit dah beli ticket nak pergi sana . masuk USS je dan boleh holiday ke Egypt and New York . bangga kejap . 


street at New York City . orang memang pack gila . nak buat macam mana . tak kan nak halau , yang aku ingat ada orang ni kan dia marah anak dia depan orang ramai pastu dia bengang . siap nak menjerit jerit marah . aku pulak yang bengang tengok dia . 


sempat nak bermonopod tu . kenalkan belakang aku tu Mika . kalau rajin , kau kira ada berapa orang dalam gambar ni . 


kau tak akan pernah rasa aman untuk berselfie sensorang tau kat sini . kau acu je kamera kat muka kau , yang lain mesti akan berlari masuk sekali dalam kamera kau tu walau dia sempat masukkan tangan je . 


ala ala gossip girls New York gitu tau , cuma salji je takda . kalau ada , jangan harap nak masukkan gambar ni . penuh dengan gambar aku je dalam entry ni . 


tadi gossip girl , ni One Direction . bukan senang nak jumpa One Direction live tau . dah dapat tengok gambar ni pun dah kira korang ni beruntung . yang belakang kat pintu baju hijau cream menyandar tu handsome ekh *aku tu aku tu*


pakcik tu tahu gambar ni aku nak update dalam blog ke macam mana ? nak crop muka dia rasa serba salah pulak . mana tahu dia pembaca tegar blog aku ke kan . hi pakcik ! *hope pakcik notice me*


ni lagi nak over . yang rajin bekerja aku tengok Megat je . yang lain semua pemalas curi tulang . makan gaji buta .


gambar sendiri tu perlu ada , kalau boleh wajib half daripada total gambar orang lain . kehkehkeh


last ride sebelum makan , naik Spaghetti Space Chase . tengok daripada luar macam gempak tau , plus macam rugi pulak tak naik benda ni and tak ramai orang pun yang naik . bila dah naik , aku tahu sebab apa orang tak naik sebab permainan ni sesuai untuk budak budak even yang tua bangka pun dibenarkan naik benda ni . rasa macam waktu banyak terbazir naik benda ni .


ambik gambar kat entrance macam best gila kan expression aku naik benda ni . 


and , masa untuk makan . nak cari makanan halal kat sini ada je cuma kena tanya betul betul kat waiter sebelum masuk kedai tu , sebab ada certain kedai yang non-halal . untuk korang yang pergi ke sini sebab nak naik all the ride , aku suggest korang makan fast food je . nak kejar masa satu , tak leceh pun satu . kenyang pun kenyang gak . lagipun fast food takdelah semahal makanan yang lain kat sini . makan untuk alas perut je sebab balance duit tu boleh buat beli souvenir sebelum balik . macam tak guna je kan pergi sini tapi tak beli apa apa souvenir sebagai bukti kau dah pergi USS ni . harga souvenir pun lagi mahal daripada kau makan fast food tu , so kalau nak jimat , nilah cara aku suggest korang untuk berjimat . 


nampak macam sedap hebat je kan . jus mangga je pun actually . boleh dapat dengan $5 . bersamaan RM13 . wajib habiskan . kalau boleh kunyah ais dia , kunyah je sampai hancur . jangan tinggalkan sisa ok . kalau boleh straw tu pun bawak balik . 


kat sini lah kitorang memanjakan perut kitaorang sambil rehat rehat , Mel's . bayangkan daripada pagi terkejar sana sini , dalam pukul 3 baru nak lunch . masa ni baru kenal erti lapar . tapi tak habis makan pun sebab fries dia membosankan . hm rindu Malaysia . 


sambil makan , sambil dihiburkan pak cik pak cik kat luar ni . lagu dia nyanyi pun zaman atuk atuk kan . layankan jelah daripada makan dalam keadaan kebosanan . 


sementara nak tunggu Monster Musical Theatre bukak , aku berjalan lah sensorang sementara tunggu yang lain habis makan . ada dalam 20 minit lagi ni aku rasa sempat nak capai apa apa benda yang boleh aku bawak balik ke Malaysia . bila kau dah ada kat tempat orang , even benda tu kalau kau convert duit Malaysia kau rasa mahal , tapi bila guna SGD kau tak rasa pun macam banyak betul kau membazir . bayangkan aku beli ada satu keychain tu , simple je , tapi harga dia $7.90 and aku beli dalam 4 biji . kalau convert Ringgit Malaysia dalam RM21 untuk satu keychain , kalau 4 keychain ? kau dah boleh tuang minyak kereta kau tahu tak pastu jalan satu Malaysia . benci lah nak cakap pasal ni . benci . 


mula mula ingatkan benda ni bosan tau sebab dia membebel je kerja . tapi dah lama lama best sebab theatre musical kan . teringat zaman sekolah . tetibe sangat . 


tak nampak jelas sangat sebab tak boleh guna flash dalam ni . sebelum kena halau baik kau off flash ok . kalau rasa nak kena halau tu dipersilakan guna flash . 


dan , musical theatre tulah tempat terakhir yang kitaorang masuk sebab tengok jam pun masa tu dah 5.30 petang so rasa macam tak guna pulak nak terkejar kejar sana sini , nanti tak sempat pulak nak beli beli barang sebab masing masing target tak nak ada tinggalkan walau sesen pun SGD . lebih baik habiskan kat sini daripada berleceh leceh nak pergi money changer convert pulak ke Ringgit Malaysia . tak kuasa aku . dan yang tragisnya lagi sekali bila Syiran punya wallet tercicir . bagi aku keadaan ni paling rumit sebab wallet kalau dah hilang memang goodbye cerita dia . nak cari satu satu dalam tempat ni , macam menjelajah satu negeri kau tahu tak . but , dalam kedukaan tu ada kebahagiaan tau . amboi , Syiran jumpa wallet dia balik kat tempat first ride kitaorang , sebab ada tourist nampak dia drop wallet dia masa Kamal keluarkan sesuatu daripada beg dia . nasib baik tourist tu dah takde kat situ tau . kalau tak memang aku ajak bergambar sekali . 


nak dapatkan makanan ringan banyak kat sini . dan petang petang selalunya adalah cartoon characters yang keluar macam Kungfu Panda and etc . aku malas nak ambik gambar sebab orang beratur macam nak ambik bantuan banjir . panjang gila . 


nilah antara souvenir yang kitorang semua beli . kalau total kan semua harga harga barang ni , aku rasa lepas nak beli laptop sebijik tau . 


kalau rajin , kau comparekan muka petang dengan muka pagi tadi . tengok perbezaan . semua muka dah letih and pikir nak cepat masuk Malaysia . semua muka letih sebab takda internet kat sini . cuba ada internet , asyik muka kau je kat timeline Instagram termasuklah yang baju hijau depan ni . 


tepat pukul 6.45 petang , kitaorang pun keluar daripada USS sebab bas nak bergerak balik Malaysia pukul 7.00 petang . jangan berangan nak boleh leka leka sebelum dia tinggalkan kau kat USS tu . bagi aku , overall USS ni best ! cuma kau kena datang awal dan kalau tak nak tunggu lama , macam aku cakap , aku suggest beli Express Ticket . takdalah semua benda nak kena tunggu lama . datang USS pun bukan selalu kan , tak best pulak kalau pergi sana dapat naik 2 3 rides je . yang ambik gambar tu semua boleh buat sebelum balik . permainan tu yang penting . yang dok tanya tanya aku pasal budget aku ke sana berapa , kalau ikut package jimatlah jugak sebab siap hotel and transport ke sana . tapi yang aku tahu , tiket masuk je RM200 . makan minum semua ikut suka korang lah kan nak bajet berapa . tak payah makan pun tak apa , siap siap makan kat JB . so paling kurang pun nak ke sana bawak dalam $200 - $400 untuk seorang kot kalau nak beli souvenir and etc . ahh sekarang ni dah ada banyak package yang murah , pepandailah kau nak hidup gi google sendiri . 

bila dah sampai JB , plan ingat nak balik dulu mandi segala sebab masing masing tadi dah kena air . dengan muka berpeluh , minyak kat muka pun dah boleh buat goreng roti canai . tapi bila fikir balik , baik terus pergi makan je sebab nanti tak payah nak kena keluar banyak kali . jimat baju gak kan , tak payah nak kena basuh banyak kali . so lepas makan area Danga Bay , kitaorang pun ke Bazaar Karat . aku pun tak tahu nama dia Pasar Karat ataupun Bazaar Karat . tapi dalam waze , dalam foursquare tulis Pasar Karat . bila aku tweet dorang kata tu Bazaar Karat . ah lantaklah yang penting ada Karat . tak beli apa pun kat sini sebab aku tengok muka semua dah letih dan bergilir gilir menguap . lagipun macam tak ada tujuan je pergi situ sebab kat negeri sendiri pun ada benda benda macam dorang jual kat situ . tapi , aku kena cari ada satu benda yang aku akan teringat bila orang cakap pasal Bazaar Karat ni , kepak ayam madu . serious aku cakap best gila dan korang kena try rasa . beli 1 2 ketul je tak cukup , mesti akan rasa menyesal lepastu . 


senyum pun sampai berpaksa tau . kesian dorang kena paksa dengan aku . ah kisah apa


cari tempat ni sampai jumpa ok . yang aku ingat dia area area stall yang ada orang karaoke . kena jalan depan sikit . yang tak bestnya costumer dia ramai ikut keadaan , kadang kadang datang je ayam tu dah habis . tapi rezeki aku ada , cukup aku beli 7 ketul .


even kau nampak macam banyak kan , bila dah makan , rasa macam tak nak share dengan sesiapa .


sempat mengabadikan diri ramai ramai kat tepi Bazaar Karat . tak menampakkan Bazaar Karat langsung tau . gambar ceni kat Melaka Sentral pun boleh buat .


aku rasa inilah entry pertama dalam sejarah pem-blogging-an aku masukkan gambar sepenuh alam . mestilah kan , setiap moment moment tu kena share dengan orang ramai . so far kalau trip sendiri tu , Singapore je yang mampu untuk first trip without family and aku still survey survey lagi mana tempat yang best . korang yang memang tengah plan nak pergi tu , better pergi . bila lagi nak tunggu kan . sebenarnya ada lagi beratus ratus gambar lagi yang aku tak masukkan tapi aku dah tak larat nak tapis , nak fikir setiap ayat ayat yang nak aku buat untuk setaip gambar tu . so cukuplah aku letak beberapa keping gambar yang aku rasa penuh dengan muka aku je kan . 

terima kasih kat korang yang sabar tunggu update Singapore Trip to USS : PART 2 . dan jangan lupa ! ada sambungan untuk PART 3 pulak . apa pulak cerita yang ada kat Part 3 ni kan ? memacam ah kau ni bang .


NOTE : aku rasa entry kali ni nak habiskan baca ambik masa sampai 20 minit . lebih baik pergi hafal sifir tau .


TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : @SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH