APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, March 13, 2013

tahi lalat

ASSALAMUALAIKUM

bak kata orang , yang patah tumbuh , yang hilang berganti . tapi yang aku ni tak berganti ganti . apahal ? senang je jawapan dia . sebab aku belum hilang . HA HA HA . k lawak . k lawak . sangat lawak . kau pernah dengar apa tu tahi lalat ? kalau tak tahu kau gi google . takyah baca description , cukup kau cari kat google images dah bermacam macam dah kau boleh tengok dalam tu . bermacam macam jenis . tapi kalau kau jumpa tahi yang yang ada banyak lalat , tu bukan tahi lalat namanya . tu tahi orang yang dipenuhi lalat . 



yang bertanda merah kat muka chu kang tu namanya tahi lalat .


tetibe terasa takda motif hala tuju nak cakap pasal tahi lalat kan . 

haritu...

tersebutlah kisah lampau...

k takyah nak over .

haritu balik rumah nenek aku dengan family . dan aku ni kalau dah berjalan jejauh memang jenis yang dah sampai je tempat hala tuju tu mesti nak cari port nak tidur . tak kisahlah tepi dapur pun aku boleh jadikan tempat aku tidur . balik tengok ada auntie aku dengan family dia . ada adik sedara aku tengah nyenyak gila tidur , ajjay . ahha , memang kalau budak ni ada mati aku kerjakan . bukan takat rasa nak bunuh je , rasa nak geletek tapak kaki dia sampai dia terkencing . sebab dia comel ok . comel macam aku . pergh gampangnya ayat .

lepas dah senget sengetkan punggung baring sebelah dia , aku pun melelapkan mata . bukan takat sesaja nak lelap . hambik kau sampai tertidur dengan nyenyak tak pikir apa dah . aku pikir kejap je aku tidur , bangun bangun je aku tengok dah nak dekat 2 jam aku tidur . sudah , peluh dah penuh kat badan . tu pun aku terjaga sebab ajjay dok usap usap rambut aku . aku tengok dia tengah pegang sudu sambil buat buat ala ala sikat rambut aku . biadap punya budak . kepala aku bayar zakat tau . bukan kepala aku yang bayar , ayah aku yang bayarkan .

aku tengok mak ayah aku takda kat rumah , malahan adik adik aku pun takda . takyah nak malahan sangat . bila aku tanya auntie dia kata diorang pergi beli barang . melampau sampai semua nak pergi padahal nak beli barang takdelah banyak mana pun . raba raba poket , k fine handphone dalam kereta . tengok mak cik aku tengah goreng cekodok , memang malas nak tolong . luka tangan , alahai gediknya . sebab aku tengok kat dapur tu dah sesak . sampai nak berjalan pun berlaga laga punggung kau sebab ramai orang kat dapur . aku pun pergilah kat ajjay sebelum dia buat benda yang boleh membunuh dirinya sendiri . 

"ajjay nak kena tumbuk tak ?" *motif tetibe nak tumbuk orang .

"tumbuk tu apa abang ?"


soalan dia tu lagilah buat aku rasa nak tumbuk dia .

"ajjay sini duduk depan abang jap"


dengan terkedek kedek dia datang kat aku dengan pegang sudu kat tangan yang tak nak di lepaskan tu .

"sini harini abang nak ajar ajjay main satu benda . kejap abang nak ambik benda"


aku pun pergilah bilik nenek aku . inilah contoh cucu yang biadap main masuk je ikut suka bilik nenek aku . then tengok atas meja ada celak mekah . berbatang batang . aku pun ambik satu . lepastu sebelum keluar tengok kiri kanan . mana tahu nenek aku tunggu kat luar pintu bilik nak hambat aku ke kan . line clear aku mencicit lari . terdengar dari jauh nenek menjerit....

"wehhh bebudakkk . jangan lari lari kat rumah nenek......! roboh rumah aku................!"


intonasi tu kau buat sendiri k . panjang setiap satu jeritan selama 3 saat . sebabkan rumah nenek aku ni rumah kampung , gedegang gedegung bunyik bila lari . 


"ajjay jom sini main"

"nak main apa abang ?"

"kita main osom . siapa kalah kena conteng muka ok ? macam ni main dia........" *sambil mengajar dia .


cara ajar tu kau takyah nak tanya . bengang pun ada aku ajar dia bingai nau tak faham faham . lepastu agak agak dia dah paham aku pun mulalah main osom dengan dia .


FIRST ROUND !

"osommmmmm !" suara dia memecah rumah sebab dia jerit excited .

"eh kau takyah nak menjerit sangat . aku lempang kang"


lepastu first round lagi aku dah kalah . kalah ok kalah .

"abang menang ke ajjay yang menang ?"

"abang menang . yeayyyyy !" padahal aku kalah ok .


then aku ambik celak tu aku buat tahi lalat besar besar kat pipi dia .


SECOND ROUND !

what the gampang aku kalah lagi ok . kalah ok kalah .

"yeayyyyy ! ajjay menang !"

"eh memandai je kau . sini abang conteng tangan kau"

"asyik abang je menang . ajjay lah pulak menang . abang buat apa ni bulat abang ?"

"ni namanya tahi lalat"

"TAHI LALAT abang ?"

"aah , tahi lalat . lalat dah berak kat muka dengan tangan kau . sebab tu ada tahi lalat"


AJJAY TERDIAM .

"mana ada lalat kat sini abang . abang pentipu"

"penipu lah . mana ada pentipu"

"abang bohong"

"kalau abang bohong kenapa ada tahi lalat kat tangan ajjay ? tu maknanya mama ajjay tak sayang ajjay . dia biarkan je lalat berak kat muka ajjay , kat tangan pun . ayok nanti lama lama dia jadi besar besar besar lepastu bau busuk . nanti bila dah busuk lagi mama ajjay tak sayang ajjay"

aku sambil cakap tu sambil tekun conteng tangan dia .

TETIBE.....!

"MAMAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ! abang ijat kata ajjay ada tahi lalat . dia kata sebab ajjay ada tahi punya lalat mama tak sayang ajjay..................!"

ajjay, tahi punya lalat pun boleh sebenarnya ajjay .

GAMPANG !

dia cakap sambil menangis ok . kau faham tak menangis ?!

aku dukung dia aku terus bawak dia pergi serambi rumah nenek aku .


"ok diam diam diam diam ok ok abang padam tahi lalat kau ok abang padam"


lepastu punya gelabah aku padam tahi lalat fake kat tangan dengan muka dia . barulah dia diam lepastu . 


"dah kau takyah nak nangis . abang lukis besar besar kat kepala kau kang . dah jom makan cekodok"

sampai bawah nasib baik mak dia tak dengar pape . yang ajjay pun diam gembira makan cekodok .


malam tu pergi kenduri rumah nenek sedara aku . ajjay macam biasa nak berkepit dengan aku pegang tangan aku .

"abang abang.."

"haa asal ? nak dukung ?"

"pak cik tu ada tahi lalat . mesti mama dia tak sayang dia kan ? hihihi" *ketawa sambil tutup mulut .

"otak kau ! diamlah kang pak cik tu dengar !" *lepastu aku ketawa dengan dia perlahan perlahan .


biadap punya budak . apa dah aku rosakkan minda seorang budak 5 tahun yang tak berdosa .




NOTE : dengan budak budak kau tak boleh nak ajar bukan bukan . dia ingat sampai besar apa yang kau ajar tu .