APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, January 6, 2013

aku , break up and ice cream

ASSALAMUALAIKUM

hachommmmmm *bersin macam Rossa dalam iklan radio era* . inilah aku , sejak kebelakangan ni selesema tak berhenti . menjadi jadi pulak . kenkadang buat aku rasa nak tanggalkan lobang hidung ni then cuci cuci kasi bersih pastu cantum balik . kalaulah boleh buat centu kan , aku rasa doktor doktor dalam dunia ni dah boleh cari kerja lain . ok harini tajuk entry nak gempak je kan . padahal niat sebenar nak tarik orang suruh baca , ok kau dah boleh hentak kepala aku dah aku rasa . macam korang semua tahu kan , jap semua ? bukan , sebahagian daripada korang je tahu yang aku ni addicted gila bila bab bab askim ni kan , but then semenjak dua menjak ni , terpaksa aku tinggalkan habit ni buat sementara waktu based on condition aku yang tak menentu ni which is aku kena break up dengan askim . guwa sedih gila doh , hancur hati guwa retak seribu berderai . doktor yang suruh , padahal bagi aku takda benda pun makan ice cream ni . bukan aku makan habuk habuk celah almari kan . kalau selesema , makan ubat terus baik . takda kena mengena pun dengan askim . tapi nak buat cane , bila dah doktor cakap macam tu and Ibu Norry pun ada sekali masa tu , jangan harap askim tu dapat jejak kat bibir kau . belum sempat nak bukak plastic askim dia dah rampas sampai keadaan kau betul betul sihat baru boleh makan , tu pun sebulan sekali . omjay I ken die liddis .

dan harini pulak aku teman Ibu Norry gi rumah auntie . ada family gathering kot . entah diaorang nak main masak masak rasanya . kalau jumpa jumpa camtu mesti diorang nak buat something new about recipe . malas aku nak campur , yang aku tahu kasi makan sampai licin apa dorang masak . bila takda benda nak buat , aku pun menjelajah rumah auntie sebab aku memang dari kecik dah puas menjelajah rumah dia , sampaikan kalau aku nak tidur kat master bedroom pun dia tak kisah . tapi perangai aku takdelah segampang tu kan , sifat hormat tu masih tebal dalam diri aku . ewah cakap memang taknak kalah kan , riak nak mampos . so aku connect wifi duduk kat halaman rumah dia atas rumput sambil tengok adik sedara aku tengah main main dengan Shyyra . perlu ke cakap duduk atas rumput tu ? entah apa yang best diorang dok layan Shyyra aku pun tak tahu . mungkin sebab perempuan ni ada sifat penyayang dia sendiri kan . korang jangan pandang lelaki sebelah mata dengan mata kau yang sepet tu , sebenarnya lelaki lagi penyayang and penyabar daripada pompuan tau . sebab tu hak penceraian diberi kat suami . gagah kan suami ? okay lepasni habis aku kena serang dengan sorang sorang pompuan . semua pakat nak bunuh aku lepastu tanam dalam lobang jamban flush sampai takda kesan even bulu hidung sekalipun . tengah aku merepek repek sendirian , tetibe aku dengar bunyi.....


"PADDLE POP , PADDLE POP , NANANANANANANA" *yang nananana tu aku main bantai je sebab aku tak hengat apa lirik belakang dia .


then dalam kepala hotak aku pikir :

"EHHH WUJUD LAGI MENATANG LAGU NI EH ?"


tetibe lagi , banyak kan tetibe . Shyyra bersuara :

"EHH ABANG ! NAK DUIT , NAK BELI ICE CREAM UNTUK BEBUDAK NI ! CEPAT"


derhaka tak kau rasa ? dia nak beli ice cream aku punya duit yang dia nak gadai . bila dengar lagu paddle pop ni , teringat aku masa zaman bebudak .....


*FLASHBACK BEBERAPA BELAS TAHUN YANG LEPAS MASA ZAMAN TADIKA


"ibu nak duit ! nak beli ice cream !"


macam tulah hidup aku dengan abang dulu . selalu sangat tahan motor paddle pop tu semata mata nak beli ice cream calung . tahu apa tu calung ? yang macam cone tu then letak 1 scoop . kalau dulu harga dia lima posen . sekarang aku tak tahu berapa dah . masa kekecik aku panggil calung je sebab aku dengar orang tetua cakap centu . brutal gila kan orang tua pun makan ice cream . memang setiap hari kitaorang akan beli . tapi Ibu Norry ni jenis yang pembersih . dia memang jarang , and boleh dikatakan dia tak akan bagi kitaorang beli ice cream calung tu sebab dia kata orang yang bawak motor tu tak basuh tangan lah bila nak letak ice cream tu , entah dia dah pegang apa tah lepastu terus je ambik cone tu apa benda tu semua . masa kecik manalah tahu apa sangat kan . so bantaikan aje tolak tepi kotor bagai tu semua , yang penting sehari kalau dapat askim tu dah boleh nyeyak tidur malam dah . bila depan rumah motor paddle pop tu lalu memang tak pernah kitaorang tahan . and setiap kali dia lalu tulah Ibu akan cakap :

"JANGAN BELI ICE CREAM CALUNG , KALAU NAK BELI , BELI YANG DALAM PLASTIC"

berulang ulang ulang ayat tu sampai aku rasa Shyyra yang masa tu umur setahun pun dah boleh hafal apa ayat yang Ibu Norry cakap tu . kalau ayah dia tak kisah tau sebabnya kalau kitaorang cakap nak beli , dengan dia dia sekali makan sama . tapi sesorok makan kat luar dengan Ayah and abang lepastu ketawa ketawa sebab rasa macam misi kitaorang dengan Ayah dah berjaya sebab beli ice cream calung . padahal ice cream je pun kan . selalu kalau aku dengan abang nak beli , mesti masa main dengan kawan kawan kat taman , sebab tu tak tahan motor tu bila depan rumah . lepastu makan depan kawan kongsi kongsi . punya baik kan aku , bila balik cerita kat Ibu makan ice cream dengan kawan ramai ramai . then pernah tu Ibu Norry cakap :

"MAKAN KONGSI KONGSI TAKPE , TAPI JANGAN MAIN KOTOR LEPASTU TAK BASUH TANGAN DULU SEBELUM MAKAN , NANTI BANYAK KUMAN"

aku masatu kecik kan , nak cakap lurus pun takdelah jugak , nak cakap pandai pun takde jugak , cuma bebudak kecik terlalu jujur kenkadang . lepastu esoknya bila kawan aku mintak sikit ice cream aku gi cakap :

"TAK NAK , IBU AKU TAK BAGI , DIA KATA KAU BANYAK KUMAN"


lepastu dia terus tak nak kawan aku dah . kekecik dah pandai cari gadoh . kau ade ? kecik kecik memang telinga aku ni penuh dengan nasihat , penuh dengan itu tak boleh , ini tak boleh , bila nak ni kena macam ni , bila nak tu kena macam tu . memang everything yang kitaorang nak buat first thing kena tanya Ibu dulu boleh ke ? kalau ayah kebanyakkannya dia akan cakap "DO IT" for everything yang kitaorang nak buat , kalau Ibu kebanyakkannya "NO , YOU CAN'T BECAUSE BLA BLA BLA BLA" . tapi bila dah besar baru kau akan paham kenapa and mengapa dia buat centu . pergh bahasa melayu tak nak kalah kan . kalau diorang tak ajar kau centu kan , belum tentu kau jadi manusia bila besar . tak perlu kan cerita pasal nasihat bagai ni sampai satu perenggan ? peberet aku dengan abang kat ice cream calung ni menjadi jadi sampai kitaorang dah besar which is masa sekolah rendah . takdelah besar mana kan , kecik je pun . cuma dah sunat je masa tu . yang nak jadikan aku suami dah boleh confess dah sekarang . sampailah satu hari kat pantai....


"KELENTING KELENTING KELENTING ICE CREAM ICE CREAM" *bunyi loceng motor mamat bangla jual askim

"ayah ayah ayah nak duit ! nak beli ice cream !"

sanggup tu tengah memandi kat laut naik semata mata  nak beli askim . then ayah bagi duit , Ibu suruh beli  ice cream dalam plastic , tapi kitaorang tak nak , degil beli jugak askim calung . then nak marah pun tak boleh gak , budak budak kan . so Ibu Norry suruh makan elok elok jangan sampai jatuh . so kitaorang pun makanlah dengan gembiranya . dah nak habis dah ni , tinggal setengah dah , tetibe abang cakap... *lagi tetibe*


"mirul , pakcik jual askim tu tengah korek hidung . pengotor kan"


aku pun toleh , gugur jantung .


"abang......"

"asal ?"

"dia korek hidung...."

"haah , tak malu kan ?"

"kita kan beli ice cream ni kat dia . dia korek hidung"


lepastu masing masing terus buat bunyi "EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE" , macam bebudak kecik selalu buat tengok benda kotor akan cakap EEEEEEEEE kan , memang pemes huruf E time tu . tak semena mena kitaorang terus campak ice cream tu kat tepi pokok . even kecik sekalipun , aku pun ada perasaan geli jugak . lepastu Ibu pun tanya :


"asal buang ice cream tu ?"

"pakcik tu korek hidung !"

"mana mana ?! kan Ibu dah cakap jangan beli ice cream calung , degil , nak makan sangat . haaaa biar nanti kuman tu tumbuh dalam perut jadi pokok"


bila Ibu cakap kuman tumbuh dalam perut jadi pokok tu memasing dah cuak pucat bagai . padahal gertak je tu kan . lepastu siaplah kena bebel dengan Ibu dah . Ayah just senyum tunjuk good kat kitaorang . lagilah bengang kan . rasa diri kau macam tak berguna je masa tu . then lepastu memang dah tobat dah tak beli lagi askim calung . bila nampak bangla depan rumah , selalu ejek dia "PENGOTOR , PENGOTOR , PENGOTOR" , tapi sesenyap jelah . kalau kuat tak pasal pasal dia santau aku kasi mati . padahal bukan bangla yang sama pun macam kat pantai . bila sorang bangla dah buat camtu , segala keturunan bangla kitaorang cop pengotor time tu . gampang kan ? makin lama keinginan kat askim calung pun dah makin berkurang sebabnya Ayah dulu kalau time balik kerja memang dia akan beli ice cream then makan sesama . sampai sekarang dah tak larat dah nak habiskan sebab bosan . nasib ice cream tak boleh berkulat , kalau tak dah boleh buat salasilah keluarga kulat dah dalam freezer tu aku rasa penuh dengan askim . lamunan aku tersentak bila Shyyra cakap :

"BANG ! CEPATLAH ! KAU NAK ICE CREAM APA !"

then aku pun bangun , tengok adik sedara aku dah tunjuk kat ice cream calung . aku tengok , ye bangla jugak yang jual . so cangkung then cakap slow slow kat adik sedara aku :

"BELI ICE CREAM LAIN OKAY , ICE CREAM TU ADA TAHI HIDUNG BANGLA , AMBIK JE ICE CREAM APA APA TAPI JANGAN ICE CREAM TU OKAY"

lepastu diorang pun "EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE" and terus pilih ice cream lain .


so sambil makan ice creamlah aku update blog ni kat luar sebabnya aku makan ice cream tanpa pengetahuan Ibu Norry . selesema makin teruk redha jelah . on the spot je kan . yelah nak tunggu balik memang harapan aku nak update . sekarang kepala hotak masih fresh kan . then Shyyra datang kat aku .


"abang , asal kau cakap kat dorang ice cream calung tu ada tahi hidung bangla ?

"sebab aku pernah nampak bangla jual ice cream korek hidung masa aku kecik"

"asdfghjkl !  ketiak kau ! tu masa kau kecik !"

"semua bangla sama je , takda beza"


siapa tengok gambar ni , ni bopren dia kecuali aku , tak kira korang laki ke pompuan .


NOTE : belum tentu orang yang jual ice cream selain daripada bangla tu pembersih kan ?