APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, August 27, 2013

Istana Khayalan

ASSALAMUALAIKUM

tersebut adalah sebuah kisah zaman dahulu kala di sebuah pulau , terdapat seorang Puteri yang bernama Puteri Anna Khayalan yang mana menjadi kegilaan semua penduduk di sekeliling daerah tersebut . Puteri Anna Khayalan tinggal di sebuah Istana yang megah berdiri yang terletak di sebuah pulau di tengah tengah lautan dalam yang diberi nama , Istana Khayalan di Pulau Larangan .

Puteri Anna Khayalan hanya tinggal seorang diri ditemani pelbagai haiwan peliharaan Ibu dan Ayahnya sebelum mereka berdua dibunuh oleh seorang Perempuan Sihir yang jahat yang bernama , Avada Kedavra . akan tetapi , Puteri Anna Khayalan terselamat kerana mempunyai pelindung yang mana hanya akan terurai jika dia berjumpa dengan seseorang yang boleh buat dia jatuh cinta dan ikhlas akan mengahwininya atau kalung miliknya dirampas .

selepas kematian Ibu dan Ayahnya , pulau tersebut dijaga oleh seekor naga peliharaan Ayahnya yang bengis . tiada siapa dapat menembusi pulau tersebut walaupun telah berulang kali cuba oleh Perempuan Sihir Avada Kedavra . Perempuan Sihir tersebut cuba mendapatkan sebuah kalung yang dipakai oleh Puteri Anna Khayalan yang mana akan membuat Perempuan Sihir hidup selamanya . walaupun telah mencuba berkali kali , Perempuan Sihir tersebut tetap gagal .

di hujung sebuah bandar di daerah yang sama , tinggal 3 adik beradik Putera yang mana yang sulung bernama Putera Aizat Abd , Putera kedua bernama Putera Akbar Azman , Putera yang bongsu diberi nama Putera Megat Amir Danish . Putera yang sulung mewarisi kebijaksanaan , Putera kedua mewarisi kepahlawanan , Putera yang bongsu mewarisi kesopanan dan ketampanan . seluruh daerah tersebut tahu akan kehebatan ketiga tiga Putera Raja ini dan sangat menghormati mereka bertiga .

satu hari , sedang ketiga tiga Putera sedang beristirehat di hadapan Istana mereka , Putera Megat bersuara .

"Kanda , tak teringinkah kanda ke pulau tersebut bertemu dengan si Puteri Anna Khayalan yang mana dikatakan sangat cantik oleh seluruh rakyat jelata ?"

Putera Aizat bersuara .

"Adindaku Putera Megat , kanda bukanlah seorang yang pentingkan paras rupa seseorang . andai kata dia menerima siapa kanda , cukuplah buat kanda"

kemudian , Putera Akbar ketawa kecil .

"Kandaku Putera Aizat , dinda kita bukan bercakap tentang jodoh , tetapi bercakap tentang bagaimana paras rupa Puteri Anna Khayalan tersebut"

lalu Putera Aizat bersuara .

"duhai dindaku berdua , batalkan niat kamu berdua . Bonda pernah berpesan pada kita , jangan mendekati pulau tersebut . kerana , terdapat seorang Perempuan Sihir yang jahat . dia boleh mempergunakan kamu berdua untuk kepentingan diri dia"

"baiklah kanda" , jawab Putera Akbar dan Putera Megat .


keesokan harinya...

"hulubalang ! di mana Putera Megat dan Putera Akbar ? kenapa mereka tiada di kamar mereka ?" , bentak Putera Aizat .

dengan terketar ketar hulubalang menjawab .

"me.. mereka ke.. ke Pulau Larangan.. ke Is... Istana Khayalan"

"kurang hajar betul ! aku belangkong kang ! , siapkan bahtera beta . beta akan berangkat ke sana seorang diri , Datuk Bentara , tolong gantikan tempat beta sementara beta ke sana" .

lalu berangkatlah Putera Aizat ke sana seorang diri .

sepanjang perjalanan ke sana , pelbagai dugaan yang Putera Aizat alami . ribut taufan , ombak besar , hujan batu , ikan paus berenang , semua dialami oleh Putera Aizat . oleh kerana kebijaksanaan dia , dia dapat menempuhi segala cabaran tersebut . satu malam , sedang Putera Aizat tidur , dia bermimpi akan dua orang dindanya , Putera Akbar dan Putera Megat . dari mimpi tersebut , mereka seakan cuba menyampaikan sesuatu yang mereka sedang dalam kesusahan .

bila terjaga dari mimpi tersebut , Putera Aizat termenung lalu mengalir airmatanya .

"adui , mengantuk betul mata ni sampai berair mata ni" , keluh Putera Aizat .

keesokkannya , bahtera Putera Aizat hampir sampai ke Pulau tersebut . terlihat , ada seekor naga yang ganas sedang memerhati bahtera beliau .

"wahai anak muda , buat apa kau ke mari ?"

Putera Aizat dengan tenang menjawab .

"niat saya baik , hanya untuk mencari kedua dinda saya . mohon tuan lepaskan saya ?"

kemudian naga tersebut ketawa besar .

"belum ada siapa yang dapat menembusi aku setakat ini , kalau betul kamu pandai , aku akan lepaskan kamu dan beritahu di manakah kedua dinda kamu" , kata naga tua tersebut .

"baiklah , saya terima"

lalu , permainan pun bermula .

SOALAN PERTAMA,
bagaimanakah hendak memasukkan aku , ikan paus dan bahteramu ke dalam sebuah peti ais ?

setelah lama berfikir , dengan tenang , Putera Aizat menjawab .

"aku tahu kau gemok , busuk pulak tu . nak nak dah tua . tapi , bukan susah hendak masukkan kau , ikan paus dan bahtera aku ke dalam peti ais , hanya buka peti ais , dan masukkan kamu , ikan paus , dan bahtera ni ke dalam peti ais ? bukan begitu ?"

naga sedikit terkejut .

"kau ada lagi 2 soalan , jangan fikir kau boleh gembira" , kata naga resah .


SOALAN KEDUA,
Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada di sana tiada di sini, ada besar tiada kecil, dua di atas dua di bawah, dua di kanan tiada di kiri, satu pada emak dua pada ayah, ada dekat ayam tiada pada itik, tidak dirindu tapi lebih pada sayang… Apakah dia?


dengan senyuman , Putera Aizat menjawab ,

"Huruf A . kau ingat aku bodoh ?"

naga bertambah terkejut .

"soalan yang terakhir , jika kau gagal , kau akan dibaham oleh aku dan mati di dalam perut aku bersama bahtera mu" , bentak naga .

"baiklah"


SOALAN TERAKHIR
siapa penyanyi lagu Terukir Di Bintang ? aku nak nama komersil dia .

Putera Aizat mengeluarkan sehelai kertas dan sehelai bulu ayam lalu menulis sesuatu .

"DAH BERSEDIA NAK KALAH ?"


lalu dia menyelak sehelai lagi kertas berserta jawapan soalan tersebut .

"YUNA !"

selepas menjawab soalan tersebut , si naga terus hilang dari pandangan Putera Aizat . Putera Aizat ternampak seekor naga yang terbaring yang mana itu adalah naga yang sebenar .

"se...selamatkan Puteri Anna Khayalan.. itu Perempuan Sihir Avada Kadavra yang menyamar jadi aku . kedua dinda kau ada di dalam . pergi.. cepat"

lalu naga tersebut mati dengan lidah panjang terjelir .

Putera Aizat mencapai pedang Ayahandanya lalu perlahan lahan masuk ke dalam Pulau Larangan untuk menyelamatkan dindanya dan memegang amanat Sang Naga untuk selamatkan Puteri Anna Khayalan . 

"sungguh indah Pulau Larangan milikmu , Puteri Anna Khayalan" , bisik hati Putera Aizat .

selama 3 hari 3 malam perjalanan , sampailah Putera Aizat ke depan pintu masuk Istana Khayalan . di luar pintu tertulis , 

"NAK MASUK RUMAH ORANG KENA BAGI SALAM DULU , TEKAN LOCENG TU"

setelah berkali kali menekan loceng , tiada siapa yang menyahut . Putera Aizat masuk ke dalam Istana Khayalan yang penuh dibuat melalui berlian . alangkah terkejutnya dia bila melihat dua dindanya terbujur kaku penuh darah kerana dibunuh oleh Perempuan Sihir .

"Ak...Akbar... Me... Megat..." , terketar ketar Putera Aizat memanggil nama dindanya . 

dengan perasaan marah Putera Aizat menjerit ,

"GAMPANG KAU PEREMPUAN SIHIR !"

lalu Putera Aizat menggeledah satu persatu bilik di Istana Khayalan yang mempunyai 101 bilik . di bilik yang terakhir , Putera Aizat terpaku , ada sebujur tubuh yang terbaring di dalam bekas kaca yang dikelilingi lapisan warna biru sebagai pelindung . di atas bekas kaca tersebut tertulis satu ayat . Putera Aizat mendekati bekas kaca tersebut . 

"sungguh cantik parasmu Puteri Anna Khayalan" , kata Putera Aizat seakan jatuh cinta melihat dia .


lalu Putera Aizat membaca satu persatu ayat yang tertulis di bekas kaca terbaringnya Puteri Anna Khayalan .

"wahai manusia yang membaca , jika kau telah membaca perutusan ini , maknanya kalung warisan aku sudah dirampas oleh Perempuan Sihir Avada Kadavra untuk kepentingan dirinya . aku telah diberi sebijik kuih raya beracun untuk dimakan oleh budak kecil yang mana itulah Perempuan Sihir jahat yang cuba membunuh aku . jika kau mampu memulangkan kembali kalung tersebut , aku akan menjadi Puterimu dan mencintaimu sepenuh hatiku . kalung tersebut mampu membuat aku tersedar . jika kau benar ikhlas mahu menolong , carikan kembali kalungku itu . berikut adalah cara untuk mengesan Perempuan Sihir Avada Kadavra dan bagaimana mahu membunuh dia . carilah dia demi keamanan semua"

CARA MENGESAN PEREMPUAN SIHIR ?
baju kebaya warna hitam , berkasut tumit tinggi , memegang payung , memakai perfume Victoria Secret .

CARA MEMBUNUH PEREMPUAN SIHIR ?
garu tapak kakinya menggunakan berus gigi .

demi amanat Puteri Anna Khayalan dan membalas dendam terhadap kedua dindanya , Putera Aizat mencari Perempuan Sihir tersebut lalu menjumpai perempuan tersebut sedang memberus giginya di sebatang anak sungai di luar Istana Khayalan .

"oh , kamulah Putera Aizat Abd yang mewarisi kebijaksanaan ? bodoh je aku tengok"

"jadi , kaulah Perempuan Sihir Avada Kadavra yang mewarisi kecantikan ? hodoh je aku tengok"

lalu Perempuan Sihir mula naik angin . direntasnya sungai untuk membunuh Putera Aizat menggunakan sihirnya .

"cop ! cop ! cop !" , kata Putera Aizat .

"apa dia pulak ni ?" , kata Perempuan Sihir yang hampir membunuh Putera Aizat menggunakan berus gigi miliknya .

"benarkan aku untuk memberus gigiku dahulu sebelum kau membunuh aku . aku tidak rela mulutku berbau saat orang menemui mayatku" , kata Putera Aizat .

"itu sahaja permintaanmu ?" , kata Perempuan Sihir sambil tersenyum memerli .

"sambil aku memberus gigi , kau mesti duduk melunjurkan kakimu tetapi matamu harus dipejam"

"kenapa pula ? kau cuba lari kan ?" , kata Perempuan Sihir .

"aku malu bila orang melihat aku memberus gigi . mana tahu tahi gigiku tebal" , senyum Putera Aizat .

"baiklah" , kata Perempuan Sihir lalu mengikut perintah Putera Aizat .

sebaik sahaja Perempuan Sihir berbuat demikian , Putera Aizat mencengkam kakinya lalu menggaru garu tapak kaki Perempuan Sihir menggunakan berus gigi . Perempuan Sihir ketawa kegelian lalu mati akibat terlalu geli dan mulutnya mengeluarkan buih . lalu , Putera Aizat mengambil kembali kalung milik Puteri Anna Khayalan . sampainya di Istana Khayalan , Putera Aizat menyarungkan kembali kalung milik Puteri Anna Khayalan di lehernya .

kemudian , Puteri Anna Khayalan tersedar .

"Pu..Putera Aizat Abd ?" , kata Puteri Anna Khayalan .

"bagaimana Puteri tahu nama beta ?"

"dah lama dah saya crush kat awak . dalam henpon pun ada gambar awak . kedua dindamu , di mana mereka ?!"

"mereka telah mati Puteri" , jawab Putera Aizat hampa .

"bersabarlah Putera Aizat . sarungkan kalung ini pada mereka"

lalu Putera Aizat mengambil kalung tersebut dan dipakaikan di leher mereka .

tiba tiba...

susuk tubuh Putera Akbar Azman bertukar menjadi tembok di sekeliling pulau yang mana melambangkan kekuatan yang diwarisi daripada sifat dirinya dan susuk tubuh Putera Megat Amir Danish bertukar menjadi sepohon pokok yang rimbun dan terdapat buaian yang mana mewarisi keindahan dan ketampanan dirinya . seluruh pulau tersebut bertukar menjadi lebih indah dan cantik .

Putera Aizat lalu berkahwin bersama Puteri Anna Khayalan kerana cinta masing masing yang kuat dan dikurniakan seorang Putera sulung yang bernama Putera Aleef Qaisy . mereka bahagia hidup di Istana Khayalan tersebut yang dijaga oleh tembok pertahanan dan ditemani pohon rimbun yang indah . kisah mereka menjadi kebangaan rakyat di daerah tersebut .




Lagenda Tiga Putera , Puteri Khayalan , Istana Khayalan dan Pulau Larangan menjadi kisah dongeng kanak kanak dan memberi tauladan kepada mereka bahawa kebijaksanaan bukan penghalang untuk kita membuat sesuatu .

TAMAT