APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, February 23, 2013

aku dan aiman

ASSALAMUALAIKUM

hari yang sungguh indah and udara yang memang nyaman bagi aku bila ada kat kampung . pepagi bangun nak mandi melinjang linjang leloncat dalam bilik air sebab sejuk dia mak aih boleh rosak gigi kau sebab menggigil . memandangkan nenek aku tak berapa nak sihat , kitaorang pun jagalah nenek sampai nenek sihat and mampu nak lompat galah ke , nak tinju orang ke , nak lontar peluru ke . kau jangan tak tahu nenek aku bekas otai kawasan ni tau . ok tak lawak , derhaka pulak tu . lepas mandi pagi tadi , aku duduk je kat verandah rumah nenek aku sambil cocok lobang telinga pakai headphone . nampaklah ada pakcik pakcik tua mengayuh basikal nak ke kedai kopi agaknya . aku pancitkan tayar baru tahu . tak memasal je nak dengki kan . Ayah dengan Ibu keluar jap beli sarapan . yang Shyyra tengah bagi nenek ubat , yang Aiman masih lagi tidur tergolek golek setiap 5 minit .

orang kata bila pagi muka kita fresh and comel kan . bila dah fefeling camni , so aku yang sememangnya comel bagai nak rak ni pun terus je bangun nak capai tab . pergilah ke tempat aku tidur sambil shuffle shuffle dicampurkan dengan tarian gangnam style . lepastu Shyyra datang sambil cakap "kau nak bagi rumah roboh ke apa ?" sebabnya rumah nenek aku ni jenis rumah kampung . kau berlari dalam ni mesti dengar gedegang gedegang punya . perangai aku ni buruk sebenarnya . suka hyperactive tak memasal . sampai je tempat tidur aku dengan Aiman terus aku tarik kaki dia .


"wehhh boncet ! kau bangun sekarang . tab bawah badan kau . kau pikir tu toto ke"


lepastu aku tarik kaki dia aku guling gulingkan badan dia sampai berjaya keluarkan menatang tab tu . yang dia masih tak sedar sedar tak reti nak bangun even aku dah buat dia sedimikian rupa . mencicit aku tengok screen dia takut crack ke kan sebab kawan aku pernah tertidur atas laptop sampai screen laptop dia crack bukan main bersepai . apa style entah dia tidur pun aku tak paham . badan manusia ni kenkadang lebih berat daripada kerusi batu . bila wipe je screen nak on , tetibe aku nampak sesuatu kat screen tu.....


*FLASHBACK MALAM TADI SEBELUM TIDUR

Lokasi : atas tilam sebelah Aiman kat ruang tamu *abang takda dah balik campus dia
Waktu : 12.30 malam .
Mangsa : <----- takyah nak gedik buat ceni .


"abang kau dah nak tidur dah ke ?"

"haah , weh pergi tutup lampu . kepala abang pening tidur bukak lampu"


then Aiman pun pergi tutup lampu . lepastu berlari terus terjun kat sebelah aku .


"kau asal ni ? kau pikir kau ringan nak terjun atasni . aku siku kang"

"hahahaha , nanti ada mak lampir capai kaki Aiman"


lepastu aku diam sambil lelapkan mata sebab aku tersangatlah letih bawak kereta and kepala aku dah mula rasa pening macam orang mengandung . macamkan pernah mengandung ke kan cara aku cakap . better aku tidur kan daripada melayan sakit kepala ni .


"abang , kau janganlah tidur"

"abistu kau nak suruh abang bukak mata hadap kau sampai kau tidur"

"haah . pandang je"

"otak kau . eh nak dengar cerita tak ?"

"nak nak nak nak !"


yang mata aku masih lelap sambil aku menguap banyak kali .


"tahu tak kat belakang rumah nenek ni ada pokok kekabu ?"

"pokok kekabu tu apa ? buah kelapa ke ?"


lepastu aku bantaikan ketawa sambil menguap .


"bukanlah , pokok yang besar kat belakang rumah nenek ni'

"tahu , kenapa abang ?"

"dulu kan , masa ada kenduri kat rumah ni , arul dah ada nampak hantu"

"hantu apa ?"

"perempuan rambut panjang"

"dahlah ! takyah cerita . nak tidur"

"ehh dengarlah ni , nak cerita ni . nak tahu macam mana dia nampak ? kan kat rumah nenek ada serambi kan , dia dok main main kat situ , lepastu dia panggil mak dia , dia kata , mama , kenapa kat pokok tu ada perempuan panjang sangat rambut dia duduk atas pokok mama ? lepastu semua orang masuk dalam rumah sebab takut"

"eleh , bohong'

"tak caya sudah . kejap lagi dia muncul kat bumbung rumah ni . kbai nak tidur" *paling arah lain

"ehh janganlah pusing badan abang" *sambil tarik bahu aku , badan dia dah mula rapat sikit sikit dekat badan aku

"nak dengar pantun tak Aiman ?"

"apa dia ?"

"ti ke titi , ma ke mamah , yang tepi aku titi , yang tengah aku mamah . nenek ajar abang . titi tu kiranya yang tepi hantu tu lintas je , yang mamah tu kiranya yang tengah tengah dia makan"

"Aiman pun tepi macam abang gak"

"tak , Aiman tengah"

"asal lak ?"

"tu kat sebelah Aiman ada bantal"


lepastu dia terus tarik rambut aku sambil cocok bahu aku guna kunci . sakit kau tahu . muka dia nak serious . mana entah dia dapat capai kunci kereta tu aku pun tak tahu .


"tak kira . teman sampai Aiman terlelap"

"ok ok ok . main jelah game . abang tengok"


lepastu dia pun main lah game . aku pandang je dia . kejap kejap dia toleh kat muka aku . setiap dua minit camtu dia toleh . kebetulan masa tengah main game tu tetibe buah kelapa jatuh kedabooom ! memang dengan aku sekali terkejut bagai nak rak .


"eh abang ! apatu ?"

"hantu , dia nak datang sini" *dalam hati aku rasa terkejut bagai nak rak tu tak hilang lagi .


lepastu sekali lagi Aiman cucuk lagi bahu aku kekuat guna kunci kereta . adodoi sakit weh macam kau kena cocok dengan pisau . nasib baik adik , kalau tak aku dah hempok guna pintu almari rumah nenek ni .


"Aiman , abang nak tidur . kalau takut pergilah tidur kat Kak Shyyra . dia tak tidur lagi kot tu"

"tak nak"

"asal ?"

"nanti dia bertukar jadi hantu"

"kau percaya ke yang sebelah kau ni abang yang sebenar ?"

"eh tahinyaaaa perangai . dah lah abang pergilah tidur"


then aku pun lelapkan mata , yang Aiman focus je kat game yang dia main tu .tak sampai 5 minit rasanya aku terus dah terlena sampai dah tak tahu apa yang jadi . sampailah pagi ni aku jumpa benda ni :




hahahaha so cute ok . sayang aku rupanya . ingat nakal nakal takda perasaan sayang . ada hati jugak nak sayang aku tu . lepas baca menatang tu , aku capai kunci kereta , aku cucuk bahu dia suruh bangun .


"weh bangun dah petang"

"ha ?'

"bangun cepat . sarapan . gi cuci muka"

"abang...."

"asal ?"

"malam tadi Aiman nampak something lepastu terus tidur"

"dengar apa ? ah takyah nak tipu . aku kentot kat kau kang" *dalam hati aku dah terfikir , budak ni ada dengar benda benda seram ke .

"tak . serious betul . tu yang Aiman terus tidur depan abang tu rapat rapat"

"kau nampak apa Aiman ?"

"nampak ada perempuan melintas perlahan lahan"

"betul ke tak ni ?"

"betul"

"kat mana nampak ?"

"situ" *sambil tunjuk arah tandas .

"nampak muka dia"

"nampak . jelas"

"siapa tu ? hantu ?"

"taklah , nenek nak gi toilet"


lepastu dia bantai ketawa berguling sampai keluar airmata pegang perut . memang Aiman, kelakar sangat Aiman kelakar sampai aku rasa nak pukul kau pakai batang kayu .

gampang .


NOTE : ingat ! ti ke titi , ma ke mamah , yang tepi aku titi , yang tengah aku mamah .