APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, November 15, 2012

tabung

ASSALAMUALAIKUM

memandangkan cuti aku yang melambak sampai berbakul bakul , semuanya dihabiskan dengan melepak kat rumah , keluar jenjalan berjimba jimba and jadi bodyguard Ibu aku and adik adik aku . sungguh mulia kan pekerjaan aku sepanjang cuti ni . memula bila tak cuti merengek kau mintak cuti , bila dah cuti hambek kau tak tahu nak buat apa . sukahati mak apak aku je nak tidur pukul berapa nak bangun pukul berapa , sampaikan Ibu aku dah pom pom peng peng kebaboom membebel baru aku capai towel nak pi mandi . selagi dia tak bebel tu memang sampai ke petang jangan harap aku nak menyentuh kaki ke bilik mandi dek penangan syaiton durjana hasut aku bazir masa depan laman sosial . 

kebetulan harini pulak Ibu nak keluar *cerita ni actually semalam punya* , dia bukak pintu bilik aku je terus aku pandang dia , mata saling bertentang ala ala kuch kuch hota hai , lepastu dia pun bersuara :

"DALAM MASA 15 MINIT , MANDI AND BERSIAP , IKUT IBU PERGI BELI BARANG , 15 MINIT JE IBU TUNGGU"

lepastu dia terus tutup pintu , aku yang masih terkebil kebil depan laptop tengah hadap cerita Ju-On ni terus mencecet capai towel lepastu masuk ke tandas yang penuh harmoni untuk kau buat konsert kau sendiri . kenkadang sampai satu album aku nyanyi bila masuk toilet , tak cukup dengan lagu Avenged Sevenfold , aku bantaikan pulak sekali lagu The Wanted . lepas dah sesiap tu aku pun keluar daripada bilik , then Ibu cakap lewat 7 minit dah . entah sejak bila dia pandai menepati masa pun aku tak tahu . then aku capai kunci kereta lepastu aku tetolak dia sumbat masuk kereta . derhaka tak aku dengan pengunaan ayat cenggitu ?

lepas dah separuh perjalanan baru aku teringat yang adik adik aku pergi duduk rumah nenek kekonon nak jadi cucu mithali , padahal nak dok lepak tidur je kat sana . memandangkan cuaca sekarang asyik hujan , aku pun takmoh kalah , bawak kereta macam nak cepat masuk ICU . kiri kanan aku potong sambil mendengar bebelan dari Puan Ibu . apedehal , makin dia bebel makin aku laju pastu aku ketawa ketawa . dah sampai mall aku pun usha usha parking then ada kat belah hujung . lepas parking nak masuk mall then Ibu suruh aku masuk sekali bawah payung , aku yang bebajet ala ala anak jantan tak nak , lepastu hambek kau masuk mall baju dah bebasah sikit , nasib hujan renyai . padan muka kau aizat , padan muka . kenapa perlu aku ceritakan benda tak berkaitan ni sampai satu perenggan ?

masuk je dalam mall Ibu pun beli barang untuk hadiah wedding siapa entah . aku malas nak ambik tahu aku pun jalan jalan sesorang bajet macam semorang nak pandang kau lah Aizat . then sampai satu tempat ni tetibe aku nampak ada sorang budak lelaki dalam umur 5 tahun tengah duduk cangkung belek belek satu bekas . aku ni yang bergaya ala ala penjenayah kes penculikan kanun 567 pun mendekati budak tersebut . kalau negara ni takda undang undang dah lama aku bawak balik budak tu jadikan anak angkat keluarga aku . serious comel sebab aku memang takleh tengok bebudak , mesti aku nak gi tegur tapi yang cecomel je . HAHAHAHA ! ok tak kelakar Aizat . tak kelakar okay .




*tulisan merah aku , tulisan kuning dia

"HAI BUDAK , BUAT APA DOK CANGKUNG NI ?" *sambil sesenyum*
"NAK BENDA NI , ABANG BOLEH BELIKAN TAK ?"
"MAK KAU MANA ? KENAPA KAU DUDUK SINI SESORANG ? TAK TAKUT HILANG ?"

lepastu dia tunjuk mak dia yang tengah dok pepilih barang sambil leka anak dia tengah dalam genggaman penculik yang kacak lagi handsome ni *aku*

"AMIM NAK BENDA NI TAPI MAMA TAK NAK BELIKAN , MAMA KATA KAT RUMAH DAH BANYAK MENAN"

aku pun capai menatang dia pegang tu , kalau aku sendiri pun tak hingin belikan . buruk nak mampos .

"OHH TABUNG , KENAPA NAK PILIH TABUNG ? KAN BANYAK MAINAN KAT SINI ?" *aku pun turut ikut mencangkung macam dia*

"SEBAB AMIM NAK SIMPAN DUIT , NANTI AMIM NAK BELI KAPAL TERBANG BESAR BESAR , AMIM NAK BAWAK MAMA DENGAN PAPA PERGI SEKOLAH AMIM"

aku pun tersenyum , tersentak jugak aku dengar sebabnya kenapa tujuan dia nak bawak mak bapak dia pergi sekolah dia . kalau aku tak nak bawak , sekali dia tengok report card aku yang complete dengan A B C tu dia punya membebel 2 3 hari tak habis . mungkin mak ayah dia tak pernah jejak sekolah dia sebab penuh dengan Ju-On mungkin .

"DAH TANYA MAMA DAH YANG AMIM NAK BENDA NI ?"

bendul tak aku pergi tanya macam tu ? dah sah sah dia dah tanya sebabtu mak dia tak bagi . dia pun just angguk angguk sambil tunduk , dalam kepala hotak aku jangan budak ni menangis depan aku sudah , tak memasal aku kena bantai dengan pakgad depan ni sebab ingat aku dok buli budak ni .

"OHH MAMA TAK BAGI BELILAH NI ?"

kebendulan aku terserlah lagi sekali . dia pun angguk angguk kepala dia lagi sambil capai balik benda tu kat tangan aku , peluk benda tu sambil tunduk . disebabkan kecomelan dia nak je aku tampar lelaju dengan alasan dia terlalu comel . then aku capai benda tu balik , dia keraskan tangan dia , aku tarik je kekuat . dia pandang muka aku . aku tengok bawah tabung tu , ada harga , RM 9.90 . okay memang mak dia tak nak beli sebab nak isi minyak kereta kot balik nanti . lepastu aku pun berdiri sebab kaki aku dah lenguh dok cangkung .

"SEKEJAP EHH AMIM , ABANG PERGI SANA KEJAP , TUNGGU SINI TAU"

aku pun berlalu pergi kat kaunter tu dengan tabung tabung bentuk Ben-10 tu sekali dengan niat , aku nak hadiahkan kat budak yang entah nama dia mungkin Amim kot dengan sebatang lolipop Chupa Chups yang aku capai kat kaunter tu . then lepas dah bayar aku dok cangkung balik kat dia tapi dia masih tunduk sambil pegang pulak tabung Ben-10 yang lain . tak nak kalah tu dia punya merajuk . mak dia lak buat tak heran je kat dia , sekali aku hentak dengan tabung ni berderai kat kepala kang .

"NAH , ABANG DAH BELI . UNTUK AMIM , TAPI NANTI BOLEH AMIM BAWAK ABANG SEKALI BILA DAH BELI KAPAL TERBANG TAPI JANJI AMIM SIMPAN DUIT BEBANYAK TAU?"

dia pun terus capai plastic bag yang aku bagi kat dia tu then dia terus bukak and senyum . aku cakap kat dia jangan keluarkan sebab nanti orang ingat tak bayar lagi . lepastu dia pandang aku sambil aku tengok muka gembira dia .

"NANTI ABANG DATANG RUMAH AMIM TAU , AMIM BAWAK MAMA , PAPA DENGAN ABANG PERGI SEKOLAH AMIM NAIK KAPAL TERBANG BESAR BESAR . TERIMA KASIH ABANG !" *dengan suara gembira nak mati dia dengan gaya tangan nak tunjukkan betapa besarnya kapal terbang yang dia nak beli tu , jangan dia mati kebulur sebab saving kat sekolah sudah , tadika je pun*

entah apa yang best kat sekolah dia aku pun tak tahu . ada shooting Ombak Rindu 2 kot . then aku pun tarik dia berdiri lepastu aku suruh dia pergi kat mama dia and bagi lolipop tu kat dia dengan pesanan :

"KALAU MAMA TANYA , KATA ADA ABANG BAGI SEBAB DIA CAKAP TABUNG NI BURUK , JANGAN MERAJUK LAGI , NANTI ABANG AMBIK BALIK TABUNG NI PECAHKAN"

then aku pun keluar daripada kedai tu lepas dia dah berjalan pergi kat mak dia , dia pun lelambai tangan kat aku kononnya macam nak berterima kasih tapi yang aku mampu bagi kat dia senyuman aku yang nampak gigi macam orang tak siuman tu . lepastu aku pun teruskan jenjalan aku sambil senyum . entah kenapa aku rasa macam happy + puas bila dapat gembirakan orang yang tengah sedih even aku tahu dengan RM9.90 tu mampu untuk aku beli ice cream lima batang . ecewah ayat aku memang buat korang rasa nak bunuh aku secara kejam , tapi itu hakikat aku suka tengok orang happy nak nak bebudak yang masih tak tahu apa apa and tidak berdosa , sadis kan ayat aku ? tak sampai beberapa tapak aku jalan , phone dah berbunyik , bila angkat je :

"KAT MANA TU ? DATANG SINI IBU TAK LARAT NAK ANGKAT BARANG NI"

kan aku dah cakap , tugas aku menjadi bodyguard untuk Ibu aku , sekarang dah bertambah kerja aku , which is jadi ORANG GAJI pulak . lepasni memang Ibu kena pow makan Kenny Rogers 2 set untuk aku sorang je . okbai !


NOTE : kecik kecik dulu aku suka menabung , harini masuk singgit , esok keluarkan balik , bukan singgit , tapi 2 hengget . acaner tu ? kahkahkah