APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, December 30, 2012

blackberry

ASSALAMUALAIKUM

*CERITA SEMALAM , BUKAN HARINI* bangun pagi harini je dah dengar memekak memekak kat bawah . even aku tekupkan telinga aku kat bantal pun masih jugak dengar kememekakan di bawah tersebut . rojak malay dah aku rasa ni . so nak tak nak aku bangun gi mandi . lebih baik aku mandi sebelum keluar bilik . tak memasal dah le tak mandi , then kena bebel pulak dengan Ibu Norry sebab nak breakfast tapi tak mandi . menyedihkan hidup . bak kata orang tetua , langkah awal keselamatan . entah bila orang tetua cakap aku pun tak tahu . main sebat je . harini pulak aku takda benda nak buat  so ingat nak gi makan makan . lepasni dah bukak sekolah yang si Aiman dah masuk asrama , yang Shyyra dah masuk form 5 . memasing dah busy , tinggal aku sensorang kalau nak gi makan . ini menyedihkan hidup jugak . lepas dah pening pikir nak gi mana , then Aiman decide nak gi makan Seoul Garden , then gi pantai and karaoke . entah apa yang dia nak buat kat pantai tak paham aku . orang nak masuk asrama , layankan aje . kang tak gi kang dia dah masuk asrama nyesal lak aku tak bawak dia . tetibe lak dah siap siap Ibu Norry bersuara :

"NAK KELUAR EH ? NAK IKUT . JOM TENGOK WAYANG"

tapi sebabkan ini hang out dengan adik beradik , aku katakan tidak kepadanya . muncung dia mengalahkan papan terjun renang kat sukma . bagi memujuk hatinya yang lara , terpaksa cakap kat dia esok baru gi tengok wayang . terpaksa tu yang tak tahan . punya derhaka punya anak kan . yang gerunnya keluar dengan adik adik aku ni , parah duit kau diaorang kerjakan . memang kenkadang tu diorang tak mintak pun duit aku sangat , tapi bila dia nak beli something , tapi kau ada kat situ , time nak bayar diorang guna duit diorang , tak ke kesian . so nak ke tak nak ke , aku bayarkan jugak . tapi diorang tak pernah kenang pun budi aku , selalu derhaka . menyedihkan jugak kan ? lepas dah masuk Seoul Garden tu tengok ramai orang sebab masih dalam mood cuti sekolah mungkin . pandang sebelah ada couple tengah sweet sweet makan suap suap , ecewah . aku tekupkan muka kat kuali panas membara ni baru kau tahu erti kesakitan tiada bandingan . sebabkan aku ni jenis malas nak ambik tahu pasal orang , aku pun start lah ambik lauk lauk then mula memasak . 

kelentang kelenting kelentang kelenting , cheeeeeee *bunyi memasak


kebanyakan daging yang aku masak hangit , yang Shyyra masak semua dimasak dengan enak . how sad .


aku pun tak paham kenapa diorang perlu ambik gambar cemni . macam orang nak buat IC


tengok muka sendiri pun dah buat aku rasa nak suruh orang terajang belakang badan aku . annoying punya muka .


duduk dalam tu nak lama kan , sampai 2 jam aku hadap semua makanan tu . nafsu makan memang takleh nak kawal . sini aku masak , sana aku masak . orang lain dah berganti ganti , yang aku dok makan ratah sana sini lagi . sampai dah takleh nak jalan baru aku nampak jalan keluar . jalan pun perlahan je . aku rasa kalau nenek bertongkat lumba jalan dengan aku , dia mampu menang pingat emas tanpa bertanding . serious perut dah full . dah makan makan pergi karaoke , ambik kau , macam nak termuntah balik keluar daging aku rasa . sebab aku kat sana dok pelahap daging . dah macam ghimau dah . ghimau pun terperanjat kalau tengok aku makan daging banyak centu . dia dah boleh surrender tukar makan sayur lak . bila nyanyi nyanyi tu terperasan lak suara aku sedap . nak nak adik aku lak mengampu . lagilah banyak lagu aku nyanyi , siap belanja diorang side dishes makan Tutti Frutti . kaki mengampu , kaki mencukur , kaki pow semua kau dah boleh campakkan kat adik aku . yang akunya bingai , selalu termakan dengan kata kata palsu yang berbekalkan hasutan syaiton durjana . next , pergi pantai klebang tengok orang main layang layang . aku rasa macam dalam filem lak , lari lari kat pantai , lepastu terjatuh bagai . okay sangat filem kan .

jalan jalan nampak pulak cendol . memang peberet aku weh . nak nak cendol pulut . memang tak akan aku toleh kiri kanan bila makan . tak akan aku kongsi dengan siapa siapa . kalau jatuh kat meja pun sanggup aku jilat . ok ini bohong . time nak bayar...


"bang kira , semua sekali"

"semua sekali RM 9.50"

"1 cendol , 2 ABC bang"

"haah , semua sekali RM 9.50"


terperanjat beruk aku . kalau beruk ada kat situ , dia pun tak terperanjat macam aku . aku makan cinonet je cendol and ABC tu . mangkuk bukan besar gajah pun , makan lima nam sudu dah habis dah . aku kalau harga harga yang melampau ni aku akan tanya detail . bukan sebab lokek or kedekut nak mati , tapi agak agaklah sikit kalau nak letak harga sekalipun . aku sambung balik tanya .


"satu mangkuk berapa bang cendol dengan ABC ni ?"

"satu mangkuk RM 3.50"

"ohhh . cendol warisan pun baru RM1.70 , takdelah mahal camni" *sambil keluarkan duit RM 10

"bukan apa dik , ni kan tepi pantai . susah nak bawak barang kat sini"

"ok bang . terasa macam kat pulau pulak susah nak bawak barang" *hulur duit


abang tu dah mula buat muka . kisah pulak aku . yang penting hak sebagai pengguna . alasan kepala hotak dia tak munasabah langsung . macam dia nak kena berenang pulak bawak benda tu semua . padahal kedai biasa je . bukan ada tibi ke , ada aircond ke . gerai yang bermejakan kayu dan beratapkan payung besar . tak paham aku macam mana dia meniaga . lepas dia dah bagi baki tu aku terus blah . memang lepasni tapak kaki aku tak akan terjejak kat situ lagilah . even hanya tinggal satu kedai cendol je dalam dunia pun aku tak nak pergi , dengan muka dia yang mintak penampar . memang aku rasa nak hentak dia guna kasut asadi . serious guwa cakap . gampang *marah tak agak . then pergi duduk tepi pantai hirup udara petang even udara dia bau macam longkang pecah sekalipun . makin lama makin aku rasa selesa pulak dengan angin pantai sampai aku terlupakan kisah abang cendol yang tidak waras tu  . tiba tiba !


"ehhh Shyyra ! mana phone aku ?!" *sambil raba raba poket

"ehh mana aku tahu , kau bawak tak tadi ?"

"aku lupalah"


then aku mula gelabah bangun raba raba semua poket aku . tengok kat tepi pantai tak ada . dalam kepala aku pikir yang aku takda langsung letak atas meja masa aku nak makan cendol tadi . yang ada dalam poket aku MP3 aku dengan handphone sony . aku try cari cari lagi . yang Shyyra dok check handbag dia . memang tak ada . omg ! *gaya mak jemah* , tak kan lah makwe aku dah hilang , camne ni . Cik Puan Berry Hitam aku dah takda . janganlah ceni . janganlah . nak tak nak kena aku hadap balik abang cendol yang tidak waras tu . dia cakap takda pun masa dia kemas . ragu ragu jugak kepala aku , kenkadang orang dah ambik mana nak mengaku ambik kan . tapi tak baik aku fitnah orang . aku suruh Shyyra try call tapi tak dapat gak . kau paham jelah camne battery blackberry kan . pagi kau charge tak sampai tengah hari dah ranap . then aku pergi kereta . aku try try check sana sini masih tak jumpa jugak . parah aku parah . even Cik Puan Berry Hitam aku tu banyak menyusahkan aku , tapi guwa sayang dia ketat ketat weh . kalah guwa sayang boxer guwa yang dah belapok tu . yang Aiman pulak daripada tadi tanya aku kat mana last aku simpan bagai .


"kau boleh diam tak ? tengah tengah panas ni aku tak boleh berfikir secara waras . so kau diam duduk dalam kereta"


bukan main , pasal Cik Puan Berry Hitam tak memasal semorang kena marah . kalau aku jadi Aiman , dah aku pukul je pakai batang kayu . lastly tak jumpa gak . penat aku cari bawah seat kereta semua . rasa nak menangis pun ada . punya sedih kan kalah orang mati bini . ceh mengalahkan ada bini je cakap kan . bila balik tu aku pun berjalan lemah masuk ke dalam rumah . Ibu tanya pun aku terus je masuk bilik . pepandailah Shyyra jawab kenapa . bila aku baring je , aku terus seluk tangan aku bawah bantal . habit mungkin sebab aku rasa selesa je letak tangan bawah tu . sejuk selesa tak dapat nak gambarkan cemana . dalam kepala aku still teringat kat Cik Puan Berry Hitam aku . rindu kat dia tu mengalahkan rindu aku kat bini aku *sekali lagi cakap mengalahkan ada bini* then tetiba aku rasa sesuatu kat bawah tu . aku terus keluarkan then tengok sambil tersenyum gembira macam nak loncat loncat . kau tahu tu apa ?

CIK PUAN BERRY HITAM AKU !

rupanya aku tak bawak pun dia keluar sekali tadi sebab aku tak perasan dia tersorok bawah bantal . kelakar kan cerita aku ? kelakar kan ? kelakar kan ? ok tak .

bila aku cakap kat adik aku , diorang cakap yang aku ni bingai tak bertempat .

gampang sangat ok , gampang .

I LOVE YOU SO MUCH CIK PUAN BERRY HITAM ! *blackberry actually


myspace sangat kan gambar aku .


NOTE : dah tua nanti entah entah bini aku pun aku lupa dok letak kat mana .