APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, October 30, 2012

#GengMA

ASSALAMUALAIKUM

bom ciki ciki bumm . cuti pun dah mula , so melambak lambak cerita aku nak muntahkan kat blog ni , jijik je dengar bunyi dia kan . ecewah , kau kalau telan muntah aku boleh ada sixpack kat perut tau tak kira lelaki ke perempuan . daun kari pun ada kat muntah aku . kau hengat kelakar cerita pasal muntah ni . kebetulan melambak lambak lak gambar aku pergi octtwtfest yang danea hantar kat whats app , terbukak lak hati sanubari jiwa raga aku , buat pertama kalinya nak membongkar , apa rahsia di sebalik #GengMA . diam diam je , semorang tak tahu apa tu #GengMA . yang baca blog aku je tahu . tapi kan , kalau aku cakap maksud #GengMA ni , esoknya mesti aku jadi tilam Vono sebab kena sumpahan dengan #GengMA . biar kau tahu jelah nama tu , takyah nak tanya tanya apa maksud dia . ni ada yang pi psycho geganas tanya aku apa maksud #GengMA , aku tak nak jawab dimakinya aku , aku sepak kau sampai bisu baru tahu . senget hidung kau ke pipi kau baru tahu nak nyesal . 

so harini tajuk entry macam atototooooo #GengMA , tapi sebenarnya aku nak cerita pasal member dalam #GengMA je . ececehhh konon ada yang kata kitaorang poyo lah menda lah kan , benda ni group whats app je pun . bukan kitaorang buat tunjuk perasaan depan parlimen sambil bebogel pun . so takyah nak semak bising , asalkan kami bahagia bersama . awwww ! okay geli ketiak aku cakap cemni . macam ada yang tahu , memang #GengMA ni consist of 12 members je . yang lain nak join memang kena tolak mementah , sebab apa ? kau bayangkan kalau whats app , sekali 20 orang macam mana dia punya kelam kabutnya kan ? so baik 12 orang . takde kau nak serabut sangat . lagipun rasa cinta antara kami berdua belas dah wujud . awwww Aizat being so sweet ! damn ! haha . okay jomma baca , aku tak tahu nak bebel apedah . mempersembahkan ! #GengMA............! ecewah .




AIZAT - @AizatAbd
dia ni dari jauh kalau korang tengok macam En Haris Ombak Rindu , kalau dekat lak macam batang kayu . comel ke tak tu bukan pengukur . dia ni memang rapat gila bapak babeng dengan aku . sampaikan kalau aku mandi , aku yak yak , aku makan pun dengan dia . apatah lagi nak tidur kan . dia ni nak cakap pendiam taklah jugak , cuma kadang kadang dia ni pemalu . sampaikan aku rasa cam nak hempuk je dia guna meja batu depan rumah aku yang dah penuh dengan taik burung tu . dia ni jenis malas nak ambik kisah kat benda yang boleh buat serabut kepala dia sendiri , yang dia tahu , bukak blog , bukak youtube layan perasaan . kenkadang nak tunggu dia balas kau punya BBM , kau dah terbongkang baru dia hegeh hegeh nak read kau punya BBM . nak tahu siapa dia ? dialah aku . hikihikihik *ketawa gedik sambil tutup mulut* kenkadang dia ni suka perasan depan cermin sensorang bila bangun tidur sambil cakap "ihik comel gak muka aku bila bangun tidur" . itu perangai buruk aku kay . buruk gila kan ?

SYADA - @SyadaAmzahh
syada ni dari jauh kau tengok comel , dah dekat lagilah comel gila melting . yang bila ada depan dia pastu kena histeria je tahu kenapa jadi camtu . dia baik , dia berfikiran postive and dia gila gila . bukanlah gila yang terikat atas katil pastu nyanyi sensorang tu , tapi kalau sekepala dengan dia je tahu macam mana gila dia . tapi kadang kadang dia sensitif . hati perempuan kan umpama kaca , sekali terjatuh , susah nak cantumkan . awwww , tengok mood jiwang gedik aku sampai dah macam Doktor Cinta timeline aku aww awww ahh ahh *gelek gelek Oppa Gangnam* dia tak sombong pun , kau tengok je muka dia serious tapi cuba kau cocok pinggang dia , mesti dia akan gelak lepastu kalau kena hempuk dengan pintu almari tu jangan tanya kenapa . dan cuba suruh dia ketawa , bila dia ketawa kau pun akan turut ketawa sekali , haha sebab ketawa dia comel .

SYAHIR - @SyahirAmzah
Mr Beghunoo Mas . bukan Mas Idayu okay . dia ni peminat tegar Bruno Mars yang rambut kinting kinting tu . suara Syahir ni sedap tau sebenarnya , cuma dia tak pandai je nak tunjukkan bakat dia . konon malulah haa ? aku geletek tapak kaki kang baru tahu cemana cara nak terkencing dengan cepat . lepastu dia ni handsome , semua awek jejerit nak kat dia , sekali dia senyum perempuan bagaikan dibakar macam steak , cair sampai biji mata pun takda dah . cuma cuma cuma cuma cuma *angkat tangan sambil gegoyang badan gedik macam perempuan gedik berlagak kaya* dia dah ada makwe ahh , memang takpat ahh kau nak menggatal dengan dia . patah sewibooo hatiku . takpe , dia ada sorang lagi abang , number tipon abang dia 999 . call je , as soon as possible akan ada orang akan angkat jawab call kau tu . and... Syahir suka kentut sesepah . kbai *syada yang bagitahu*

KEBA - @akbarazman
bila kau baru nak sebut KE je pun tanpa meneruskan BA kau tu , semorang dah kena histeria . siapa je tak kenal otai Twitter ni kan . sekali dia pijak kau , kepeng kau jadi papan . keba ni pendiam , dalam pada masa sama suka berkawan . kadang kadang pemarah jugak , and personaliti dia memang susah kau nak detect . sebab emosi dia berubah ubah , kejap gila , kejap diam , kejap bising , kejap menangis . tapi aku belum tengok dia menangis lagi , tunggu nanti aku tarik 5 helai bulu kaki dia nangis tak . dan dia suka menghabiskan sisa sisa hidup dia di Mekdi . yang selalu tengok recent update BBM and dalam BBM contact kau ada keba , kau akan tengok foursquare dia , at Mekdi bla bla bla . dah tua nanti kau tengok perot dia mesti  buncit mengalahkan dada dia sendiri . dan siapa ada twitter account tapi tak kenal dia , pi search nama dia sekarang ! *capai cerek air*

NANI - @AkuLensaCahaya
kaklong ! *padahal dia lagi muda daripada aku* HAHAHAHAHA ! aku panggil dia kaklong sebab mungkin dia pendengar yang setia takpun bila dia BBM aku , aku akan balas dengan Nani Nini Nano , konon aku sweet ah tu , umakyay . dia jugak baik hati . bukan nak mengampu tapi tulah apa yang kami semua rasa . dia suka ketawa and dia suka sedih jugak . kadang kadang dia ni cepat terasa , tapi dia akan selalu cakap "I'M OKAY , I'M OKAY" tapi lepas dia cakap camtu , kau cuba usha dia punya BBM status dengan tweet dia , mesti akan ada something wrong yang berlaku . so kau boleh tahu dia tak okay even dia kata dia okay . masatu kau rasa macam nak geletek tapak kaki dia sampai dia teryak yak . hihihihi . tapi dia memang caring , suka ambil berat kat orang lain even dia sendiri yang tengah lap lap airmata dia sedih sendirian . *hidung Nani dah kembang sampai ke pipi dah kena puji ni* uhui . okbai ! haha

AMAT - @AmatJamaludin
kenal kan dia siapa , Raja Crush di twitter . tapi sekarang entah mana lesap dia punya tweet tu semua aku pun tak tahu . friendzone katanya , hambiklah Amat , hambiklah . dia ni peramah and kadang kadang pemalas . bukan pemalas nak buat kerja , tapi pemalas nak layan benda benda yang merepek serabutkan kepala dia . tapi dia punya peramah sampaikan kalau boleh mak cik jaga tepi TBS tu pun dia nak jadikan kawan bershuffle dia . dia kawan yang baik , kawan yang pandai bagi nasihat tapi degil nak dengar cakap orang lain . kalau aku dah tarik rambut dia baru dia tahu cemana rasa dia kan . dia suka simpan rambut panjang katanya , yang aku suka tengok orang rambut kemas , kalau ada gunting dalam poket aku masa jumpa dia , dah aku potongkan selai selai rambut dia kasi pendek supaya tak jadi macam Rosmah . boleh bela arnah dalam rambut tu . tapi sekarang dah pendek dah . kalau nak cari pasal dengan dia , carilah , dengan kayu hoki dia sebat belakang kau kekuat .

ARIQ - @ZarickZaqwan
budak kecik yang rapat dengan aku . dia ni suka menceritakan masalah dia kat aku . kenkadang gila gila gak dengan aku . kalau dah pekena kitaorang personal whats app duaorang , memang tak habis dengan gelak ketawa dia . dia ni kenkadang suka menggatal . aku tak , muka aku pun tak nampak muka gatal . lalalalalala . dan dan dan muka dia macam muka Nabil Raja Lawak . tak caya kau gi tengok gambar dia , pastu gi Google gambar Nabil . letak sesebelah . pasti korang akan rasa kagum . tapi aku dengan dia jarang jumpa sebab dia punya rumah umakyay jauh . lagipun dia nak sekolah apa semua memang taklah asyik nak hadap muka aku je kan . tapi dia tak bagi aku cerita lelebih pasal dia , sebab rahsia aku ada pada dia . padahal rahsia dia lagi melambak ada kat aku . dia kadang kadang adelah jugak sifat kebudak budakan dia yang membuatkan aku pun terasa seperti kanak kanak seperti dia *tenung IC tengok tarikh lahir sendiri* . password twitter dia : makakurocktak *error*

TYKA - @atyka_faris
gadis comel molek ni kawan baik Syada . satu sekolah . aku panggil Tyka je . masa mula nampak dia macam takut gak nak tegur sebab serious dia punya reaksi muka sombong gila sampai aku rasa nak ambik pisau kikis dia punya jelingan mata dia . rupanya bila dah kenal , haaaa lebih peramah daripada Amat . Jibam Jibam Jibam nama panggilan dia dalam #GengMA . nama tu bila kau panggil banyak kali serious rasa macam kelakar and nak ketawa tertonggeng sampai mengalir airmata kuning kau tahu tak . dia ni pun gila gila bapak punya gila . kalau tengah membahan orang tetibe dia join , memang tak henti kau ketawa . jangan ngorat dia , nanti aku bagitahu boipren dia . bila lama kau kenal dia , kau akan tahu dia ni jenis yang sangat caring dekat kawan kawan dia . cuma kadang kadang dia je tak pandai nak tunjuk cara dia . tak caya sudah *tenung Tyka dari jauh tengok perangai dia yang caring*

DANEA - @danea_ameer
ni bukan danea yang berlakon Awan Dania mahupun Diana Amir . kalau sekali imbas kau tengok tweethandle dia mesti kau akan ingat tu Diana , tapi sebenarnya Danea okay . dia ni pendiam pemalu . kena orang yang bercakap dulu dengan dia baru dia start peramah . memanglah camtu , dah namanya perempuan ye tak ? kang kalau over melayan kang kau cop dia gedik . kemain mentality kan . dia ni ada belajar taekwando tali pinggang hitam *saja tak bagi orang dekat dengan danea* so hati hati nak usha dia , sekali kau menggatal , dia pijak kau bagi leher kau patah terbelit . kalu tak caya kau boleh pi tarik rambut dia , dia kasi pijak muka kau sampai senget sebelah bibir kau . okay ni rekaan semata mata . memang kelakar kan Aizat , memang kau tengah buat kelakar kan..... tapi dia ni yang mahalnya mungkin kat senyuman dia and mata dia kot . kau pergilah suruh dia senyum bebanyak kali pastu kau hadap dia senyum . ecewah aku tak habis habis dengan mengampu orang . 

AISAM - @AisamOrange
nama tweethandle dia yang mahal tu kan . siap ada orange . and based on tweethandle dalam kepala otak aku dah terbayang yang dia ni mesti peminat orange . aku lak minat tembikai , lepasni dah boleh ubah nama tweethandle aku @AizatTembikai . kau hado ? aisam aisam and aisam , dia suka buat lawak , dia suka ambik gambar orang tapi muka dia jarang ada dalam gambar . sesekali kau tengok dia macam pelakon tapi entah aku tak hingat and tak tahu siapa nama pelakon tu . dan dia memang pandai uruskan hidup dia sendiri and bertanggungjawab . kira dia pandai survive lah dalam hidup dia and alert sikit dengan keadaan sekeliling dia . dia ni lagi berfikiran matang daripada aku . kadang kadang aku rasa yang aku ni tak berguna , kwahajo kan aku anggap diri sendri centu ? tapi korang pun belum survive dengan diri korang , ni korang masih lagi jatuh luka sikit nak nenagis nak suruh mak dukung . belajar sikit berdikari , faham ?! *over nak marah*

FIFAH - @AisyatulAfifah
pengasas #GengMA . geng ini mula ditubuhkan pada 2 September 2012 atas persetujuan semua orang . Geng ini telah mendapat nama atas persetujuan daripada 12 ahli lembaga #GengMA . okay cukup , aku rasa macam dah belajar sejarah dah ni . hai Fifah , otai #GengMA , Fifah ni gak kuat merajuk kenkadang . tapi sekarang maybe dia merajuk bebetul kot sebab dia dah jarang muncul kat whats app . muncul pun pukul 4 5 pagi masa semua dah tidur terkangkang kangkang mimpikan kekasih masing masing . dia lak bangun . Fifah ni senang berkawan , tak kisah kawan dengan siapa siapa , asalkan orang tu peramah juga dengan dia . kalau nak sesombong ni baik kau jangan berkawan dengan dia , dia pulas leher kau kasi terbelit kat celah ketiak kang . dan dia sangat suka nak mati bergambar , cuba kau duduk je sebelah dia , dengan kau kau sekali dia tarik ambik gambar .

ADAM - @SaifulAdamm
ni bukan Adam Lambert mahupun Adam Levine . ni Adam gangstaa . dia ni jarang jugak enterframe dalam #GengMA sebab komitmen dia dalam belajar . takpe , dia dah cuti nanti kau tengok meriah balik dalam whats app tu . dia ni pun sama gak macam Fifah , bila semorang dah start nak tidur , dia baru hegeh hegeh nak whats app , bila esoknya kita reply , bunyi cengkerik je kat dalam tu . memang harapan dia nak reply balik . Adam ni pendiam pemalu penyegan semua ada . kalau bercerita pun tunduk je . pernah digemparkan dengan trending #AdamTakMandi , kalau nak tahu , dialah tuan punya badan yang tak mandi . kepam hangit masam tu semua dia . terkenal dalam whats app dengan ayat "ADAM OKAY JE" , tapi dia memang okay and baik . aku kenal dia dulu sebelum aku kenal member member #GengMA yang lain .


*tutup diari kisah hidup #GengMA* inilah dinamakan persahabatan . mulanya hanya sekadar senyuman , menjadi teguran , ditambah pula dengan perbualan , lalu menjadi rapat , dan terhasilnya persahabatan . dan persabahatan tu tak akan wujud kalau tak ada kepercayaan dan kasih sayang . nak berkawan ni sebenarnya tak perlu kau nak memilih sangat , cuma kau perlu berhati hati sebab tak semua ikhlas nak berkawan dengan kau . tapi dalam hati aku , aku bersyukur aku dikurniakan #GengMA yang bukan sekadar kawan , tapi juga sebuah keluarga . bila seorang ada masalah , yang lain mesti akan membantu . tak pentingkan diri sendiri . siapa je tak sayang dengan persahabatan kan , tapi setiap persabahatan tu pasti akan ada dugaan , cuma kau kena percaya and kuat dengan apa yang kau ada . bukan hanya sekadar berkawan tapi menumpang dan mengambil kesempatan atas kesenangan hidup orang lain .


SYADA , SYAHIR , KEBA , NANI , AMAT , ARIQ , TYKA , DANEA , AISAM , FIFAH and ADAM ,

"a strong friendship doesn't need daily conversation , doesn't need togetherness , as long as the relationship live in the heart , true friends will never part"

#GengMA always deep in... MY HEART !





Sunday, October 28, 2012

satu hari tu akan tiba

ASSALAMUALAIKUM

AHAD , memang hari yang semua orang tunggu untuk bangun lambat , untuk menggedik gedik shopping ataupun duduk menolong ibu di dapur , awww mithali over . baik kau yang sekolah , belajar mahupun bekerja semua sukakan hari cuti . dok melepak goyang kaki sambil tengok cerita Ombak Rindu yang ada En Haris Ombak Rindu tu . macam aku jugak , tak terkecuali jugak turut meloncat locat shuffle remix dengan oppa gangnam style bila tahu hari ahad dah sampai . tapi ada yang benci ahad sebab esoknya dah isnin . nak buat cemana , tak kan nak humban campak gaung pulak kan . bermulalah perjalanan aku untuk hari ini . actually cerita ni aku nak ceritakan seminggu yang lepas . tapi kebusyan aku yang mendalam membuatkan aku campak je semua laptop cerita aku dalam jamban . so ni hah cerita seminggu yang lepas aku luahkan harini . nak baca ke tak tu , hang punya suka . tak nak baca dengar je background song aku kat blog ni haaa sambil makan tempe cicah sos cili thai .




#SABTU , 9.00 PAGI , 20 OKTOBER 2012 *pilih baju apa nak pakai*
bangun awal pagi semata mata nak pergi sarapan dengan kawan sebab dah nak cuti semester yang tinggal beberapa hari je lagi . so nak habiskan masa makan , tidur , mandi , yak yak dengan kawan kawan . lepasni masing masing dah susah nak jumpa . dah siap siap , capai kunci bilik dan terus keluar . lepas fikir fikir and fikir , akhirnya decide nak pergi makan dekat tempat yang kami selalu lepak , mamak , Restoran Al-Bayan sebabnya aku dah ketagih dengan mee goreng dia kat situ . memang kalau makan sepinggan , nak mintak lagi sekuali . entah apa madrem dia letak tu lantaklah , yang penting Bismillah jangan lupa sebelum makan .

#SABTU , 9.45 PAGI , 20 OKTOBER 2012 *menyuap sesudu demi sesudu makanan ke dalam mulut*
lepas order dah sampai , memang makan tanpa toleh kiri kanan . tak kisahlah orang nak hempuk aku masa tu pun aku tak perasan . memandangkan perut dah lapar and berjoget joget samba mintak makanan . masuk suapan keenam , aku tertoleh ke aras dua orang sahabat yang berjalan masuk ke dalam restoran tersebut . lelaki , dalam lingkungan umur lewat 20-an . aku tersenyum sebab melihat keakraban mereka yang boleh nampak sejak mereka turun dari kereta sehingga mengambil tempat duduk masing masing yang betul betul bersebelahan meja aku . aku abaikan mereka and aku terus meneruskan suapan aku .

#SABTU , 10.10 PAGI , 20 OKTOBER 2012 *sendawa dan mencapai surat khabar*
sambil berbual kosong dengan kawan aku , aku menyelak sehelai demi sehelai surat khabar . kadang kadang pelik , macam manalah wartawan ni boleh dapat berita untuk setiap hari . ada je kes yang dia jumpa . sambil menunggu kawan aku yang tengah download movie kat mamak tu , sesekali aku scroll timeline twitter nak tengok mana tahu pagi pagi ni dah ada drama meletop kan . hidup memang penuh dengan drama *sambil berangan pasal masa depan aku* . tiba tiba lamunan aku dikejutkan dengan ketawa besar oleh dua orang lelaki yang duduk di sebelah meja aku . terus aku rasa dia annoying . tiba tiba aku dengar salah sorang daripada lelaki tu bersuara :

KAU SERIOUS YANG KAU DAH JUMPA SIAPA YANG KAU CARI SELAMA NI ?

nampak macam cerita yang menarik . aku selak satu demi satu surat khabar yang dah pun aku habis baca supaya takdelah nampak macam terlalu nak mendengar apa yang orang tu cakap . aku terus meneliti satu demi satu perbualan yang dia nak sampaikan sementara kawan aku masih leka menghadap screen laptop .

#SABTU , 10.25 PAGI , 20 OKTOBER 2012 *selak satu demi satu surat khabar yang dah habis dibaca*
biarlah hanya aku menggelarkan seorang lelaki bernama A dan seorang lagi bernama B .


A : kau serious ke yang kau nak kahwin dah ? serious ?
B : yelah , tak kan aku main main . nak kad jemputan kahwin aku . tengok nama betul betul kat kad jemputan tu .
A : kau gilalah . bukan apa , dulu kau memang susah gila nak dekat dengan perempuan . bila lepak sama , kau tak pernah meroyan nak cari awek ke apa ke , yang kau tahu hidup hidup dan hidup mesti diteruskan .
B : hahahaha *ketawa besar* , bukan apa yed *mungkin nama kawan dia* kadang kadang kau couple awal awal , benda tu tak kekal manapun . sebab tu aku tak fikir dulu . dululah , mana ada orang nak kat aku . aku bukan reti sangat nak usha usha ayat ayat perempuan ni . tapi aku yakin , jodoh tu ada jugak buat aku . tak kisahlah cepat atau lambat sekalipun .
A : macam mana kau boleh kenal dia ?
B : aku tak pernah terniat pun nak kenal . tapi sebabkan orang kata jodoh tu ada kat mana mana kan . aku percaya pada jodoh . jodoh ni pun mak aku yang pilihkan tanpa pengetahuan aku . aku tak pernah kisah pun dengan apa mak aku cakap pasal jodoh . dia dah carikan jodoh aku tapi aku cakap aku tak sedia lagi . sampai satu hari masa aku nak beli nasi lemak , just tinggal satu je nasi lemak . ada lagi sorang perempuan nak beli , aku bagi jelah dia beli . lagipun ada mee goreng . aku belilah mee goreng . bukan nak tunjuk sweet ke apa . tapi sebab aku rasa berdebar semacam je bila sebelah dia . meremang jangan cakaplah . nak tegur takut . seminggu lepastu selalu jugak aku terjumpa dia kat kedai sama beli kuih atau makanan . sampai satu hari bila mak aku tunjukkan gambar pilihan mak aku , rupanya tu perempuan sama yang aku jumpa kat kedai kuih tu .
A : *ketawa kuat* HAHAHAHAHA ! oh cinta nasi lemak lah ni ? habistu macam mana ?
B : lepastu aku start tegur dia and dah sampai sinilah . nak nikah dah pun .
A : babe , aku rasa cerita kau boleh buat filem . cinta nasi lemak *ketawa kuat lagi*
B : *tersenyum* itulah orang kata yed . jodoh tu kita tak boleh pilih . kalau kita percaya dengan ketentuan , akan ada buat kita . jangan berhenti berdoa , jangan terlalu mengejar , jangan terlalu berharap . tak mati manapun kalau takda couple couple ni yed . boleh je kau nak hidup . ada tu yang meroyan kadang kadang pelik aku tengok . sampai bunuh diri . tak faham aku .


#SABTU , 10.50 PAGI , 20 OKTOBER 2012 *masih termenung mendegar cerita*
lamunan aku tersentak bila kawan aku ajak balik . aku terus tutup surat khabar yang ada kat depan aku . menoleh ke arah dua sahabat yang masih meneruskan cerita . aku tersenyum bangun , lalu membayar harga makanan di kaunter . bila masuk dalam kereta , aku tersenyum and terfikir sendiri . ya , jodoh tu ada kat mana mana . kita tak tahu siapa . sebab itu semua rahsia Allah . nak tahu siapa , kita kena terus kuat untuk teruskan hidup . satu hari , dia akan muncul membawa cinta buat kita . insyaAllah .


NOTE : sebelum cintakan seseorang , cintakan dulu penciptaNya .



Sunday, October 14, 2012

saya rindu kamu

ASSALAMUALAIKUM

*dok terpacak tengah padang tunggu hujan turun* okay benda ni tipu semata mata . harini tak hujan macam hari hari yang lain . hanya panas menemani hariku sahaja pada harini . kalau cikgu BM hakoo baca ni walaweh dia terus luluskan aku tak payah nak hambik exam lagi . hari ahad yang indah lemah gemalai . sebab apa lemah gemalai , sebabnya esok isnin ye tak . and aku pasti malam ni pasti yang akan tweet . esok isnin ? OMG ! okay aku dah masak dah dengan perangai korang . cuma aku tak hadiahkan tembikai dalam nam bijik hempuk je muka kau . aku rasa dah lama aku tak guna ayat tembikai ni . its so lame . kena cari benda baru . sambung cerita tadi . lemaklah kalau tak nak isnin . mana lak kau nak campak dia . dah dah campak jejauh pasal sekolah kerja apa bagai ni . now nak cerita lak pulak kan siapa yang aku rindu . memang semua orang ada orang yang dia rindu , tapi tak semua rindu pakwe makwe dia kan . bagi aku yang single mingle ni *takde siapa kisah kau single , batak punya Aizat* so takde siapalah nak aku rindukan selain family . awww Aizat become so sweet . tapi rindu tu mesti ada sebab kan ? sebab apa aku rindu ? jomma baca . aku nak gi ambik pampers saiz dewasa buat lap air mata .




#AYAH ABD
dia ni memang hakoo rindu . even dia selalu call aku borak borak pendek kan *normal bagi semua bapa bapa sedunia* tapi aku rindu nak bercanggah pendapat dengan dia . kalau kat rumah wa cakap sama lu , apa dia cakap semua tak sama pendapat dengan aku . lepastu bila dah kenakan dia , aku masuk bilik ketawa sensorang sampai mengalir air mata sebab kelakar okay . kalau ayah aku tahu bukak link blog aku ni sekarang ni jugak dia freeze account aku . wakakakaka . okay ni tak lawak . mati papa kedana aku nanti . so dia ni jugak kalau kat rumah pun suka membuli , dia suka buat buat tak dengar . aku cakap sekali dia akan "hah ?" , ulang balik dia akan "hah ?" ulang balik dia akan "hah ?" lepastu dia ketawa sensorang . kau ingat dia tak pandai nak kenakan aku ?! lepastu habit dia kalau nak kejut aku , suka tutup semua bekalan elektrik kat bilik aku dan hanya tinggalkan lampu je , mati kepanasan aku dalam tu . dengan cara tu aku akan bangun dari tidur . tapi bila dia tidur aku nak buat camtu memang masuk neraka aku japgi sebab derhaka ye tak . bila dah jauh ni masatu lah aku rasa rindu dengan semua ni . swear ! *angkat dua dua tangan*

#IBU NORRY
dialah kawan , dialah ibu aku . dia ni kalau sehari aku tak kacau tak sah . dia ni penakut sikit . so kalau nak ke dapur tu selalu aku cakap ada mak cik jual karipap kejap lagi muncul kat tingkap lah akemenda semualah . sampaikan dia seret aku sekali ajak pergi dapur . bahana kau menakutkan orang lagi . bila dia masak aku suka dok berborak dengan dia . korek korek kisah cinta dia dengan ayah aku , bukan tahu nak menolong . duduk atas kabinet lepastu berborak je . menangis kabinet tu menahan beratnya bontot aku . kalau kat rumah dia yang paling sporting , nak gelak gurau bagai dengan dia pun boleh . sebabtu lah aku rindukan semua ni . dia suka bukak langsir bilik aku kalau aku tidur sampai tengah hari biar cahaya memancar kat muka aku . dia suka marah bila bilik aku bersepah sebab dia kata daripada situ kita nak corakkan attitude . dia memang suka membebel . lepastu bila aku tutup telinga dia ketawa . dia selalu marah aku bila bangun tidur je aku tanpa cuci muka terus makan breakfast , dia selalu suruh aku tolong dia kemaskan halaman rumah , dia selalu suruh aku temankan dia pergi beli barang . and aku rindu semua tu . serious... *duduk sambil nangis nangis hentak kaki*

#ABANG AMAR
ekekekekekeke *ni ketawa yang dia suka pakai* dia ni serious kadang kadang buat aku rasa nak ambil tali kapal pergi sebat dia . tapi dia ni baik . kalau dah datang gila dia , kau sampai dah tak terlayan and malas nak layan dah . tapi selalunya cuti dia tak sama dengan cuti aku kan , bila aku balik dia tak , bila dia balik aku tak . kemain nak bergurau senda bagai cuti ni kan dengan kami . but then bila raya tu semua bolehlah jumpa . haritu waa dapat duit raya daripada dia wooo . banyak tahu . wa bukak je wa sengih sensorang . dia belum kerja lagi , masih belajar . kalau dah kerja memang wa kikis duit dia sampai takde sesen pun dalam account dia . dia nak kumpul duit nak menikah anak orang tu belakang cerita , tolak tepi . yang penting wa dengan adik adik nak kikis duit dia . wa tak kira .

#SHYYRA
minah gilaaa ni kau jangan tanyalah kan kenapa aku rindu kat dia . dah namanya pun gila kan mestilah rindu . dia ni kalau kat rumah suka menyibuk ambil tahu pasal aku . bila aku balik rumah je dialah orang pertama yang akan datang bilik aku menyibuk nak tanya macam macam and nak cerita macam macam . dia nilah jugak yang aku suka buli and suka pow . adik perempuan aku sorang . sorang je dalam keluarga aku . so kalau kau nak ngorat dia . jumpa aku dulu , ada 99 syarat yang aku nak listkan . kalau tak nak pergi main jauh jauh . jangan nak cakap aku batak ke apa . aku sula sorang sorang guna buluh lemang sampai pecah rectum korang kan . sila google ye apa tu rectum . hahahaha . dia pun sama macam Ibu Norry aku , penakut , aku selalu bukak Voice Note pontianak kat lobang telinga dia sampai dia nangis nangis suruh tutup sebab takut . dia ni jugak yang selalu aku suka serabaikan rambut dia , dia ni jugak yang selalu aku suka ajak keluar pergi shopping tapi menghabiskan duit aku nak melayan beli barang dia . tapi dia punya gilaa sampai kau rasa nak ikat dia kat batu besar , lepastu golekkan masuk kat tengah laut . tapi dia pendengar aku yang setia... anyonyonyonyo *cubit cubit pipi dia*

#AIMAN
ni bukan Aiman Hakim Ridza vanilla coklat tu mahupun Aiman Rahman . ni Aiman adik aku yang pemalas sampaikan kalau makan pun dia boleh nak suruh orang suap even dah umur 12 tahun . dialah adik yang sangat manja . memang dia bongsu tapi perangai manja dia tu kalah budak tadika . dia memang rapat dengan aku , kalau boleh tidur pun nak sentiasa berkepit dengan aku . yang comelnya dia tak boleh kena marah sikit dengan aku . tak kiralah kalau aku tertinggi sikit suara dengan dia memang lepastu kalau aku panggil dia memang jadah haram dia tak akan layan or pandang . lepastu kalau aku dah belikan dia komik , terus haa baik . tapi dialah pemusnah segala komik aku . baca tak reti nak jaga elok elok . nak aku sumbatkan je dalam mulut dia semua komik tu baru dia tahu macam mana rasa rabaknya mulut . okay dah boleh masuk pembunuhan kejam . tapi siapa berani sentuh adik adik wa , memang wa kasi tumbuk muka dia sebiji . adik wa darah daging wa . berani nak cari pasal . eceh gangstaa konon . jumpa cikgu disiplin dah berterabur lari aku . nyenyenyenyenye *ketawa sambil jelirkan lidah* .

bila ceritakan semua nilah yang buat rindu aku kat mereka semakin bertambah . kadang kadang sampai aku fikir bestnya kalau aku ada sayap .bila bila masa aku boleh terbang balik . ataupun aku boleh alihkan rumah aku sebelah campus ni ke kan . memang takda masalah rindu bagai ni . tapi orang kata kalau kita rindu sebab kita fikir , sebab kita sayang . yes memang aku sayang mereka semua . macam orang kata , tak kisahlah kau takda siapa siapa kat dunia ni , yang penting kau ada FAMILY !


NOTE : even jahat manapun keluarga kau tu , akan ada sedikit perasaan sayang dalam hati mereka untuk kau


Monday, October 8, 2012

tips exam kebaboom #PART 2

ASSALAMUALAIKUM

hari isnin yang menggemparkan seluruh negara Malaysia ! apehal ? takda benda pun sebenarnya . cuma aku update blog je today . gempar tak gempar tak ? ok ini tak kelakar Aizat . kau buat orang makin menyampah dengan kau . dahlah orang menyampah kat kau tu dah ramai . sokay dude kisah pun tak . okay harini nak cerita pasal apa ? pasal tips exam . haritu aku dah bagi tips exam PART 1 kan ? tak baca kau pergi cari sendiri godek godek godek blog aku ni . kalau kau tengah godek godek tu tetibe jumpa Ju-On tengah korek pusat tu jangan tanya kenapa . and and and harini aku nak bagi yang PART 2 punya . so kalau korang nak ambil jagung goreng ke , kelapa goreng nak makan sambil hadap blog ni pergi dulu . aku dah siap bentang tikar sambil letak bunga matahari kat kepala ni nak bagi nampak aku lebih anggun . okay over . sekali lagi kau ingat ni lawak ke Aizat ?! kepada yang nak ambil PMR , silalah baca ni sebelum kau pergi belajar . SAYA BERJANJI SAYA AKAN PERGI BELAJAR SELEPAS BACA BLOG AIZAT ! so kau dah baca and dah janji kan , kalau tak buat dalam masa 2 minit perkara malang akan berlaku kat anda . forwardkan kepada 10 orang kawan anda . okay itu sangat annoying , lebih bagus kau tengok Azwan Ali menari samba daripada kau baca message macam tu or orang broadcast macam tu . haritu aku dah buat tips pertama , kedua and ketiga kan , so aku sambung empat lima and enam jelah . nak buat tujuh lapan sembilan tu tunggu masa diorang nak SPM . entah apa tips merepek yang aku nak bagi pun aku tak tahu . ye tak ?




#KEEMPAT : TIDUR AWAL
macam biasalah setiap kali exam benda nilah yang kau akan dengar selalu . tidur awal , tidur awal and tidur awal . padahal aku tak pernah pun ikut tips ni . memang harapanlah kan . kau bayangkan pukul 11 camtu Ibu dengan Ayah kau dah suruh masuk tidur . then bila nak tidur tu terkebil kebil mata kau . lastly kau bukak balik lampu kau baca komik . bukan tahu nak baca buku ke apa kan . actually tidur awal ni sebenarnya baik and bagus . daripada kau bukak youtube layan video sore eyes , layan video one direction bagai kan baik kau tidur , kalau tak bila bangun pagi kau rasa menyesal sebab semalam tidur lambat . kalau nak tengok video Yuna takpe . selalunya kalau tidur awal , bila pagi kau akan rasa lebih bertenaga , macam kau baru bangun daripada 1000 tahun kau tidur . kemudian dicium di bibir lalu bangun . cerita apa ? siapa dapat jawab aku bagi dia seratus ringgit ! JAWAPAN : SLEEPING BEAUTY . dah korang lambat . melepas seratus korang , hikhokhikhokhikhok *ketawa badak* . cakap pasal tidur dulu , pernah masa tu nak exam trial , aku tak tidur kan . konon macam wahh bestnya sebab orang lain dah tidur aku masih lagi berjaga . konon bajet bajet macam otak aku ada lagi banyak information yang masuk . then bila pagi aku dah mula rasa mengantuk . nak masuk dewan aku rasa macam berada di awangan . macam kau ada dalam alam mimpi . then makan gula gula tak nak bagi mengantuk . bila dah boleh start menjawab , aku bukak kertas and otak aku terus blank . setiap apa yang aku baca semua aku lost . bila baca soalan aku tengok benda tu aku ada baca tapi satu benda pun tak ingat . perasaan masa tu macam nak suruh pengawas peperiksaan tu ambil kerusi kantin hentak kepala aku sampai aku ingat balik apa aku baca . setengah jam aku stuck and aku angkat tangan cakap nak pergi tandas . sebab aku tak boleh ingat apa apa . bila aku cuci muka kat tandas , aku tarik nafas , aku minum air . barulah aku boleh ingat balik semua yang aku baca . tu pun nasib aku boleh ingat balik . kalau tak boleh memang merana aku dok tercangak je kat kerusi aku . so bila nak exam tu pergilah tidur awal . rest kan otak kau tu . kalau tak boleh tidur , aku suggest kau ambik penukul , hempuk kat kepala kau sekuat hati sampai kau nampak dunia kau gelap je . lepastu dah keluar masuk ICU tu kau jangan tanya aku kenapa boleh macam tu okay .

#KELIMA : AMBIL BREAKFAST
yang part ni aku suka . sebab apa ? sebab aku suka makan sampai takleh nak sumbat makanan dah dalam perut ni . makan ialah hobi aku . walau berada di mana mana aku memang suka makan . okay cukup ! sekarang bukan nak cerita pasal hobi aku . sarapan pagi atau dikenali sebagai breakfast . kalau nak exam jangan biarkan perut kau tu kosong . nanti dalam dewan gerenti kau akan lapar and takda tenaga nak jawab exam . mengalahkan nak lumba lari ye tak nak guna tenaga bagai . kalau tak nak makan banyak pun pagi tu at least kau minum minuman yang berat sikit , bukan bermakna aku suruh tambah batu bata dalam air kau tu kasi berat . minum benda yang berkhasiat sikit . aku tahu pagi pagi memang tak semua yang ada mood nak minum pagi kan . even mak kau masak macam macam , masak roti bakar tiga rasa , jus belacan cendol , roti canai cicah tempoyak , kau masih takda selera nak makan . kalau tak nak makan , suruh Ibu kau buat Milo ke , Susu ke . bukan susu F&N yang kau buat teh tarik tu , tapi susu Fernleaf ke kan . yang full cream punya sedap nak mati ! dari kecik aku minum sampai ke tua bangka ni hah Ibu hadapkan aku dengan susu . lepasni mohon Fernleaf jadikan aku duta susu dia . mohon mohon . lepasni makin kerap kau tengok Aaron Aziz jadian ni keluar TV . tergugat kedudukan Aaroz Aziz sebenar . lepastu Zed Zaidi keluar statement "AIZAT ABD TAK PATUT JADI DUTA FERNLEAF" mooooooooo *bunyi lembu* . atotototoooo aku ni kalau kau dah bagi satu cerita nak bagi aku sambung , nilah jadinya . sebelum pergi sekolah tu , dewan exam ke , jangan biar perut kosong . bawaklah spare kuaci ke kan , makan sebelum masuk dewan . lepastu lempar je luar dewan kulit tu . nampak tak perangai aku yang takda sivik ? okay aku mana pernah buat okay *goyang goyang kaki* at least kau makanlah benda yang boleh alas perut kau sikit before kau masuk dewan exam tu .

#KEENAM : SHORT NOTE
kalau buat short note short note ni aku suka . sebab aku takleh nak hadap nota nota yang panjang panjang tu . boleh gila sebelah otak aku . so lebih baik kau ingat the main point lepastu kau elaborate sendiri . takdelah kau pening pening nak hafal sebijik sebijik huraian dia . yang huraian dia and example tu kau bacalah jugak sekali imbas , tapi yang main point tu kau ingat bebetul lah . kalau tak ingat main point dia takda guna kau nak elaborate panjang panjang tapi isi utama kau tak tahu . aku hentak guna pintu almari baru tahu . aku kalau buat short note suka lipat lipat kertas A4 sampai jadi kecik . lepastu tulis note atas tu . takdelah aku nak suruh kau salin habis habis apa yang ada dalam buku tu dalam short note kau , just apa yang kau rasa penting tu kau salin je . ni aku tengok ada yang salin semua . kalau camtu baik kau tak payah buat short note , baik kau baca je buku tu kan . kalau ada short note , kau nak yak yak kau boleh baca , kau nak makan kau boleh baca , even kau nak lumba lari pun kau boleh baca lepastu pass kat kawan sebelah . sama sama dapat ilmu ye tak . kalau nak hadap buku yang panjang panjang dengan gambar bagai tu memang tak boleh nak masuk dalam kepala hotak aku . kalau ringkas ni at least kau akan ingat . sebelum nak masuk dewan pun kau still lagi boleh refresh apa yang kau baca tu . lepas dah habis exam kau lemparkan je semua tu . nyenyenyenyenyenye *ketawa mintak tapak kaki* . so yang nak exam tu , abang suggest adik adik buatlah short note kay ? awwww abang *kelip kelip mata lelaju* tapi make sure dah buat short note tu jangan bagi orang lain photostat . buat penat je kau buat pepanjang dia tahu nak copy je . cocok lubang hidung dengan batang cangkul baru tahu besar ke tak lobang hidung tu .


sampai sini ke tips aku untuk kali ni . enam tips aku rasa dah cukup dah kot . bagi kau banyak banyak pun bukan kau tahu nak ikut apa aku cakap . sekali aku rotan sorang sorang kat pipi baru tahu . memain je kerja , layan Running Man bagai kan . so yang nak exam PMR tu aku ucapkan goodluck . kalau kat paper tu ada cakap "SILA LIHAT SEBELAH" so jangan lepaskan peluang kau lihat sebelah . kalau dia kata kenapa kau meniru , kau dah ada sebab and bukti nak cakap kenapa kau lihat sebelah . so takyah takut . takut nak exam dengan nak work hard untuk exam ni sekejap je . lepas dah exam kau nak kahwin , nak berjoget dari pagi sampai malam , buatlah . asalkan kau reti nak beza mana baik mana buruk . sebelum aku start merepek tak tentu hala . aku stop sampai sini *korek korek hidung dendalam* okbai !


NOTE : hidup bukan setakat kau nak makan je , usaha kena ada , kalau takda usaha , takda duit , takda duit , takda makanan .


TWITTER : @AizatAbd


Tuesday, October 2, 2012

tips exam kebaboom

ASSALAMUALAIKUM

aku rasa dah lama jugak aku tak melepak dalam ni . buat cerita bengong bengong aku yang buat orang rasa nak terajang aku dengan dua belah kaki dia serentak kan . kalau nak terajang buat ahh . sebelum aku sula kau guna batang mop berukur lilit 45 inci . besar tak ? mahu tak menangis menjerit melaung kau sakit . bukan aku pemalas nak update lelepak minum kopi kat blog ni , tapi sebab mana aku nak dapat idea nak selalu update . ingat aku Albert Einstein semua benda aku dapat hadap . kenkadang malas gak aku nak jawab soalan bernas orang pasal bila aku nak update blog . bukan aku berlagak gila tapi sebab kau bayangkan . baru sejam aku post entry baru , dia boleh tanya aku "AIZAT BILA NAK UPDATE NEW ENTRY LAGI ?" , and soalan tu boleh buat aku cirit birit keluar timun tahu . tapi takpelah , at least dia adalah jugak niat nak menyinggah blog aku kan . even aku sendiri rasa nak hentak kepala aku tengok blog yang macam nak tak nak je dia punya background ni kan . bapak hodoh wa cakap sama lu .

disebabkan sekarang aku makin busy dengan final exam aku kan , so terbukak lak minda aku nak buat entry ni . ni pun aku paksa korek korek dendalam idea aku nak update cerita baru . lepas dah sumbat sumbat pelbagai note note dalam kepala aku . sampai dah besar sebelah dah kepala aku sebab banyak sangat membaca . serious aku rasa macam diri aku tak berguna je kan sekarang , baca note banyak pun nak bagitahu orang , puih . so aku tahu nak dekat hujung tahun ni semua akan ada exam kan . nak nak yang nak PMR . orang selalu kata apa , its around a corner kan . tapi dah tahu around corner tu yang kau pergi hadap blog aku lagi dah kenapa ? nak aku heret kau pergi depan meja lepastu ikat kau guna tali kapal kat kerusi bagi kau duduk hadap buku ? pergi belajar sekarang ! *over acting* then yang nak SPM tu takpe , lama lagi kan , sebulan lagi kan . kau darabkan dengan saat . lagi lama kau rasa . so nak tips exam ? kau dipersilakan baca next paragraph kat bawah ni . aku ajarkan kau cemana . WAJIB !




PERTAMA : MINUM OH MINUM !
okay tajuk kecik dia agak melampau kan . aku bukan suruh kau tonggang arak . sini aku pijak kau kalau berani berani nak tonggang arak . dah tahu haram kan ? kena bakar kat api neraka kang . so minum ni macam biasalah boleh hilangkan mengantuk . nak nak air minarel ke , air masak ke kan . sebab dia ada oxygen dalam air tu . macam kita belajar dalam sains , bila oxygen bercampur dengan 2 hydrogen , dia akan menghasilkan H2O yang mana adalah terkandung dalam air . ewah kemain aku mengajar korang sains kan . kisah pulak korang nak hadap tu semua . opah korang kat kampung pun tahu benda ni . so aku tahu kau kalau mula bukak buku , mulalah kau akan rasa mengantuk lah , nak baringlah kan , tapi kalau hadapkan kau dengan Running Man , terbeliak mata kau jejerit tengok KPop Actor dalam tu . macam aku kalau time hari biasa memang aku menyampah gila minum caffein tau sebab rasa dia kan . tapi bila exam nilah jadi peneman aku . pergi kedai borong nescafe je . sampai Ibu aku terpaksa bank in duit semata mata nak beli nescafe . nasib baik ATM tu takleh bank in nescafe . kalau dah boleh bank in , 6 kilo aku mintak Ibu bank in kan nescafe . tapi Ibu tak tahu pun aku minum caffein . HAHAHAHAHAHA ! *ketawa happy* , dia mana bagi aku minum menatang tu nak exam exam ni . derhaka tak aku tak dengar cakap ? lepasni kalau aku kena sumpah jadi Toyota Avanza jangan tanya kenapalah kan . but then untuk budak budak bawah umur cam korang , minumlah air masak always . baik untuk otak . cuci otak otak kau yang kotor tu . at least ada dua botol kat sebelah kau . gerenti akan rasa segar . tak caya masa baca blog aku ni kau try buat . sambil tu jejoget sikit goyang goyang punggung . mesti tak ngantok , aww aww awww *goyang punggung sambil pegang botol minarel*

KEDUA : SENAMAN RINGAN
kau tahu kan macam mana senaman ringan ? bagi yang otak biru tu silakan pergi dari sini sebelum aku halau kau seret kau tarik rambut kau atas jalan tar . senaman ringan tu bukan aku suruh kau pergi lompat jauh ke , lari baton ke , renang berirama ke , tapi regangkan sikit otot otot kau tu . memang penat kalau kau asyik duduk hadap buku kan . then kau tarik nafas 3 kali ke , regangkan otot leher , tangan , kaki . nak regangkan otot ketiak pun boleh . tapi aku tak pernah cuba lagi . tanggal bulu ketiak satu satu nanti . nak senaman lebih best lagi , kau bukak lagu poco poco lepastu joget joget sikit dalam bilik kau tu . kalau mak kau tetibe sergah ke kan , ajak sekali dia joget . pasti akan jadi lebih indah and merapatkan hubungan kekeluargaan . tapi kalau sesiapa yang kena hentak dengan periuk nasi dengan mak dia sebab memekak tu kan , rawatan perubatan sila bayar sendiri okay . jangan mintak orang lain , salah sendiri . LOL ! hahahahahaha . tapi bagi aku kalau mengantuk tu kau cari je apa apa benda ke yang boleh buat kau ketawa or tersenyum . aku kalau mengantuk time study aku akan geledah lappy aku ke kan , tengok balik gambar gambar lama aku then ketawa sampai tertonggeng tonggeng sensorang sampai keluar airmata sebab serious kelakar nak mati . rasa macam apakah aku zaman dulu dulu . sekarang mungkin dah macam Aaron Aziz kan . okay kau boleh nampak tak aku gedik ? nak rejam aku dengan kasut asadi rasanya dah boleh dah . takpun kalau takda senaman yang terlintas kat dalam kepala hotak kau tu , kau pergi stalk EX kau ke , crush kau ke . kecewa ke tak tu belakang cerita . yang penting kau tak mengantuk bila study .

KETIGA : MAKAN OH MAKAN !
tadi yang pertama hengko dah tengok minum oh minum kan . sekarang wa nak bagi lu makan oh makan pulak . makan pun sama je lebih kurang macam minum . tapi bagi perempuan yang gegedik konon nak jaga badan apa bagai kan , pasti menjadi mimpi ngeri dia bila dengar pasal makan . ala kalau nak naik berat badan tu akan naik jugak , tak kiralah kau makan tempe pun , kalau dah tetap badan kau nak naik tu , akan gemuk tetibe gak . tapi kawallah sikit , bukan makan ikut nafsu buaya darat tembaga kau tu . kan aku dah membebel macam cikgu pendidikan jasmani aku . so before start study tu bawak lah apa apa makanan kat sebelah kau . jangan makan je lebih tapi study entah kemana . beli keropok , nasi lemak , jagung bakar , burger mekdi apa bagai bawak sekali pergi belajar tapi yang kau hadap makanan tu bukan buku . tak boleh jugak macam tu kan , melainkan kau ambik kelas memasak . baru kau boleh nak cerita semua tu kat depan aku . aku lak kalau kat rumah memang kalau aku nak belajar aku bawak tin biskut chipsmore sekali bawak masuk bilik . adik aku sampai pepelok kaki aku tak bagi habiskan chipsmore tu tapi aku ketuk muka dia dengan tin biskut tu dengan alasan nanti aku mengantuk masa study . tapi kalau kat campus memang harapan kau nak dapat makanan yang banyak . ada kedai tak bukak lah , cafe pun tutup dalam pukul 11 camtu . selalu orang belajar dalam pukul 12 keatas kan . then apa je yang ada jual kat cafe ? sampah sarap sisa sisa makanan budak budak . so google jelah kat tenet gambar makanan , tu pun dah boleh buat aku kenyang sampai kentut bau pau kari ayam . kalau susah sangat , kau beli chewing gum banyak banyak lepastu kunyah je sampai dia takda rasa dah . benda tu juga one of makanan yang boleh hilangkan mengantuk .


untuk kali ni , cukup rasanya aku bagi 3 tips dulu . mana tahu kan kalau aku rajin rajin bila ada free time ke kan , aku akan sambung lak TIPS EXAM KEBABOOM PART II . tu pun kalau aku ada masa and rajin . jangan ditanya aku bila sebab aku sendiri pun tak mampu nak jawab . kalau dah datang mood aku pemalas nak mati tu , memang harapan aku nak buat entry . kenkadang sampai 3 minggu aku pemalas nak update . tapi tunggu kau masa cuti semester nanti , kau akan naik muak hadap cerita aku kat blog ni yang tak henti henti . tapi kadang kadang aku sendiri pelik dengan diri aku , padahal idea punyalah kering tau bila nak buat entry , tapi bila buat entry je , dah macam essay SPM dia punya panjang . budak SPM pun terkejut tengok entry blog aku , awwww *kena baling dengan tembikai 6 biji dari Neelofa* . so untuk tips tips kat atas tu ada yang positive and dicampur dengan mengarut mengarut sikit . kau pilihlah yang mana positive tu . tak kan aku nak highlight kan ye tak . so kepada yang tengah nak exam ni , goodluck jawab ! jangan asyik ingat nak kahwin je , dah gatal nau nak kahwin ? buang air besar pun masih bersepah tak masuk lubang jamban lagi ada hati nak tanggung anak orang . fikir masa depan dulu , insyaAllah akan ada someone buat kita jugak nanti . all the best guys !


NOTE : jika ada 4 jam masa untuk belajar , hanya setengah jam sahaja digunakan untuk memandang buku . 3 jam setengah lagi digunakan memandang ke laman sosial .