APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, August 7, 2012

bubur McD

ASSALAMUALAIKUM

dalam hidup ini kita tak boleh selalu tertekan , sebab kalau kita tertekan , kita akan kecewa . fulamak awal awal entry aku dah buat aku menyampah kat diri aku sendiri . puasa ke 18 , yeahh masa memang berlalu dengan pantas . bukan fikir nak raya orang cakap , tapi lagi beberapa hari je nak puasa . puasa ni best tau , tapi tak tahulah bagi korang yang tak reti nak puasa tapi hadap berapa hari lagi nak raya sambil sing hari tu gi korek hidung dendalam then lap kat orang . sekali aku lontar lembing kat muka kau nanti , masuk karingeri.com . first of all *ewah hakoooo speaking , kau hadee ?* aku nak ucapkan congrats kat Dato' Lee Chong Wei , that's mean Chong Wei laaa , bukan Datuk dia . sebab dia berjaya dapat silver for Olimpik . bukan senang kau nak dapat silver apatah lagi emas kan , so yang terloncat loncat nak ice cream Baskin Robbin tu , kau gi rendam je muka kau dalam air sebab malu hegeh hegeh hadap ice cream tu *aku tengah rendam muka aku lahni* . tapi esok kalau kau ketagih nau , boleh gi beratur pukul 8 malam kat sana . aku respect kat personaliti Chong Wei sebab dia tewas dengan bermaruah , bukan macam Lin Dan yang buat aku rasa nak baling dia daripada platform 10 meter yang orang lompat masa renang tu . kalau aku jadi Chong Wei dah aku sebat bontot Lin Dan guna raket before aku naik flight balik Malaysia . and Chong Wei , welcome back to Malaysia *give him Rosnah Mat Aris make up tebal*

so back to story yang aku rasa aku dah tersasar jauh daripada tajuk ni *sambil betulkan tudung hana tajima* . so macam biasa , make sure korang lekatkan mata kat screen lappy hengko supaya kau dapat baca satu satu apa yang aku tulis ni . as we know , Malaysia ni memang terkenal dengan makanan tradisional termasuklah bubur McD yang kaya dengan campuran semula jadinya . eh bubur mekdi makanan tradisional ke ? *then kena hentak guna meja batu oleh menteri kebudayaan* , okay dia bukan makanan tradisional . macam korang tak pernah makan bubur McD pulak kan . hanya dengan RM4.90 korang dah boleh menikmati bubur mekdi yang kaya dengan ramuan rahsianya sehingga korang boleh jadi addicted nak makan benda tu berkali kali sehingga sanggup kau gi beratur panjang semata mata nak makan benda tu . actually dari dulu aku memang suka makan bubur McD ni . orang cakap rasa dia biasa je , tapi bagi aku best . macam korang suka ratah belacan goreng ikan masin cicah dengan mayonis kan , macam tu jugak aku suka makan bubur McD . for those yang tak tahu apa tu , ni dia gambar bubur McD tu .




kau jangan tertipu dengan jumlah ayam yang banyak macam dalam gambar tu . ayam dia dua tiga helai je dalam tu . dua tiga helai pun boleh sebenarnya . selalunya kalau nak balik rumah aku akan lalu depan McD , so that setiap kali lalu tu aku akan pergi drive thru semata mata nak hadap benda ni . tak kisahlah masa tu dia ada offer aku big mac dengan harga yang rendah ke , tapi dalam mata kepala hotak aku hanya ada bubur McD je . macam dipukau oleh kecantikan , keayuan dan kehalusan bubur McD tu , bukan mak cik cashier drive thru tu . then bila dah dapat kepuasan dia macam kau nak leloncat atas bangunan then jatuh ke bawah kemudian mati , jadi hantu , boleh curi bubur McD bebanyak makan sampai buncit . kau hengat ni kelakar ke aizat ? sebenarnya nak buat bubur ayam ni senang je , Ibu kau kat rumah tu pun kau boleh paksa nak buat . tapi larat ke kau nak habiskan sampai satu periuk bubur tu kan , so better kau pergi beli then makan sensorang dalam almari sebab takut adik kau mintak kau makan . memang aku ni abang tak berguna kan . but then kalau benda lain nak boleh , tapi pleaseeeeeeee ! *gaya minah gedik konon cakap kat perempuan gedik lain* tolong jangan ambil bubur McD aku . nak nak bila petang petang kan terfikir pasal bubur ni , on the spot perut aku terus vibrate tergoncang goncang sebab terliur .

so for those yang belum pernah rasa tu , sekarang jugak kau pergi beli bubur ni sebelum aku pijak sensorang then jatuhkan tembikai dalam nam biji kat atas perut kau . yang perempuan lak aku geletek tapak kaki dia lelaju . agak agak over tak aku ? kay lepasni ramailah yang pergi spam aku and report aku kat google . so itu jelah cerita aku pasal bubur McD . tak banyak pun ceritanya tapi supaya kau tahu nanti birthday aku nanti kau bagi aku sorang satu bubur McD . so kalau 10 orang bagi dah dapat 10 . kalau seratus pepandai kau darab sendiri . fuhh gerenti nanti yak yak keluar bubur balik . okay dibenarkan ikat aku kemudian campak dalam wash machine edisi ke 6 . and and and and hai copycaters , tak akan saya punya entry yang ni pun awak nak copy and jadikan cerita awak jugak ? bubur McD je pun kan , so better awak pergi cerita benda lain kay , pasal lemang hari raya ke , kurma Usop Tayob ada misai ke , pasal apa apa pun . and anda sungguh bijak sebab dah disable copy pun masih dapat copy sebijik sebijik . gigih betul menaip . and , puasa ke 18 dah melabuhkan tirai , get ready untuk puasa ke 19 and kita akan masuk ke fasa 20 dan keatas . insyaAllah kalau Allah masih memberikan kita peluang untuk meminjam nafas di muka bumi ini , ingat baca niat puasa dulu sebelum kau nak pergi tidur tu . YUNA FTW ! *agak tiba tiba jugaklah*


NOTE : lepasni kena pasang bom jangka kat blog , bila orang right klik lappy terus meletop , wahh ! sekali aku yang kena

No comments:

Post a Comment