APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, July 23, 2012

Bazaar Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM

jangan disangkakan blog buruk ni takda Aaron Aziz <----- *over buat readers rasa nak melakukan pembunuhan berdarah ke atas aku . so Bulan Puasa ! passed entry aku about wish and pengalaman aku curi curi makan right masa bulan puasa . so sekali lagi aku nak ceritakan pasal pengalaman bulan puasa juga . tahu korang cam rasa nak terajang aku , angkat , then terajang balik je kan sebab tak habis habis dengan cerita aku pasal puasa *kau hengat ni kelakar ke aizat . so far macam mana puasa ? jangan cakap ada yang makan sesorok dalam tandas awam , sekarang gak aku suruh kementerian kerja raya pasang cctv dalam jamban tu sampaikan korang nak yak yak pun aluuuuu . kau pernah dengar apa tu bazaar ? kalau tak tahu aku rasa better kau duduk serumah dengan menteri somalia sebab dia pun entah pasar malam pun tahu ke tak . ewah . so jom cerita sebelum TV plasma 18 inci lekat kat kepala korang dan aku , cambest je bunyi kan .

bila aku pergi bazaar kat campus ni , teringat pulak aku pengalaman masa kekecik pergi bazaar . aku sukakan masa kecil and pengalaman masa kecil sebab aku suka korek semua cerita kat Ibu and Ayah about kitaorang . tapi mostly aku sendiri ingat . even masa aku berak sepah sepah masa kecil pun aku ingat . yes that moment masa kecil memang susah kau nak lupakan . even conversation tu time kau 5 tahun pun tetap kau akan ingat . bagi akulah , bagi korang aku tak tahu , entah mana tahu habit korang ratah semut depan TV sambil tengok cerita Sailormoon kan . so , sambung about bazaar , excited nak pergi bazaar dengan ayah tu macamkan aku dapat jumpa Power Rangers secara LIVE . so that dengan bersikat rambut kemas selak ketepi , pakai handsome bagai , at last sampai je tempat penuh dengan asap . kata baru first time pergi bazaar and masa tu memanglah cam lurus sikit kan . orang cakap pergi longkang pun kau boleh bersiap macam nak pergi tengok konsert Daud Kilau . sampai sampai je terus tanya ayah :

AKU : AYAH , KENAPA MAK CIK TU BAKAR KEDAI DIA ?
AYAH : BUKANLAH DIA TENGAH MASAK TU *then terus dukung aku even masa tu dah 6 tahun !*

yelah kan masa kekecik and comel macam aku mestilah rerebut orang nak culik aku buat menantu kan . simpan aku dalam peti ais kasi stock tunggu sampai anak dia dah besar untuk kahwinkan dengan aku kan , so langkah keselamatan awal ayah aku ambil dengan mendukung aku sepenuh jiwa raga dia . aku lak macam orang gayat tengok kiri kanan macam macam makanan yang aku dapat tengok . semua tu memang aku nak makan sebab masuk 6 tahun aku dah belajar puasa penuh even masa tu badan aku macam jerangkung punya atok sebab puasa kan , asyik asyik lapar lapar lapar . so ayah tanya aku nak makan apa , aku cakap aku nak gula gula . ayah tanya lagi aku nak apa , aku jawab "EH NAK KEROPOK DENGAN GULA GULA DENGAN AIR DENGAN TORA *permainan famous masa kekecik*" then ayah turunkan aku sebab ayah cakap nak berbuka kena makan benda yang berkhasiat then dia belikan aku air tebu . woi manis woi khasiat kemenda ! tengok kederhakaan aku sekarang boleh kena sumpah jadi tilan Vonoo 13 inci . so aku pun cam yeah yeah yeah dapat air tebu tengok orang sebelah punya berlagak cam nak cakap , kau ada ?

then jalan jalan lagi , serious masa tu macam gayat nak mati aku , rasa cam diri aku tak berguna and wajib dijalankan hukuman gantung sampai koma . so aku pun tunjuk kuih sana , sini , sana sini sampailah penuh satu tangan ayah aku mintak . sebab masa kecik kecik memang masa tu bertiga je , abang aku dah besar sikit and memang dia tu pemalas bab bab nak pergi berjalan ni , adik Shyyra aku lak baby lagi , Aiman ? janin pun tak jadi lagi . so akulah yang paling rapat . and masa kecik lak aku suka makan sampaikan badan aku gebu comel handsome kau tahu ?!!!!! <---- nak tunjukkan ke-over-an comel tu . tapi dah besar ni dok jejauh dah macam papan buat tutup pintu jamban kau tahu . then masa kecik kecik sampailah ke besar ni aku punya jenis kalau aku tak suka something tu , aku akan terus terang and straight to the point . tapi kekecik lagi dahsyat mulut aku , kalau takda undang undang dalam dunia ni , memang orang dah sumbatkan seterika edisi baru dalam mulut aku . on the same day juga , at the same place which is bazaar , time tu ayah nak beli murtabak tapi masa kecil kecil aku panggil benda tu roti canai , aku tengok pak cik tu macam pengotor siap peluh peluh dia lap dengan tangan then uli , maybe ayah aku tak perasan kot . then aku tanya ayah :

AKU : AYAH NAK BELI ROTI EH ? *dia kan macam roti
AYAH : SEKEJAP , TURUN KEJAP AYAH NAK BELI
AKU : TAK NAK , PAK CIK NI KOTOR *sambil tunjuk kat pak cik tu

terus ayah aku dukung aku blah sebab orang kiri kanan pandang . how dare aku kan , terus terbatal niat sanubari ayah aku nak beli . whether dia malu ataupun dia geli . then balik gembiralah nak berbuka semua dengan kuih penuh semeja punya excited siap cop cop dengan abang aku mana satu kiuh aku and tak bagi dia makan kuih aku . tapi bila berbuka , punya laju teguk air and makan nasi , kuihnya yang aku makan , karipap sebiji je . Ibu cakap boleh simpan masa sahur . bila sahur memang tak lalu aku nak makan , harapan , at last daripada basi , bagikan entah mana kucing datang merayap entah kat depan rumah aku . yelah , moral of the story from cerita aku ni , even banyak mana pun kita beli makanan time berbuka , sikit je kita akan makan . nafsu makan tu memang tak boleh nak kawal . perut kita ni bukan boleh tetibe besar gedabak time puasa , sama je time sebelum puasa dengan masa puasa . so makan ikut yang mampu . bukan ikut perut orang . kalau ikut perut orang , dengan makcik janda jual nasi ayam rempah tu pun kau nak sebat beli sekali . and the best moment time solat tarawih dengan abang . kitaorang memang rajin ikut ayah pergi masjid sebab boleh main main , niat dah salah dah tu kan . then ikut orang sembahyang kat saf pun rajin gak . kitaorang akan main main sikit sikit , biasalah masa tu budak budak kan . kau tegur macam mana pun dia akan buat . yang bestnya time pak cik pak cik tua kerepot ni tengah sujud , kitaorang akan duduk , then tengok tengok diorang punya punggung . pastu abang akan cakap :

PAK CIK NI PAKAI SPENDER , YANG NI TAK , YANG NI PUN TAK

kau tahu dari mana kitaorang tahu dia pakai ke tak ?  okay , ni khas untuk budak budak kecik je . yang dah besar nak buat hal macam ni memang nak kena hempok dengan pintu kereta . pemikiran lucah betul kan . habis pahala bulan puasa nanti , so makruh baca blog aku masa waktu siang okay ? nanti batal puasa *tetibe* . so until here aku cerita about bazaar and dah jauh merepek . jumpa lagi for the next entry kalau aku masih diberikan nafas untuk memainkan jari aku di keyboard laptop , and ! SELAMAT BERSAHUR 

jangan lupa bisik benda ni kat family korang sebelum sahur : YUSUF TAIYOOB



tadaaaaaaaaaaaaa ! pak usop hang yang sebenar ni hah


NOTE : makan jangan sampai perut tu pecah , nanti nak raya dah takda perut nak makan ketupat

No comments:

Post a Comment