APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, June 3, 2012

you can't be a pencil to write someone's happiness

ASSALAMUALAIKUM


2 TAHUN LALU....
memang dah lama tak buka facebook ni sampai aku rasa status update aku seminggu lepas , so today macam nak buka tapi tak ada satu benda pun aku nak tulis kat aku punya status sebab aku tengok pun orang yang online tak ramai . aku fikir fikir apa yang aku nak buat dengan facebook ni , tak kan nak tengok gambar sendiri kan . aku pergi home tengok update orang kalau menarik , aku pergi profile orang tu . then tiba tiba aku terbuka profile someone yang dah jadi kawan aku dalam facebook tapi kami tak pernah tegur lagi . aku scroll sampai ke bawah . seorang gadis yang manis and simple based on default picture yang dia guna . aku tengok wall dia , dia ada upadate something yang menarik kat status dia . aku senyum and like status kat wall dia , and akulah orang pertama yang like status tu sebab bagi akulah kan , aku rasa status dia menarik even tak menarik kat mata orang lain .

YOU CAN'T BE A PENCIL TO WRITE SOMEONE'S HAPPINESS

then macam biasa kalau buka facebook , kita akan buka macam macam tab kan . dengan youtube semua . so lepas rasa macam dah tak ada apa apa and bosan menghadap benda sama kat facebook , aku pun terus je buka tab youtube and aku biarkan facebook aku sekejap . tengah tengok video kat youtube tu , tiba tiba ada dengar bunyi IM kat facebook . aku biarkan je sebab masa tu kan orang suka bagi kita link suruh like gambar kan . then aku ignore sebab aku malas nak layan sangat , lepas dah lama baru aku akan balas , tu pun kena ikut juga kerajinan aku . lepas je habis aku tengok video tu aku on facebook . aku tengok nama gadis tadi yang aku like status tu IM aku . dalam kepala aku maybe dia nak cakap thanks ke apa kan . dengan slow aku buka IM tu and senyum dengan apa yang dia tulis , macam apa yang aku fikirkan , memang dia nak cakap terima kasih kat aku .

EIJAT ABDULLAH , FIRST PERSON YANG LIKE STATUS I , THANK YOU

and aku just reply dengan smiley senyum sahaja sebab aku masa tu macam malas nak layan sangat kan lagipun masa tu petang , mana ada idea sangat nak borak borak , kalau borak pun tanya tinggal mana , dah makan ke buat apa , semua tu macam dah terlalu biasa untuk orang yang baru kita kenal kan . then aku tutup IM tu , bila aku nak buka balik tab youtube . hati aku macam rasa nak tulis something kat dia punya IM tadi untuk balas balik apa yang dia tulis kat status dia , aku buka balik IM tu and aku reply kat dia

EVEN KITA TAK BOLEH MENULIS KEBAHAGIAAN ORANG LAIN , TAPI KITA MASIH MAMPU BUAT DIA TERSENYUM

then start daripada itulah kami berkawan even mula mula kan aku macam malas nak reply sangat . yes dia memang seorang yang peramah and tak sombong . nak kata dia berlagak tu pun tidak sebab humble tu dah jadi sebahagian daripada hidup dia . bila setiap kali aku online je mesti dia akan tegur aku sebab aku malas nak IM sangat . then makin lama makin rapat and aku makin senang berkawan dengan dia . semua benda dalam hidup dia , dia ceritakan kat aku . and aku pun sama . setiap hari aku akan online facebook tengah tengah malam untuk IM dengan dia even masatu aku ada kerja nak buat . bila aku rasa sedih aku akan ceritakan kat dia , and dialah yang akan get back senyuman aku even dia terpaksa buat lawak yang tak henti henti . ada juga aku tanya kenapa dia rajin sangat reply IM aku , then dia just jawab "tangan I yang bergerak , so jangan tanya I kenapa" . lama lama bila dah berkawan tu , kami pun adalah juga berjumpa , ditemani dengan Isya masa tu sebab dia pun duduk sama negeri dengan aku . just masa tu mana ada lesen kan nak keluar jalan jalan sangat . usia pun muda lagi masatu . then masa keluar bertiga tu dia memang happening walaupun agak kekok kan baru first time jumpa . tapi dia buat macam kami dah lama kenal and berkawan . sampaikan aku dengan Isya dah tak terlayan dengan cakap cakap dia . ada je topik yang dia nak cakap . Isya pun senang berkawan dengan dia even mereka baru kenal .

then bila dah jadi kawan , dia pun kenal dengan family aku , dengan Ibu Norry . and bila aku nak keluar je , aku cakap aku keluar dengan dia , Ibu tak pernah halang . sebab Ibu tahu dia orang yang baik , gadis yang menghormati orang tua . so bila keluar mesti aku akan keluar berempat , aku , dia , Isya and Ayed masa tu . even rumah aku dengan rumah dia dalam satu negeri , tapi nak ke rumah dia tu jauh jugalah . one day , aku dapat friendship card yang pertama daripada dia , and dia kata dia nak aku dengan dia berkawan sampai bila bila even kecil hati macam mana sekalipun . start from that , dia selalu post kat aku friendship card and aku akan balas balik . tak kiralah kad raya ke , kad friendship semua dia akan post kat rumah aku . so bila nak SPM tu masing masing kan dah makin busy , so kami pun dah jarang keluar , dah jarang contact , bila aku online , dia tak online . sometimes bila dia text , aku terlambat reply and dia tak reply dah . rasa macam rindu and dia makin jauh tu ada tapi kena faham jugalah kan masing masing nak fokus kat SPM even masatu baru awal tahun . then makin lama makin diam , terus tak contact dah even kami sama sama online facebook masa tu . sebab aku tahu selalu dia akan tegur aku even kadang kadang aku terlupa nak tegur dia . pernah aku hantar smiley senyum kat dia , tapi dia tak reply . so aku terus offline facebook . then aku pun pelik kenapa dia tiba tiba macam tu kan . so sambil fikir tu aku terus tertidur . esok bila balik sekolah aku online and buka facebook dia balik . aku tengok kat profile dia 

IN A RELATIONSHIP

yang baru je dia buat dengan someone . aku senyum and fikir . mungkin itulah sebab dia berubah kot . sebab dia terus diamkan diri dia and jauhkan diri dia daripada aku . aku pun pelik and tak tahu kenapa . tak akan sebabtu dia jadi macam tu . aku dengan Isya masatu pun in a relationship but takdelah sampai nak ignore dia . tapi disebabkan aku malas nak fikir buruk about dia . aku anggap yang dia busy and tak ada masa untuk aku . so aku pun diamkan sahaja and aku tunggu mana tahu kalau kalau dia tiba tiba contact aku ke kan . tapi bila orang dah mula lupakan kita , kita pun janganlah terus berharap , sebab nanti kita sendiri yang akan terluka dengan semua perbuatan dia . aku pun teruskan hidup tanpa dia lagi sebagai kawan aku . aku semakin lupakan dia tapi bukanlah nak lupakan semuanya , just aku anggap yang dia tak akan ada untuk aku berkawan . sebab bagi aku dia bukanlah kawan sejati aku . sebab kalau kawan sejati , dia akan bersama sama even macam manapun keadaan kita . sejak daripada tu , dia dah tak muncul lagi dalam hidup aku . tak pernah juga aku contact dia or dia contact aku . bukan sebab ego aku , tapi sebab aku hormat dia yang maybe tak nak aku ganggu dia lagi . kadang kadang bila aku check contact , terasa juga nak text dia , tapi aku cancel nak hantar sebab aku fikir maybe dia akan baca , tapi tak akan balas . so aku diamkan .

sampailah hari ni dah dua tahun berlalu , aku masih tak dengar apa apa cerita pun daripada dia . sihat ke dia , dengan siapa dia , macam mana kehidupan dia . tadi masa aku nak kemas barang untuk aku balik campus minggu depan , aku capai satu file yang aku simpan semua kad kad yang pernah dia bagi kat aku . sebab aku simpan kemas benda tu dalam laci kat bilik aku . aku buka and baca , semua tu buat aku teringat balik macam mana aku boleh kenal dengan dia . even semua card tu dia bagi aku dengan perkataan friendship forever , tapi semua tu hanya kata kata yang tertulis kat kad sahaja , bukan yang dia maksudkan . semua tu aku selongkar and baca satu satu . semua kata kata dia buat aku tersenyum tapi dalam pada masa yang sama , semua tu hanya kata kata dari mulut dia je , bukan hati . sebab dia lupakan persahabatan untuk cinta dia yang kekal ke tidak . tapi tak apalah , mungkin itulah kebahagiaan dia . aku tutup balik file aku and simpan kemas dalam laci aku balik . aku hope one day akan ada kad yang boleh aku smpan lagi dalam file tu . aku teruskan kerja kerja aku . maybe one day hati dia akan terbuka untuk cari friendship kami yang dah jauh kami tinggalkan , maybe juga one day nanti aku akan terima satu text atau kad lagi daripada dia , just aku je tak tahu bila kan . so being positive thinker is better dari kita pandang something tu dengan benda yang negatif . sometimes even dia jauh sekalipun , dia kadang kadang masih ingat kat kita , kita je tak tahu bila kan . mungkin ada sebab mereka buat macam ni .

SOMETIMES THE PEOPLE THAT SO FAR AWAY FROM YOU CAN MAKE YOU FEEL MORE BETTER THAN THE PEOPLE BESIDE YOU










No comments:

Post a Comment