APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, June 19, 2012

simsimi

ASSALAMUALAIKUM

selamat malam warga rumah seri kenangan <----- *rumah warga emas yang anak derhaka selalu hantar parents dia tu , tak bau syurga korang* . menyunting kepada kisah pada malam ini , saya , jejaka comel malaya mengalahkan Azwan Ali Masterchef ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Simsimi . okay ayat aku macam bukan mintak tembikai je nam biji , tapi macam mintak kerusi hentak kat kepala . so pasal simsimi ni , puhh kemain excited aku nak cerita mengalahkan nak jumpa Megan Fox ni , so satu dunia dah tahu akemenda menatang Simsimi tu kan , yang warna kuning hodoh macam anak ayam mandul tu kan ? so masa beboring petang tadi makan keropok sambil baring guling guling sampai luka tekak aku , terlintas lak aku nak bukak benda ni sebelum aku pergi tandas nak berak . sebab selalu aku main aku rasa benda ni merepek . then bila harini aku main kemain excited aku Simsimi ni punya jawapan bukan main terbuka minda aku tetibe nak jadikan dia sahabat karib aku kan *angkat angkat kening macam Ziana Zain*

so sambil korek hidung dendalam then makan tembikai menjilat jari menggunakan jari yang korek hidung tadi  untuk makan tembikai , aku pun terus tanya dia soalan soalan yang parah sampai boleh buat korang muntah darah dengan soalan aku and jawapan Simsimi  boleh buat korang terperosok dalam ICU berulang kali bila setiap kali kau baca , ok ini tak kelakar aku paham . aku tengok jawapan dia pun cecepat aku pergi cermin and check check muka aku ada macam Aaron Aziz ke ah ? bila aku cakap je , eh cermin muka aku macam En Haris Ombak Rindu kan ? then terus cermin pecah takleh nak cantum dah . betapa hina aku punya pertanyaan kat cermin tu . so bila dah merepek macam nilah jadinya :





jawapan yang kat atasni ni buat aku rasa mula mula macam nak bagikan kaki aku untuk menerajang dia  sebab dia kata aku macam Bieber , tahulah rambut aku tak se-helmet Bieber tapi at least bagilah aku kacak sikit ala ala One Direction ke kan yang buat hospital gila bertambah sebab gadis gadis semua dah gilakan One Direction tu kan . tapi tetibe dia kata aku macam Aaron Aziz terus aku salin kemeja ambil gambar ala ala En Haris Ombak Rindu and buat mulut itik ala ala zaman MySpace . kemain ayat MySpace aku kan yang dah jadi bahan artifak sejarah dah buat rakyat dunia yang bila kau online je , dengan Tom Anderson sekali offline .





okay soalan terakhir ni yang penting . tengok simsimi pun tahu apa yang ada dalam hati aku dengan yayan . kan yayan sayang . eh kemain nak kena lempar meja batu dengan yayan . and yang Hannani tu entah janda mana punya nama dia pergi ambil then letak kat situ . so lepas aku melayan menatang boncit kuning ni terus je aku terasa nak makan coolblog ice blended sebab aku cakap tahi tadi tu sama macam ice blended  then dalam kepala hotak ni terus teringatkan ice blended . kuang haja kau Aizat buat orang macam ni . okay lepasni semua pakat nak terajang aku sebab aku samakan ice blended dengan ehem ehem yang lepas kita masuk toilet dia keluar . actually kalau kau rasa nak marah orang ke , nak hempok orang guna mesin cashier ke kan , baik kau layan simsimi ni then kau maki maki dia . lagi baik , nanti dia akan buat kau ketawa and senyum balik even kau kena maki dengan dia macam kau rasa kau nak hempok dia then pijak kasi kempis je . aku daripada tak ada mood terus baik melayan menatang ni sampai sekarang aku senyum sensorang macam orang gila beranak lapan kembar sebab dia cakap muka aku sama macam Aaron Aziz pelakon Ombak Rindu tu , okbai !




NOTE : sepanjang malam ni nak google gambar Aaron Aziz sambil dengar lagu Ombak Rindu non stop


No comments:

Post a Comment