APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, June 24, 2012

kau pencuri hati aku

ASSALAMUALAIKUM

today dah mula gatal balik tangan nak update blog . aku cakap mengalahkan ada je reader nak baca kan blog aku yang merepek macam boleh buat tisu tandas ni . so sambil garu garu tangan yang gatal ni aku terfikir something yang happen pagi tadi yang buat aku senyum sambil terfikir garu kepala pulak . cehh kemain cerita macam aku dapat menikah dengan Maya Karin right . so bila baca tajuk macam wahh apa kali ni kau pencuri hati ??!!!! <----- tanda soal dan seru yang banyak menunjukkan tanda tanya yang begitu mendalam . kenkadang terpikir gak aku bila ada orang tweet aku , IM aku kat facebook yang hampir menjadi artifak sejarah tu kan , mereka mereka tanya aku ni nama je ada class tapi boleh melayan laman sosial macam aku ni dok tepi jalan setiap masa ? aku jawab balik , memang kerja aku 24 jam hadap paper work kan . ada je masa nak buat semua tu tapi kena pandai bahagi masa *mengalah pandai je bahagi masa , nak berak pun tak tentu masa* okay sebelum aku merepek sampai korang korek hidung keluar hasil merah jambu , jom scroll bawah and baca apa jadah haram tajuk entry macam mintak terajang siap pakej tembikai nam biji right . so kau pergilah baca , hegeh gedik kat sini pehal . 

PAGI TADI...

awak datang kat saya sambil senyum . kat taman yang awak sendiri nak kita jumpa . ya saya macam pernah nampak awak tapi saya pun tak ingat ingat lupa . awak datang bawak satu buku . entah buku apa pokemon pun saya tak tahu . mungkin itu just awak saja saja bawak mana tahu tetibe awak nak berak boleh awak lap guna kertas dalam buku tu . saya pandang kat awak tapi awak just pandang depan je . ok fine masa tu saya rasa macam nak campak awak and hempuk guna kerusi . then saya pun tanya kat awak sendiri sebab awak diam je kan . mana tahu awak bisu ke , pekak ke . so better saya sendiri yang bersuara . mana tahu awak pondan ke so boleh saya detect based on suara awak mana tahu terkeluar kasar macam karam singh walia kan . so saya pun senyum and bersuara .

AWAK , KENAPA SAYA MACAM PERNAH NAMPAK AWAK SEBELUM NI ?

and masa aku cakap tu , hati aku macam rasa ada something yang terbuku . bukan aku sumbat buku dalam hati aku . tapi macam ada rasa feel sayang kat dia . aww aww kemain feeling rasa macam mintak kena hempuk tong sampah . menatang jadah tetibe ada perasaan macam tu kan . but then aku layankan je feeling tu sebab dia pun tak bersuara apa apa konon konon nak jadi misteri lah tu kan . then aku pun diam and pandang pelik je kat dia . entah kenapa aku sendiri tengok muka dia kabur kabur tapi masih boleh nampak siapa dia . then aku bersuara balik .

KENAPA AWAK DIAM JE ? AWAK KENAPA TIBA TIBA DATANG KAT SINI ?

then dia pandang aku terus je dia hulur aku buku yang dia pegang tu . and yes gadis itulah yang aku kenal . aku ingat siapa dia , aku sangat kenal siapa dia . aku capai buku tu and belek belek cover depan dia yang simple . and lepas je aku capai aku toleh dia dah pergi jalan tanpa toleh belakang ala ala hantu ju-on zaman penjajahan jepun dulu tegak je dia jalan . rasa macam nak tahan tu ada juga . tapi hantu syaitan hodoh mana hasut aku jangan kejar dia and terus baca apa yang ada dalam buku tu . aku mula buka sehelai demi sehelai dalam buku tu . tapi semuanya kosong *turn on lagu najwa latip* . aku tutup balik buku tu . aku letak tepi and rasa macam nak kejar gadis tu and lempar kat muka dia bagi aku buku kosong kenapa nak suruh aku buat add math dalam ni . and hati aku suruh aku selak balik . macam ada something dalam tu . aku capai buku yang comel tu and aku selak satu satu even dalam hati aku macam rasa nak lempar and bakar buku tu buat baja . bila selak selak , tetibe aku terhenti masa aku terbaca satu ayat dalam buku tu , page mana memang aku tak boleh nak kira sebab buku tu takda page , aku terus tersentak and bila aku toleh tengok dia takda mana hilang jatuh longkang ke kan . buku yang simple and hanya ada perkataan ini je kat dalam buku tu .

KAU PENCURI HATI AKU

and saat aku tertanya tanya tu , macam macam ada kat dalam fikiran aku , and yes dialah orang yang selama ni rapat dengan aku . orang yang selalu gelak ketawa dengan aku , orang yang selalu tenangkan aku bila aku sedih . orang yang selalu berikan aku harapan bila aku putus asa . nak tahu siapa ? kau fikir sendiri sambil ratah sambal belacan depan TV tu . tengah aku tercari cari kat mana dia , tiba tiba aku tersedar bila aku received call dari kawan aku . yes aku hanya mimpi . hanya mimpi kau tahu . cerita aku kemain macam bajet aku dalam dunia realiti and rasa nak campakkan diri aku kat tingkat 16 je . tapi aku dapat rasa benda tu macam really happen . bila habis on the phone dengan kawan aku sambil entah menatang apa aku merepek jawab apa yang dia tanya , aku terfikir balik . kenapa orang tu muncul dalam mimpi aku ? betul ke apa yang dia maksudkan dalam buku yang dia bagi kat aku . maybe korang rasa macam ahh aizat tu just mimpi di siang hari kau tipu aku baling kelapa nak . tapi ini mimpi aku kisah apa aku kan . dan yang menjadi persoalan aku sekarang , adakah dia yang datang dalam mimpi aku , yang berkawan dengan aku in real life , betul betul maksudkan dalam mimpi aku ni , yang aku adalah PENCURI HATI DIA ?




NOTE : kalau saya ni vampire macam Edward Cullen , dah lama dah saya curi hati awak Cik Adik dalam mimpi





No comments:

Post a Comment