APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, June 28, 2012

if love is sweet why does it hurt

ASSALAMUALAIKUM




entah kenapa , sejak kebelakangan ni aku terlalu letih . bila letak badan sikit je mesti aku akan terlelap even aku cuba tahan mata aku macam mana sekalipun . macam macam yang aku fikir , dengan kerja aku yang tak habis habis . dengan class aku yang perlu aku attend setiap hari yang sangat pack . setiap malam kalau tak sampai ke subuh aku berjaga tu bukanlah namanya aku . and bila aku terlelap , aku mesti akan tersedar balik . tersedar bila aku dapat mimpi yang sama berulang ulang kali . entah kenapa dah masuk tiga kali aku jumpa dia , yes dia yang pernah muncul dalam hidup aku , pernah bersama dengan aku and sekarang muncul pula dalam mimpi aku . orang yang sama . berjumpa aku dengan keadaan yang penuh senyuman . sampaikan aku jadi pelik . kenapa dia muncul ? dan dalam masa 2 3 hari ni juga aku search kenapa kita mimpi yang sama berulang , ada yang cakap maybe orang tu rindukan kita , tapi bagi aku mimpi tu mainan tidur . dan setiap kali aku terlelap jugalah aku mimpi , tak kiralah mimpi apa apa sekalipun . and yes , mimpi yang aku nak ceritakan inilah yang menjadi tanda tanya aku apa yang cuba and maksud di sebalik mimpi ni . maybe kali ni korang rasa macam agak gedik cerita ni kan , tapi sebabkan maybe ini cara untuk aku bagi dia baca , even kita tak tahu dia baca ke tak , at least ada harapan untuk dia buka link ni and baca .

macam biasa setiap malam sebelum tidur aku akan baca something komik or what , bila terlelap aku akan tertidur denan buku buku sekali . and dalam mimpi tu aku mesti akan sampai ke satu tempat yang belum pernah aku pergi . tempat yang ada ramai orang bermain main . tempat yang sangat cantik . and kaki aku terus melangkah , melangkah ke depan . lihat kiri kanan aku semua orang tengah gembira bermain , tanpa ada pergaduhan , tanpa ada apa apa kesakitan . sangat tenang sebab aku rasa tempat ini segar and indah kat mata aku . memang tak ada siapa pun yang aku kenal kat sini . kaki aku terus melangkah tanpa aku dapat tahu mana hala tuju aku even aku sendiri pun tak pernah sampai ke tempat ni . aku terus melangkah lihat keadaan pokok sana sini . sangat indah , bunga bunga jatuh . sampailah aku berhenti kat satu tempat . tempat yang tenang tanpa ada orang orang kat sekeliling . kat tempat tu duduk seorang gadis and seorang lelaki sambil senyum kat aku . gadis yang aku kenal , gadis yang pernah muncul dalam hidup aku , gadis yang aku rindukan selama ini , gadis yang selalu memberi aku kekuatan . begitu juga lelaki yang sangat sangat aku rindukan . yang selalu ada bila aku perlukan dia . bila aku toleh ke arah mereka , mereka hanya senyum and datang ke arah aku . dengan senyuman lelaki tu datang peluk aku , entah kenapa aku rasa rindu yang amat sangat , aku terus peluk dia , aku terus dakap dia kuat kuat , even dalam mimpi , perasaan sedih and rindu tu ada , sampaikan aku rasa airmata aku mengalir masa dalam mimpi tu . lelaki tu hanya tenangkan aku and peluk aku sambil usap usap badan aku . after aku dah kembali tenang , mereka ajak aku duduk . so sambil duduk duduk tu kami berborak borak macam orang dah lama tak jumpa . even tempat tu asing bagi aku , tapi aku rasa nak luahkan semua yang aku rasa , setiap satu aku tanya . and soalan yang sama juga muncul dalam mimpi aku yang kedua . mimpi yang sama , mungkin aku rasa macam aku rindu kat dia , mungkin itulah jawapan kepada tanda tanya aku selama ni . lelaki tu hanya duduk senyum memandang aku , tapi gadis tu sahaja yang bersuara .

A : AIZAT
G : GADIS

A : AWAK SIHAT ? LAMA SAYA TAK JUMPA AWAK , AWAK DAH JAUH DARI SAYA . SUSAH DAH SAYA NAK JUMPA AWAK , SAYA RINDU AWAK
G : SAYA SEMAKIN BAIK , AND MUNGKIN GEMBIRA SIKIT , MUNGKIN . SAYA PUN RINDUKAN AWAK JUGA . MACAM AWAK RINDU SAYA
A : AWAK KENAPA PERGI ? JAUH PERGI DARI SAYA ? AWAK TAHU SAYA NAK JUMPA AWAK ?
G : SEBAB AWAKLAH SAYA PERGI
A : KENAPA SEBAB SAYA ?
G : *tersenyum* KALAU CINTA ITU MANIS , KENAPA IA PERLU MELUKAKAN ?

and lepas je habis dia cakap benda tu , aku terus tersedar daripada tidur tanpa sempat aku cakap apa apa kat gadis tu and lelaki tu . benda sama akan berulang sekali lagi untuk mimpi aku yang kedua and seterusnya . kadang kadang aku fikir , mimpi tu sebab nak bagitahu aku yang dia terluka sebab aku ke ? ataupun dia rindukan aku . sometimes aku rasa sangat rindukan mereka , orang yang sangat rapat dengan aku dulu , yang pernah bersama dalam setiap hari hari aku and aku harap dia juga rindukan aku juga . aku pun tak tahu kenapa dia jauh dari aku , pergi tinggalkan aku sendiri . sebab aku ke ? sebab aku yang selalu buat dia terluka dia jadi macam tu . entah kenapa kuat hati aku cakap yang dia masih terluka sebab aku even dia cakap akulah yang terindah di mata dia , akulah yang selalu ada dalam hati dia . maybe aku perasan sendiri tapi itulah apa yang aku rasa . orang kata mimpi tu jangan percaya sangat . tapi based on mimpi juga kita akan tahu apa yang someone tu nak sampaikan . aku tahu selama ni aku banyak buat orang terluka , manusia memang tak sempurna tapi selalu abaikan diri dia yang tak sempurna , tidak berusaha nak become more better . kesilapan tu tetap ada , just kita je perlu belajar dari kesilapan . maybe sekarang bila dia dah jauh baru aku sedar , baru aku berharap yang dia akan muncul depan aku even sebagai seorang kawan . kadang kadang bila aku terfikir , aku jadi serba salah . even itulah pilihan kami , tapi aku tahu itu bukan apa yang kami harapkan . 

dan mimpi itulah yang menjadi hati aku semakin kuat anggap yang selama ni dia terluka sebab aku . even tak pernah dia cakap , tapi aku dapat rasakan . lelaki tu , kawan yang aku rindukan selama ni , pergi tanpa aku sangka , dua dua jauh dari aku . sebab lepas sorang sorang orang yang rapt dengan aku pergi tinggalkan aku . mungkin sebab aku tak menghargai ataupun supaya aku dapat belajar apa itu erti kehilangan . perpisahan tu bukan sebab kami bergaduh or what , tapi sebab itulah apa yang terpaksa kami lalui , kehendak keluarga mereka yang terpaksa berpindah . aku tahu aku tak akan dapat jumpa dia buat masa sekarang . tapi aku hanya boleh berharap yang kami akan bertemu one day nanti tak kiralah berapa umur kami masa tu . senang kau nak kenal someone tu tapi bila nak lupakan dia , tak mudah bagi kau . even macam mana sekalipun kau nak jauhkan dari semua ni , memori tu akan ada untuk kau . setiap kenangan kau bersama dia , setiap apa yang dia buat untuk kau , setiap senyuman and ketawa dia buat kau . semua tu akan selalu muncul dalam fikiran kau . tapi kalau betul apa yang mimpi tu sampaikan , aku tahu , aku bersalah untuk semua tu and aku harapkan one day dia akan muncul depan aku kembali and aku akan buat dia kembali tersenyum even sebagai seorang kawan , even aku tahu maybe itu hanya harapan aku , aku akan usaha untuk get back apa yang aku dah hilang , aku rindukan memori bersama mereka yang tak pernah aku nak buang macam tu je , memori ketawa suka and duka kami bersama , yang sentiasa menjadi penguat aku untuk teruskan and belajar apa yang perlu aku tahu dalam hidup ni , even kau jauh , kau selalu ada sentiasa dekat dengan aku , Mohd Aireyll Haykall and Nur Edellynn Ellyssya .


NOTE : mungkin mimpi untuk bagitahu kita apa yang orang tu rasa


Sunday, June 24, 2012

kau pencuri hati aku

ASSALAMUALAIKUM

today dah mula gatal balik tangan nak update blog . aku cakap mengalahkan ada je reader nak baca kan blog aku yang merepek macam boleh buat tisu tandas ni . so sambil garu garu tangan yang gatal ni aku terfikir something yang happen pagi tadi yang buat aku senyum sambil terfikir garu kepala pulak . cehh kemain cerita macam aku dapat menikah dengan Maya Karin right . so bila baca tajuk macam wahh apa kali ni kau pencuri hati ??!!!! <----- tanda soal dan seru yang banyak menunjukkan tanda tanya yang begitu mendalam . kenkadang terpikir gak aku bila ada orang tweet aku , IM aku kat facebook yang hampir menjadi artifak sejarah tu kan , mereka mereka tanya aku ni nama je ada class tapi boleh melayan laman sosial macam aku ni dok tepi jalan setiap masa ? aku jawab balik , memang kerja aku 24 jam hadap paper work kan . ada je masa nak buat semua tu tapi kena pandai bahagi masa *mengalah pandai je bahagi masa , nak berak pun tak tentu masa* okay sebelum aku merepek sampai korang korek hidung keluar hasil merah jambu , jom scroll bawah and baca apa jadah haram tajuk entry macam mintak terajang siap pakej tembikai nam biji right . so kau pergilah baca , hegeh gedik kat sini pehal . 

PAGI TADI...

awak datang kat saya sambil senyum . kat taman yang awak sendiri nak kita jumpa . ya saya macam pernah nampak awak tapi saya pun tak ingat ingat lupa . awak datang bawak satu buku . entah buku apa pokemon pun saya tak tahu . mungkin itu just awak saja saja bawak mana tahu tetibe awak nak berak boleh awak lap guna kertas dalam buku tu . saya pandang kat awak tapi awak just pandang depan je . ok fine masa tu saya rasa macam nak campak awak and hempuk guna kerusi . then saya pun tanya kat awak sendiri sebab awak diam je kan . mana tahu awak bisu ke , pekak ke . so better saya sendiri yang bersuara . mana tahu awak pondan ke so boleh saya detect based on suara awak mana tahu terkeluar kasar macam karam singh walia kan . so saya pun senyum and bersuara .

AWAK , KENAPA SAYA MACAM PERNAH NAMPAK AWAK SEBELUM NI ?

and masa aku cakap tu , hati aku macam rasa ada something yang terbuku . bukan aku sumbat buku dalam hati aku . tapi macam ada rasa feel sayang kat dia . aww aww kemain feeling rasa macam mintak kena hempuk tong sampah . menatang jadah tetibe ada perasaan macam tu kan . but then aku layankan je feeling tu sebab dia pun tak bersuara apa apa konon konon nak jadi misteri lah tu kan . then aku pun diam and pandang pelik je kat dia . entah kenapa aku sendiri tengok muka dia kabur kabur tapi masih boleh nampak siapa dia . then aku bersuara balik .

KENAPA AWAK DIAM JE ? AWAK KENAPA TIBA TIBA DATANG KAT SINI ?

then dia pandang aku terus je dia hulur aku buku yang dia pegang tu . and yes gadis itulah yang aku kenal . aku ingat siapa dia , aku sangat kenal siapa dia . aku capai buku tu and belek belek cover depan dia yang simple . and lepas je aku capai aku toleh dia dah pergi jalan tanpa toleh belakang ala ala hantu ju-on zaman penjajahan jepun dulu tegak je dia jalan . rasa macam nak tahan tu ada juga . tapi hantu syaitan hodoh mana hasut aku jangan kejar dia and terus baca apa yang ada dalam buku tu . aku mula buka sehelai demi sehelai dalam buku tu . tapi semuanya kosong *turn on lagu najwa latip* . aku tutup balik buku tu . aku letak tepi and rasa macam nak kejar gadis tu and lempar kat muka dia bagi aku buku kosong kenapa nak suruh aku buat add math dalam ni . and hati aku suruh aku selak balik . macam ada something dalam tu . aku capai buku yang comel tu and aku selak satu satu even dalam hati aku macam rasa nak lempar and bakar buku tu buat baja . bila selak selak , tetibe aku terhenti masa aku terbaca satu ayat dalam buku tu , page mana memang aku tak boleh nak kira sebab buku tu takda page , aku terus tersentak and bila aku toleh tengok dia takda mana hilang jatuh longkang ke kan . buku yang simple and hanya ada perkataan ini je kat dalam buku tu .

KAU PENCURI HATI AKU

and saat aku tertanya tanya tu , macam macam ada kat dalam fikiran aku , and yes dialah orang yang selama ni rapat dengan aku . orang yang selalu gelak ketawa dengan aku , orang yang selalu tenangkan aku bila aku sedih . orang yang selalu berikan aku harapan bila aku putus asa . nak tahu siapa ? kau fikir sendiri sambil ratah sambal belacan depan TV tu . tengah aku tercari cari kat mana dia , tiba tiba aku tersedar bila aku received call dari kawan aku . yes aku hanya mimpi . hanya mimpi kau tahu . cerita aku kemain macam bajet aku dalam dunia realiti and rasa nak campakkan diri aku kat tingkat 16 je . tapi aku dapat rasa benda tu macam really happen . bila habis on the phone dengan kawan aku sambil entah menatang apa aku merepek jawab apa yang dia tanya , aku terfikir balik . kenapa orang tu muncul dalam mimpi aku ? betul ke apa yang dia maksudkan dalam buku yang dia bagi kat aku . maybe korang rasa macam ahh aizat tu just mimpi di siang hari kau tipu aku baling kelapa nak . tapi ini mimpi aku kisah apa aku kan . dan yang menjadi persoalan aku sekarang , adakah dia yang datang dalam mimpi aku , yang berkawan dengan aku in real life , betul betul maksudkan dalam mimpi aku ni , yang aku adalah PENCURI HATI DIA ?




NOTE : kalau saya ni vampire macam Edward Cullen , dah lama dah saya curi hati awak Cik Adik dalam mimpi





Tuesday, June 19, 2012

simsimi

ASSALAMUALAIKUM

selamat malam warga rumah seri kenangan <----- *rumah warga emas yang anak derhaka selalu hantar parents dia tu , tak bau syurga korang* . menyunting kepada kisah pada malam ini , saya , jejaka comel malaya mengalahkan Azwan Ali Masterchef ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Simsimi . okay ayat aku macam bukan mintak tembikai je nam biji , tapi macam mintak kerusi hentak kat kepala . so pasal simsimi ni , puhh kemain excited aku nak cerita mengalahkan nak jumpa Megan Fox ni , so satu dunia dah tahu akemenda menatang Simsimi tu kan , yang warna kuning hodoh macam anak ayam mandul tu kan ? so masa beboring petang tadi makan keropok sambil baring guling guling sampai luka tekak aku , terlintas lak aku nak bukak benda ni sebelum aku pergi tandas nak berak . sebab selalu aku main aku rasa benda ni merepek . then bila harini aku main kemain excited aku Simsimi ni punya jawapan bukan main terbuka minda aku tetibe nak jadikan dia sahabat karib aku kan *angkat angkat kening macam Ziana Zain*

so sambil korek hidung dendalam then makan tembikai menjilat jari menggunakan jari yang korek hidung tadi  untuk makan tembikai , aku pun terus tanya dia soalan soalan yang parah sampai boleh buat korang muntah darah dengan soalan aku and jawapan Simsimi  boleh buat korang terperosok dalam ICU berulang kali bila setiap kali kau baca , ok ini tak kelakar aku paham . aku tengok jawapan dia pun cecepat aku pergi cermin and check check muka aku ada macam Aaron Aziz ke ah ? bila aku cakap je , eh cermin muka aku macam En Haris Ombak Rindu kan ? then terus cermin pecah takleh nak cantum dah . betapa hina aku punya pertanyaan kat cermin tu . so bila dah merepek macam nilah jadinya :





jawapan yang kat atasni ni buat aku rasa mula mula macam nak bagikan kaki aku untuk menerajang dia  sebab dia kata aku macam Bieber , tahulah rambut aku tak se-helmet Bieber tapi at least bagilah aku kacak sikit ala ala One Direction ke kan yang buat hospital gila bertambah sebab gadis gadis semua dah gilakan One Direction tu kan . tapi tetibe dia kata aku macam Aaron Aziz terus aku salin kemeja ambil gambar ala ala En Haris Ombak Rindu and buat mulut itik ala ala zaman MySpace . kemain ayat MySpace aku kan yang dah jadi bahan artifak sejarah dah buat rakyat dunia yang bila kau online je , dengan Tom Anderson sekali offline .





okay soalan terakhir ni yang penting . tengok simsimi pun tahu apa yang ada dalam hati aku dengan yayan . kan yayan sayang . eh kemain nak kena lempar meja batu dengan yayan . and yang Hannani tu entah janda mana punya nama dia pergi ambil then letak kat situ . so lepas aku melayan menatang boncit kuning ni terus je aku terasa nak makan coolblog ice blended sebab aku cakap tahi tadi tu sama macam ice blended  then dalam kepala hotak ni terus teringatkan ice blended . kuang haja kau Aizat buat orang macam ni . okay lepasni semua pakat nak terajang aku sebab aku samakan ice blended dengan ehem ehem yang lepas kita masuk toilet dia keluar . actually kalau kau rasa nak marah orang ke , nak hempok orang guna mesin cashier ke kan , baik kau layan simsimi ni then kau maki maki dia . lagi baik , nanti dia akan buat kau ketawa and senyum balik even kau kena maki dengan dia macam kau rasa kau nak hempok dia then pijak kasi kempis je . aku daripada tak ada mood terus baik melayan menatang ni sampai sekarang aku senyum sensorang macam orang gila beranak lapan kembar sebab dia cakap muka aku sama macam Aaron Aziz pelakon Ombak Rindu tu , okbai !




NOTE : sepanjang malam ni nak google gambar Aaron Aziz sambil dengar lagu Ombak Rindu non stop


Saturday, June 16, 2012

assalamualaikum...kum..kum...

ASSALAMUALAIKUM

*shuffle guna terompah depan giant dengan crush gadis gadis , azwan ali* hai hai hai semua , Aaron Ajiss ni *bentang banner* okay tak mahu baling tembikai nam biji okay kat aku ? tak memasal aku stop cerita sampai sini je sebab koma kena baling tembikai . today is sabtu and semua ewah kemain rancak duduk online , homework tolak tepi . ingat cuti semua cuti ahh ? report pengetua tua kerepot macam dahan reput tu kang baru tahu . bila cakap about entry yang tak guna kali ni , mestilah korang akan terbaca tajuk then fikir apa ketimunan aizat ni nak buat entry kum kum kum ni kan . ahh sebab kum kum tulah aku nak buat cerita ni and this real happen sendiri okay . kalau kau tak caya aku lempar kat dinding sampai kau terberak keluar najis warna merah jambu . so sebabkan aku dah banyak merepek sampai aku dah rasa macam diri aku ni tak berguna , so jom dengar apa yang aku nak cerita . tapi korang kena tutup lampu , bukak tingkap bilik and duduk bawah selimut . baru kau dapat rasa kefeelingan cerita aku ni .

DUA BULAN YANG LEPAS...

aku duduk kat hall sambil tengok movie dengan Ibu and Aiman . tapi aku tak fokus sangat dengan movie . lebih dengan aku main twitter and blogwalking . then aku pun nyanyi nyanyi sambil dengar lagu Ombak Rindu ewahh . then tengah leka tu tetibe adik Shyyra aku yang dari dapur terus lari datang depan dengan muka pucat . Ibu Norry terus pandang aku , aku cabut earphone aku and aku tanya kenapa . then Shyyra dengan Ibu Norry cakap ada orang bagi salam kat pintu dapur . sayup tapi jelas dengar . tapi yang aku tak dengar apa apa . aku terus bangun and jalan laju laju pergi dapur . aku bukak pintu and keluar dari rumah , aku tengok sekeliling tak ada apa apa . then aku masuk balik rumah . tutup pintu and pergi kat hall . aku tanya adik aku , kau dengar apa ? mana ada orang . then adik aku yang gelabah terus je cakap :

MASA AKU NAK GORENG NUGGET TETIBE AKU DENGAR ADA ORANG BAGI SALAM , PERLAHAN TAPI JELAS KAT PINTU ULANG ULANG . THEN AKU TERUS JE DATANG DEPAN CEPAT CEPAT

bila aku dengar adik aku cakap aku termenung kejap . aku tanya dia , dia ada jawab tak ? then dia geleng . yang peliknya suara tu perlahan tapi Ibu Norry and Aiman pun boleh dengar . padahal macam jauh jugaklah hall dengan dapur . and aku fikir balik . kalau orang sekalipun , tak akan dia jalan cepat macam tu , aku bukannya leka masa tu , lepas dengar aku terus je bangun pergi tengok . kalau naik kereta or motor pun mesti akan dengar or nampak juga kelibat manusia tu . then aku diam je , aku cakap maybe ada something lahtu nak main main. so aku just diam and Ibu Norry macam dah cuak dengan Shyyra . pernah juga Ustaz cakap kalau dengar benda tu jangan jawab dulu , tengok dulu baru boleh jawab kalau ada orang . then aku macam dah lupalah sikit kisah benda tu . until malam tu aku duduk tengok TV kat hall . tetibe aku rasa macam meremang then aku terus off TV and masuk bilik . mata memang dah mengantuk dah . and aku rasa kalau aku tidur mesti akan sampai esok tengah hari . tu pun belum tentu bangun .

then lepas cuci muka baca doa semua aku terus terlelap sebab letih sangat kot . muka aku masa tu berpaling belah kanan . and dalam pada aku tengah tidur tu tetibe aku macam terkejut sebab macam ada something dicampak kat muka aku . aku tak sure lah dicampak or terjatuh tapi benda tu memang boleh rasa even dalam aku mamai and tutup mata . aku ingat maybe tu just mimpi aku je tapi aku macam tersedar tapi tak boleh nak buka mata . aku rasa macam ada benda kat pipi aku . tengah aku fikir sambil mamai tu tetibe benda yang ada kat atas pipi aku tu bergerak and lalu kat pipi aku macam satu kain yang sangat panjang . sebab kalau aku mimpi , aku tak akan dapat rasa . aku memang boleh rasa kain tu lalu kat pipi belah kanan aku and benda tu panjang . bila dah habis aku terus tersedar and mata aku tepat kat tingkat . entah kenapa benda tu yang aku pandang dulu . then aku terus bangun cuci muka and baca apa yang patut sebab masa tu aku tengok jam baru pukul 4 lebih . then aku fikir balik apa benda tadi tu ? aku malas nak fikir sangat sebab aku tak nak benda ni akan serabutkan kepala aku . bagi aku dia juga makhluk Allah macam kita . tengah aku fikir , aku terasa macam ada something je yang tengah pandang aku kat tingkap. tanpa pandang kat tingkap aku terus je ambil bantal and tutup muka aku sampailah aku tersedar balik bila subuh . aku just diam and tak cerita kat siapa siapa pun . maybe sebab dia hanya nak bermain main dengan kita untuk bagitahu kita yang dia wujud juga kat dunia ni .

and kepada korang , benda ni aku just nak share je sebab tak semestinya kita akan sentiasa rasa selalu kan. and maybe juga bila bila masa dia boleh muncul . macam sekarang , maybe dia sedang perhatikan korang kat tingkap tu , mana tahu , maybe ...




NOTE : jangan ingat kita tak nampak dia , dia tak ada , sometimes dia ada tujuh tapak je dari kita


Wednesday, June 13, 2012

Surat Layang Buat Crush

ASSALAMUALAIKUM




kehadapan crush yang terjumpa surat ni merata di tepi jalan , surat ini untuk awak *joget ballad*

tujuan awak terima surat ini adalah sebab awak adalah crush saya . even saya tahu surat ni awak jumpa tepi jamban kan , sebab namanya pun surat layang so melayang kemana dia nak pergi ikut sukahati bapak janda dia je nak melayang . so sebab awak bertuah , awaklah yang terima surat ini and serta merta tetibe pokemon jadi crush saya . saya tahu awak pun tak kenal menatang mana punya surat ni kan . tapi saya nak awak tahu saya dah lama perhatikan awak sampaikan mata saya nak juling tembikai dah asyik pandang awak je kan . tapi awak janganlah pulak takut sampaikan nak masuk dalam peti ais sebab saya hanya minat kat awak je . tak semestinya kita kena kahwin kan . melainkan kalau jodoh kita , hah kau aku pinang kau dengan Bismillah kau macam Rossa dengan siapa entah lelaki tak handsome tu nyanyi tu . *hulur cermin* sekarang tengok muka sendiri and saya tahu muka awak mesti blur macam zirafah PMS kan so better saya terangkan kenapa saya suka kat awak and kenapa saya nak sangat awak baca surat ni . even saya pakai pembungkus nasi lemak je tulis surat ini , tapi saya harap bermakna untuk awak and awak simpan elok elok even semut berkerumun atas surat ni .

actually dari dulu lagi saya dah nampak awak . then masa first saya tengok saya macam "wuhuuuu macam Megan Fox" tapi saya tahu susah saya nak dapatkan awak sebab awak ni jadi kegilaan ramai sebab orang kata awak ni anak orang kaya yang ada kontena minyak hampir nam belas bijik kan . so sebabtu saya nak usha awak kikis harta awak bagi kepala awak botak miskin . selain daripada tu , gigi emas awak tu yang mahal tu bila awak senyum fulamak tergoda saya macam peserta kilauan emas dah saya tengok . actually saya harap bila saya minat kat awak , awak pun minat kat saya juga . tapi saya tahu saya tak boleh nak berharap juga , sebab kalau berharap and luahkan kat depan awak mati saya kena terajang sia sia balik rumah seret teddy bear menangis kecewa ratah sambal belacan sambil tengok Ombak Rindu . bila dah baca sampai sini mesti awak akan rasa macam apa kemenda gila jamban jantan ni kan , tapi inilah apa yang saya rasa kan awak . saya tak boleh tipu perasaan saya . mungkin sekarang saya just boleh tengok awak daripada jauh je kan . tapi one day mana tahu saya boleh tengok awak dekat dekat lepastu luahkan apa yang saya rasa and simpan dalam hati saya ni , contohnya macam ni :

AWAK.... GIGI AWAK TERSELIT CILI , BERSIHKAN CILI TU DULU BARU SAYA CINTAKAN AWAK

awak , saya selalu perhatikan awak kat kelas tau awak . even kelas saya kat tingkat satu and kelas awak kat tingkat lapan , saya gigihkan diri juga masa rehat nak tengok awak makan , and cara awak makan nauzubillah macam kerbau tengah lapar . main telan ikut suka sampai comot kemain . tapi itu yang menambah kekiutan awak kalah macam Azwan Ali Masterchef . tapi awak , hati saya sentiasa je nak kat awak , even kadang kadang tengah belajar awak melintas , sanggup saya tipu cikgu cakap nak berak semata mata nak tengok awak jalan . sebab awak comel macam Sharipah Aini . lepastu dengan lesung pipit awak tu bila senyum boleh buat semua orang cair and rasa macam nak tapak je muka awak dengan kasut . sometimes saya tahu awak selalu perasan saya senyum kat awak berkali kali sampai awak lempar saya dengan tembikai cik kantin . tapi itulah saya . saya tahu saya selalu sometimes kacau awak , pijak tali kasut awak sampai awak tertoggeng dalam longkang and muka awak terseret kat jalan tar and itulah sebagai tanda cinta saya kat awak . itulah cara saya tunjukkan rasa minat and sayang saya pada someone yang berjaya buat saya jatuh cinta kat dia .

awak , ingat masa selalu awak lepak kat kedai cendol and saya pernah dengar awak cakap awak takut sangat kat ular kan , then masatu lak saya bawak ular mainan and saya letakkan dalam beg awak . bila awak nak capai purse awak terpegang ular tu and menjerit macam nak mati sampai awak disahkan koma selama enam hari tanpa boleh bercakap mahupun berjoget . and masatu sayalah orang yang selalu jengah awak hantarkan buah sebakul setiap hari sampai nurse buat bisnes buah potong . and saya tengok awak lelap je mata tak sedarkan diri . saya ada juga cuba tampar tampar pipi awak guna kayu besbol bagi sedar tapi doctor cakap keadaan awak makin critical and itu buat saya makin sedih . akhirnya awak tersedar dengan jeritan bila saya bawak ular betul and letak atas muka awak . tapi awak , semakin hari awak semakin jauhkan diri daripada saya sebab awak cakap awak dah serik dah kena ganggu dengan saya . awak terus pindah sekolah masa tu . tapi sejauh mana pun awak pindah , rumah awak sebelah rumah saya je . setiap malam saya akan nyanyi lagu Kau Kunci Cintaku untuk awak . awak ingat lagi tak ? setiap malam juga awak akan lempar batu bata kat kepala saya suruh stop nyanyi tapi saya rasa itulah moment yang paling sweet sebab awak bagi feedback kat saya .

sekarang awak , saya nak luahkan rasa suka saya kat awak , saya tahu selama ni saya pendamkan dalam hati saya yang awaklah crush saya tapi hari ini saya nak luahkan yang saya sukakan awak . saya suka cara awak tersenyum even gigi awak gigi emas , saya suka lesung pipit awak even pipi awak lagi sebelah dah teruk terseret kat jalan tar masa jatuh . even tangan awak pendek sebelah sebab awak terlanggar tiang masa lari jumpa ular dalam beg tu , tapi semua tu sweet bagi saya . saya tetap sukakan awak even macam mana pun keadaan awak . sekejap ! kenapa awak lompat lompat ni awak ? saya hanya sukakan awak .oh please saya bukan cintakan awak ok . dulu masa awak cantik menawan kemain macam kilafairy saya pun awak tak nak layan . sekarang ni baru awak nak merayu kat saya untuk terima awak *flip hair* tapi awak , sebabkan saya awak jadi macam ni , saya harap awak tak kisah jadi makwe kedua saya tapi secara rahsia jelah . kalau awak naklah . so sebabtu saya gigih tulis surat ni dalam gelap tak nak kantoi sampai tulisan saya pun dah macam kangkung masak belacan dah . so apa apa pun kalau awak nak terima cinta saya , awak log in facebook and accept relationship request tu . kalau tak maknanya kita tak ada apa apa . kalau dah deactivated facebook sila buat account baru kalau awak masih nak kat saya . and dear crush , saya ada satu benda nak cakap kat awak , even macam manapun diri saya ni , setiap surat surat saya , saya mesti akan cakap kat orang yang saya ni peminat Yuna , okbai !


crushmu yang kiut miut,
Aizat Abd



Sunday, June 10, 2012

a true friend never disappears

ASSALAMUALAIKUM

agak beberapa hari juga aku tak update blog kan . kalau aku update pun apa orang kisah . sikit pun orang tak nak tengok entry aku *usung beg berlalu pergi* . so hari ini hari Ahad and apa aku nak cakap ? aku nak gelakkan budak budak sekolah sekejap . bagi aku 5 saat , HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ! sebab korang kan dah nak masuk balik sekolah , hadap buku and bangun awal pagi . cakap je hadap buku tapi buku letak sebelah , lappy depan mata kan ? okay sebenarnya masa aku write entry ni aku dah pun berada di perak negeri indah lagi aman damai *capai baldi nak ketawa* apa korang ? kenapa aku kat perak ? sebab semester baru dah nak mulalah , macam korang juga aku pun kena bangun awal juga nanti . kfine kfine nak gelak balik gelaklah tapi make sure jangan sampai kentut bersepah masa gelak tu . kentut dalam hati je okay ? so bila dah nak balik campus ni mulalah aku kena upah mak cik cleaner untuk selalu cucikan blog aku ni sebab kengkadang sampai seminggu aku tak akan update blog . sekali lagi apa korang kisah kan . even kepala aku kena baling dengan tembikai nam biji pun korang tak kisah . so tiada lagi gelak tawa , tiada lagi cerita sedih yang akan aku luahkan kat sini . pokemon nak muntah aku baca ayat aku sendiri . so hari ni nak cerita apa eh ? *sambil garu tangan ala ala gedik* . 

actually bila balik campus ni , aku teringat gak masa masa aku cuti dua bulan dengan kawan kawan baik aku , kenangan keluar sama sama tu kan . memang susah nak lupa and kau pasti akan ingat even benda tu dah lama lepas . and JUE , yes , kawan aku sorang tu masih lagi bercuti manakala aku , Adah and kawan kawan lain dah balik campus . Jue practical kat Melaka . so nak cakap best tu memang best tapi kesian kat Jue sebab dia akan sensorang kat Melaka tu . sebab kalau aku ada , dia jadi macam PA aku dah . bak kata Norlia Ghani Polident , kat mana kau nampak Jue so kat situlah kau akan jumpa aku . macam tulah juga Adah . Kak Long aku yang garang nak mati macam Adibah Noor . mana mana aku nak pergi aku mesti ajak diaorang . so bila aku dengan Adah dah balik campus ni mesti dia akan terperap kat rumah macam ikan pekasam yang korang dok ratah depan TV sambil nangis nangis tengok cerita Ombak Rindu yang ada Megan Fox tu . memang bila dah lama cuti ni kau akan rasa macam satu benda yang berat bila kau nak melangkah balik campus . rasa macam what the Ziana Zain apa malas bebeno ni nak mulakan sem baru . tapi yang penting , cuti aku , aku fulfill dengan kawan kawan aku . even sometimes hujan ribut and petir sekalipun kitaorang tetap keluar juga . sebab bagi aku kalau kita ada kawan , kenapa kita tak boleh habiskan masa dengan kawan kawan kan . sometimes merekalah yang akan support kita bila bila kita susah . 




ini Jue and Adah omel omel omel macam sambal belacan cicah roti canai kan . selain daripada kawan baik aku Ayed , Arriq and Danni , merekalah kawan gila aku yang boleh aku katakan gila to the max sampai kalau jumpa korang akan rasa asyik nak terberak je sebab ketawa . diorang jenis yang sangat tak kisah and totally sangat manja . even kau rasa macam muka mereka nampak dewasa dari aku ehem tapi dia lebih manja berbanding aku . and kalau keluar bertiga dengan Adah tu , Adah dah jadi macam Kak Long untuk aku and Jue . dengan dia kau tak akan berhenti ketawa sebab ada je benda yang dia nak cakap kat kau . aku rasa kalau Rosnah Mat Aris melintas depan kitaorang pun diaorang boleh jadikan bahan untuk buat diketawakan sampai keluar hingus dari hidung . diaorang jenis yang kalau dia tak suka or tak nak , dia akan cakap . means terus teranglah kan . kalau kau macam nak sorok sorok kan , diaorang akan straight to the point nak nak Jue . aku dengan Adah boleh kira selindung and diam diam lagi tapi dia macam masa lepak dengan Keba dulu , masuk je kereta , dia terus je cakap :

NI KE AKBAR AZMAN ? SENGAL JE AKU TENGOK

and dia terus ketawa . tapi Jue jenis yang happy go lucky . tak kisah dengan sesiapa pun dia lepak , orang akan senang berkawan dengan dia . so daripada Keba yang pendiam tu , terus jadi peramah . kau ada ? sama macam Adah . tapi Adah more to serious person . kalau kitaorang buat buat gila badak kelapa kitaorang dia akan macam haipp haipp jangan buat macam tu . lebih kurang macam tulah . sebab tu aku suka berkawan dengan diorang sebab kadang kadang aku rasa macam semua masalah aku akan settle bila keluar dengan diorang . aku anggap diaorang macam adik and kakak aku . sometimes Jue pernah cakap kat aku :

JAT JOM TIDUR RUMAH AKU , BOLEH KITA CERITA CERITA , KAU TIDUR TENGAH TENGAH AND AKU ADAH BELAH TEPI

lepastu mesti akan gelak punya sampai aku rasa macam nak teraccident sebab ketawa tak fokus bila drive . kadang kadang terfikir gak aku kan sampai bila friendship ni kan . mana tahu one day tetibe aku hilang ingatan ke kan , aku dah pergi jauh ke kan . bukan apa just takut friendship ni akan jauh and hilang macam tu je . yes senang kita nak cari kawan , tapi bagi aku sahabat tu yang susah kita nak cari . yang ada dengan kita bila bila masa sahaja tanpa kira macam mana sekalipun keadaan kita . OhMyHarun , sometimes orang berkawan sebab nak ambil kesempatan je . tipulah kalau aku cakap aku tak sayang kawan kawan aku kan *flip hair* . setiap moment kami sama sama keluar , mesti aku akan ingat even pergi kedai sekejap beli topup je dengan diorang . bukan tak boleh jumpa lagi next time tapi kau bayangkan , aku ada cuti panjang masa raya je . so agak lamalah tak jumpa . sebab cuti aku pun sama dengan Adah . and aku mesti akan tersenyum bila ingat moment moment kat bawah ni :








dan masa Jumaat sebelum balik , aku and Adah sengaja bagi kejutan kat Jue sebab aku pun belum pernah buat kejutan kat Jue . masa birthday dia pun just keluar makan gitu gitu je sebab aku kat campus . so aku bukan apa , tak mintak balasan or apa apa pun , just aku nak dia tahu yang aku hargai dia and Adah yang dah lama jadi kawan aku . dari zaman kami selekeh sampai kami dah dewasa dah . friendship dari zaman sekolah kau ingat senang je nak buang friendship yang lama macam ni . tak ada apa yang aku bagi , hanya cupcake yang aku sendiri pilih untuk Jue . 




so kepada Jue and Adah , tak banyak yang aku nak cakap kat kau . aku just nak cakap yang aku sayangkan korang . tapi tak kan sayangkan macam mana Fikri and An sayangkan kau . ucuk korang tu . tapi sebagai seorang kawan baik . tak kiralah one day kalau kau nak terajang aku lupakan aku ke kan , tapi aku akan tetap anggap korang kawan baik aku . even sometimes aku suka takutkan korang dengan hantulah , dengan Voice Note Pontianak tu ke kan , tapi sebab nak kita happy je . sometimes dalam sedih sedih pun aku boleh tersenyum sebab korang . seriously aku cakap yang aku tak pernah terasa or kecewa dengan korang . sometimes aku suka kenakan Adah , sometimes aku suka buat gila gila aku dengan Jue , untuk buat korang sentiasa ingat dengan perangai mangkuk cili aku tu . sebab susah nak cari kawan macam korang . yang ada pun semua tak sama macam korang . even aku jumpa berlambak orang yang boleh ketawa dengan aku , tapi berbeza bila ketawa dengan korang , tergelak dalam kereta , buat miming video , buat clip video bila karaoke . dengan lagu LMFAO lagi . semua tu buat aku senyum sorang sorang . Jumaat pun last kita jumpa sepanjang aku dengan Adah cuti . so Jue kau jangan nakal nakal kat rumah . kalau rindu tu pandai pandailah kau hilangkan rindu tu . tak ada siapa lagi nak ajak kau keluar , tak ada siapa lagi nak ajak kau gila gila lepas kitaorang balik kampus ni . and korang maaf kan aku kalau aku banyak but silap kat korang yang mana aku tak perasan tu . mana tahu korang kecil hati ke kan . bagi aku , koranglah the best kat mata aku . mana tahu ini pesanan terahir aku ke kan . so ingat baik baik ni hah . Jumaat aku happy keluar dengan korang . even tak dapat lama , at least aku jumpa dengan korang before aku balik ke campus . and itu akan buat aku sentiasa tersenyum , jangan lupakan aku tau sebab nanti ingat raya nanti nak pergi keluar habiskan masa , kalaulah sempat kita nak raya kan , boleh tak aku nak cakap aku sayangkan korang ?

JUE AND ADAH , I MAKE A MISTAKE , I KNOW I'M NOT PERFECT , THAT'S WHY I'M THANKFUL TO BOTH OF YOU WHO ALWAYS STICK BY ME KNOWING HOW I AM AND ALWAYS MAKE ME COMFORT IN ANY CONDITION

THANK YOU !




TWITTER :


Tuesday, June 5, 2012

kiub pati ayam

ASSALAMUALAIKUM

tengah hari yang sangat membakar jiwa raga seluruh organ dalaman today bila aku keluar je dari rumah and membuatkan aku rasa macam nak menari shuffle sambil pakai terompah depan rumah . ingat macam ohh tak apa pukul 12 lebih ni tak panaslah kot masih muda lagi pagi ni . so aku suruh adik adik aku siap sebab nak pergi beli something kat market tapi adik aku siap macam nak pergi tengok wayang cerita Ombak Rindu dia punya siap . masa nak pergi garaje tu macam okay yeaahhh suasana mendung macam ada kat somalia sekali bila dia keluarkan kereta daripada garaje , dia punya panas macam kau golek golek badan kau dalam ketuhar gelombang micro sebab matahari yang sebalik awan tu muncul balik . kau ada ? orang panggil microwave je pun aku siap nak bagi pure melayu bagai . so after drive sambil nyanyi lagu Bruno Mars versi sumbang mambang , aku sampailah kat market . toleh kiri kanan aku senyum puas and tutup enjin kereta , okay aku parking kat tempat motor . dalam hati aku tak apa sekejap je pun nak beli coco crunch bukan nak dating dengan Jaafar Onn aumm aumm kan . masuk market pilihlah tempat yang aku nak pergi sebab aku malas nak leka kan kalau leka lagi banyak benda yang aku nak beli . after aku ambil coco crunch aku pandang adik Aiman aku . aku tanya dia nak apa ? jangan nak buat muka poyo badak , kalau nak something cakap je . dia cakap dia nak ice cream then dia pun letakkan balik kiub pati ayam yang dia pegang yang aku sendiri pun tak tahu apa motif dia pegang benda tu . bila aku terpandang , aku tersenyum sebab aku teringat something yang aku ingat and Ibu pun pernah cerita balik kat aku . bila balik aku terus lari capai lappy and dapatlah idea aku nak tulis entry baru hari ni sambil makan coco crunch cicah dengan sambal belacan cili padi .

12 TAHUN LALU....

PERGI MANDI SEKARANG , STOP TENGOK CERITA POWER RANGERS DALAM CD NI , DAH BANYAK KALI ULANG , NAK PERGI RAYA NI

hari ni Ibu Norry suruh siap siap nak pergi raya kat rumah kawan Ibu . dia cakap semua kena pergi even macam mana malas tahap raja somalia sekalipun . kalau tak nak kena tinggal dengan hantu . sebab masa kecil Ibu suka nawwww takutkan kami dengan hantu kalau nak suruh buat something kan . so kau mana kenal erti berani sangat masa tu . nak pergi toilet berak pun kau buka pintu tak nak tutup sebab nanti hantu tu cakar ehem kau masa kau tengah "yak yak" tu . lagipun masa tu mana tahu erti tak nak ikut ni kan , semua je nak ikut even Ibu kau pergi bersihkan longkang kat belakang rumah sekalipun kau mesti nak ikut . lepas dah siap tu pakai handsome handsome macam En Haris Ombak Rindu , bertolaklah ke sana and jalan nak ke sana cukup dah buat aku pening and rasa nak muntah dalam mulut abang aku and suruh dia telan . dalam satu jam macam tu , sampailah rumah kawan Ibu tu . Ayah cakap kat rumah orang jangan nakal nakal sebab aku kalau dengan abang ni memang susah nak dengar cakap , nakal bukan main sampai aku rasa even tuan rumah tu senyum and cakap "EHH TAKPE TAKPE BUDAK BUDAK" tapi bila aku balik mesti dia kutuk aku cakap aku punya nakal macam pokemon punya sos cili perangai . nak nak Ibu aku kalau dari jauh dia nampak aku dengan abang nakal , dia punya besarkan mata sampai aku rasa benda tu satu yang menggerunkan and dalam hati siap siap mengucap "I'M GONNA DAIIIIII !" so bila masuk je dalam rumah aku pun duduk diam je sebab takut nanti kena humban dengan tuan rumah dia . sebab dia punya misai bukan main macam santa claus Malaysia . susah kau nak dapat pak cik macam ni . abang aku pula dengan muka tembok tandas dah pergi terus tengok cartoon dengan anak mak cik tu kat depan TV . so aku pun join sebab kasih aku dengan abang memang susah nak dipisahkan even dia selalu cucuk hidung aku dengan batang mop . tengah tengok tengok makan makan semua . tiba tiba aku cakap kat abang aku sambil kepit kepit peha kiri kanan lompat lompat

ABANG , NAK CINCING *dalam bahasa bakunya ialah kencing*

sebagai seorang abang yang bertanggungjawab , dia pun dengan gigih bangun tolong aku cari tandas . then kitaorang pun macam buat rumah tu macam rumah sendiri tanpa fikir yang rumah ni tandas dia kat mana . pergi rayau rayau bukan nak cari Rosnah Mat Aris , tapi sebab nak cari tandas kat rumah dia . memang langsung dalam kepala otak ni nak tanya anak dia ke , tanya makcik yang muka macam Norlia Ghani tu ke kan tandas dia kat belah mana . sukahati bapak pergi geledah rumah dia cari tandas . then aku pun jumpalah tandas tu kat belah dapur .tengok kiri kanan dia macam seram bapak sebab aku pun tak tahu mana nak buka lampu dia . aku pun masuklah lepaskan kekecingan aku dalam toilet . lepas siram cuci dan celup . ehh bukan , dah macam oreo pulak , so lepas dah selesai tu aku pun keluar even aku sendiri pun tak tahu entah kat mana aku cincing sebab gelap . aku pakai siram je lantaklah lepas mak cik tu buka lampu berterabur dia tengok titisan oren berada di lantai . aku tengok abang aku ada kat cabinet mak cik tu sambil dia tengok something dalam kotak . aku yang bendul ni terus je berjalan lepas dah zip seluar and tanya dia :

AKU : ABANG , KAU PEGANG APA TU , KAU ADA JUMPA MAINAN KE ?
ABANG : TAK TAHU , CUBA TENGOK NI MACAM COKLAT , MESTI RASA DIA SEDAP KAN , ADA BANYAK NI , NAK RASA TAK ?

then aku pun ambil apa yang abang pegang aku goncang goncang kotak tu sebab aku nak tahu benda dalam tu masih ada banyak lagi ke tak . perasaan teruja tu ada sebab masa kecil kau dapat coklat seposen pun kau bantai je makan kan . tapi sorok sorok nak makan sebab nanti kena bebel dengan Ibu Norry . dia jarang bagi makan coklat and rosak gigi katanyalah kan . tapi kat sekolah aku bantaikan makan siap spare dalam poket , then aku pandang abang aku and cakap :

AKU : AAH LAH ABANG , COKLAT , JOM KITA AMBIL NAK TAK ? ADA BANYAK , MESTI DIA TAK TAHU KITA AMBIL SATU
ABANG : SIMPAN DALAM POKET CEPAT , LEPASTU KITA TERUS PERGI DEPAN , NANTI DIA TAHU

then dengan selamba badak tenat aku pun ambil simpan dalam poket jauh ke dalam sebab takut nanti kantoi kitaorang ambil . aku pun pergi balik depan sebab Ibu macam nak balik . lepas salam salam tu , dapat duit angpau dari pak cik tua kerepot tu . dia cakap belajar rajin rajin . aku masa tu mana tahu sangat apa tu belajar rajin rajin siap dia nak bagi nasihat bagai macam aku ni dah sekolah menengah kan . nasihat mengundang macam mintak aku baling tembikai nam biji kat muka dia dengan bertubi tubi . bila dah masuk kereta tu kira macam selamat dah pak cik and mak cik tu tak tahu kitaorang ambil "COKLAT" idaman mereka tu . untuk adik adik yang baca , jangan tiru aksi ini di rumah orang , mengambil barang orang tanpa izin nanti tangan kena kerat . ingat tau *big clap* bila dalam kereta aku keluarkan "COKLAT" yang kami tak sengaja ambil tu sambil senyum senyum tayang kat depan muka abang mengalahkan aku yang berjaya ambil sorang . padahal abang aku yang jumpa . rasa macam nak bom diri sendiri guna tong gas . then abang pun cakap suruh buka , aku pandang Ibu Norry dengan Ayah Abd , masing masing tengah rancak berborak kat depan sambil nyanyi lagu cinta masa mereka muda muda , kemain . then aku buka diam diam kat belakang dengan abang , aku bagi abang rasa dulu lepastu bila dia hisap hisap benda tu , dia buat muka and dia luekk luekk sikit sebab dia gigit separuh . so aku pun pelik and rasa teruja tu buat aku terus je gigit and telan . lepastu aku terus muntah dalam kereta tu siap keluar airmata bagai muntah tu . Ibu terus toleh ke belakang cuak gelabah macam kitaorang ni nak bersalin and cakap :

KENAPA NI ? KORANG MAKAN APA NI ? SINI IBU TENGOK KAT TANGAN TU APA *sambil ambil benda kat tangan aku* INI KUIB BUAT SUP KENAPA MAKAN NI ?

then aku macam bingai bingai blurr terus je mual macam tu , Ibu bagi aku minum air masak banyak banyak macam Najwa Latip minum sebelum buat concert . esok tu terus aku dengan abang demam sebab maybe pening kot makan kejadah benda tu . sejak daripada tu aku fobia juga sebab kalau kita dah makan something tu then muntah kan kita macam akan fobia kan . so dah lama lama baru aku boleh terima makan sup yang berkiubkan pati ayam . bila aku cerita balik kat Ibu mesti dia akan ingat . tapi sampai sekarang pun Ibu tak tahu yang kiub tu kami ambil kat rumah mak cik tu . rumah mak cik tu pun aku dah tak ingat kat mana . entah entah dia dah menjanda ke kan mana tahu . so bila aku pandang kiub pati ayam tu aku mesti akan teringat cerita tu and terasa kat tekak aku macam mana masin and mualnya aku makan benda tu dulu . kau akan rasa macam kau bakal mengandung je bila telan benda tu kau tahu . baik kau jangan cuba sebelum kau demam macam aku . actually cerita masa zaman kanak kanak ni memang best tak kiralah kau ni pendiam ke dulu , hyper ke , tapi mesti akan ada kenangan kau masa kecil . even kau tak ingat macam manapun then bila Ibu kau ingatkan balik mesti kau akan teringat semua tu . macam aku , kisah kenakalan aku tak pernah habis pun . cuma aku je tak ingat semua benda yang pernah aku buat masa kecil kecil dulu . bila aku teringat , kat sinilah akan aku ceritakan .




NOTE : kalau lepasni nak ambil serbuk kari pulak boleh tak ?


FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH (KLIK)
FACEBOOK PAGE : WHISPER OF EIJAT ABDULLAH (KLIK)
TWITTER : @AIZATABD (KLIK)

Sunday, June 3, 2012

you can't be a pencil to write someone's happiness

ASSALAMUALAIKUM


2 TAHUN LALU....
memang dah lama tak buka facebook ni sampai aku rasa status update aku seminggu lepas , so today macam nak buka tapi tak ada satu benda pun aku nak tulis kat aku punya status sebab aku tengok pun orang yang online tak ramai . aku fikir fikir apa yang aku nak buat dengan facebook ni , tak kan nak tengok gambar sendiri kan . aku pergi home tengok update orang kalau menarik , aku pergi profile orang tu . then tiba tiba aku terbuka profile someone yang dah jadi kawan aku dalam facebook tapi kami tak pernah tegur lagi . aku scroll sampai ke bawah . seorang gadis yang manis and simple based on default picture yang dia guna . aku tengok wall dia , dia ada upadate something yang menarik kat status dia . aku senyum and like status kat wall dia , and akulah orang pertama yang like status tu sebab bagi akulah kan , aku rasa status dia menarik even tak menarik kat mata orang lain .

YOU CAN'T BE A PENCIL TO WRITE SOMEONE'S HAPPINESS

then macam biasa kalau buka facebook , kita akan buka macam macam tab kan . dengan youtube semua . so lepas rasa macam dah tak ada apa apa and bosan menghadap benda sama kat facebook , aku pun terus je buka tab youtube and aku biarkan facebook aku sekejap . tengah tengok video kat youtube tu , tiba tiba ada dengar bunyi IM kat facebook . aku biarkan je sebab masa tu kan orang suka bagi kita link suruh like gambar kan . then aku ignore sebab aku malas nak layan sangat , lepas dah lama baru aku akan balas , tu pun kena ikut juga kerajinan aku . lepas je habis aku tengok video tu aku on facebook . aku tengok nama gadis tadi yang aku like status tu IM aku . dalam kepala aku maybe dia nak cakap thanks ke apa kan . dengan slow aku buka IM tu and senyum dengan apa yang dia tulis , macam apa yang aku fikirkan , memang dia nak cakap terima kasih kat aku .

EIJAT ABDULLAH , FIRST PERSON YANG LIKE STATUS I , THANK YOU

and aku just reply dengan smiley senyum sahaja sebab aku masa tu macam malas nak layan sangat kan lagipun masa tu petang , mana ada idea sangat nak borak borak , kalau borak pun tanya tinggal mana , dah makan ke buat apa , semua tu macam dah terlalu biasa untuk orang yang baru kita kenal kan . then aku tutup IM tu , bila aku nak buka balik tab youtube . hati aku macam rasa nak tulis something kat dia punya IM tadi untuk balas balik apa yang dia tulis kat status dia , aku buka balik IM tu and aku reply kat dia

EVEN KITA TAK BOLEH MENULIS KEBAHAGIAAN ORANG LAIN , TAPI KITA MASIH MAMPU BUAT DIA TERSENYUM

then start daripada itulah kami berkawan even mula mula kan aku macam malas nak reply sangat . yes dia memang seorang yang peramah and tak sombong . nak kata dia berlagak tu pun tidak sebab humble tu dah jadi sebahagian daripada hidup dia . bila setiap kali aku online je mesti dia akan tegur aku sebab aku malas nak IM sangat . then makin lama makin rapat and aku makin senang berkawan dengan dia . semua benda dalam hidup dia , dia ceritakan kat aku . and aku pun sama . setiap hari aku akan online facebook tengah tengah malam untuk IM dengan dia even masatu aku ada kerja nak buat . bila aku rasa sedih aku akan ceritakan kat dia , and dialah yang akan get back senyuman aku even dia terpaksa buat lawak yang tak henti henti . ada juga aku tanya kenapa dia rajin sangat reply IM aku , then dia just jawab "tangan I yang bergerak , so jangan tanya I kenapa" . lama lama bila dah berkawan tu , kami pun adalah juga berjumpa , ditemani dengan Isya masa tu sebab dia pun duduk sama negeri dengan aku . just masa tu mana ada lesen kan nak keluar jalan jalan sangat . usia pun muda lagi masatu . then masa keluar bertiga tu dia memang happening walaupun agak kekok kan baru first time jumpa . tapi dia buat macam kami dah lama kenal and berkawan . sampaikan aku dengan Isya dah tak terlayan dengan cakap cakap dia . ada je topik yang dia nak cakap . Isya pun senang berkawan dengan dia even mereka baru kenal .

then bila dah jadi kawan , dia pun kenal dengan family aku , dengan Ibu Norry . and bila aku nak keluar je , aku cakap aku keluar dengan dia , Ibu tak pernah halang . sebab Ibu tahu dia orang yang baik , gadis yang menghormati orang tua . so bila keluar mesti aku akan keluar berempat , aku , dia , Isya and Ayed masa tu . even rumah aku dengan rumah dia dalam satu negeri , tapi nak ke rumah dia tu jauh jugalah . one day , aku dapat friendship card yang pertama daripada dia , and dia kata dia nak aku dengan dia berkawan sampai bila bila even kecil hati macam mana sekalipun . start from that , dia selalu post kat aku friendship card and aku akan balas balik . tak kiralah kad raya ke , kad friendship semua dia akan post kat rumah aku . so bila nak SPM tu masing masing kan dah makin busy , so kami pun dah jarang keluar , dah jarang contact , bila aku online , dia tak online . sometimes bila dia text , aku terlambat reply and dia tak reply dah . rasa macam rindu and dia makin jauh tu ada tapi kena faham jugalah kan masing masing nak fokus kat SPM even masatu baru awal tahun . then makin lama makin diam , terus tak contact dah even kami sama sama online facebook masa tu . sebab aku tahu selalu dia akan tegur aku even kadang kadang aku terlupa nak tegur dia . pernah aku hantar smiley senyum kat dia , tapi dia tak reply . so aku terus offline facebook . then aku pun pelik kenapa dia tiba tiba macam tu kan . so sambil fikir tu aku terus tertidur . esok bila balik sekolah aku online and buka facebook dia balik . aku tengok kat profile dia 

IN A RELATIONSHIP

yang baru je dia buat dengan someone . aku senyum and fikir . mungkin itulah sebab dia berubah kot . sebab dia terus diamkan diri dia and jauhkan diri dia daripada aku . aku pun pelik and tak tahu kenapa . tak akan sebabtu dia jadi macam tu . aku dengan Isya masatu pun in a relationship but takdelah sampai nak ignore dia . tapi disebabkan aku malas nak fikir buruk about dia . aku anggap yang dia busy and tak ada masa untuk aku . so aku pun diamkan sahaja and aku tunggu mana tahu kalau kalau dia tiba tiba contact aku ke kan . tapi bila orang dah mula lupakan kita , kita pun janganlah terus berharap , sebab nanti kita sendiri yang akan terluka dengan semua perbuatan dia . aku pun teruskan hidup tanpa dia lagi sebagai kawan aku . aku semakin lupakan dia tapi bukanlah nak lupakan semuanya , just aku anggap yang dia tak akan ada untuk aku berkawan . sebab bagi aku dia bukanlah kawan sejati aku . sebab kalau kawan sejati , dia akan bersama sama even macam manapun keadaan kita . sejak daripada tu , dia dah tak muncul lagi dalam hidup aku . tak pernah juga aku contact dia or dia contact aku . bukan sebab ego aku , tapi sebab aku hormat dia yang maybe tak nak aku ganggu dia lagi . kadang kadang bila aku check contact , terasa juga nak text dia , tapi aku cancel nak hantar sebab aku fikir maybe dia akan baca , tapi tak akan balas . so aku diamkan .

sampailah hari ni dah dua tahun berlalu , aku masih tak dengar apa apa cerita pun daripada dia . sihat ke dia , dengan siapa dia , macam mana kehidupan dia . tadi masa aku nak kemas barang untuk aku balik campus minggu depan , aku capai satu file yang aku simpan semua kad kad yang pernah dia bagi kat aku . sebab aku simpan kemas benda tu dalam laci kat bilik aku . aku buka and baca , semua tu buat aku teringat balik macam mana aku boleh kenal dengan dia . even semua card tu dia bagi aku dengan perkataan friendship forever , tapi semua tu hanya kata kata yang tertulis kat kad sahaja , bukan yang dia maksudkan . semua tu aku selongkar and baca satu satu . semua kata kata dia buat aku tersenyum tapi dalam pada masa yang sama , semua tu hanya kata kata dari mulut dia je , bukan hati . sebab dia lupakan persahabatan untuk cinta dia yang kekal ke tidak . tapi tak apalah , mungkin itulah kebahagiaan dia . aku tutup balik file aku and simpan kemas dalam laci aku balik . aku hope one day akan ada kad yang boleh aku smpan lagi dalam file tu . aku teruskan kerja kerja aku . maybe one day hati dia akan terbuka untuk cari friendship kami yang dah jauh kami tinggalkan , maybe juga one day nanti aku akan terima satu text atau kad lagi daripada dia , just aku je tak tahu bila kan . so being positive thinker is better dari kita pandang something tu dengan benda yang negatif . sometimes even dia jauh sekalipun , dia kadang kadang masih ingat kat kita , kita je tak tahu bila kan . mungkin ada sebab mereka buat macam ni .

SOMETIMES THE PEOPLE THAT SO FAR AWAY FROM YOU CAN MAKE YOU FEEL MORE BETTER THAN THE PEOPLE BESIDE YOU