APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, May 31, 2012

Surat Buat Bakal Menantu

ASSALAMUALAIKUM




kehadapan menantu lelaki buaya darat yang pertama dalam keluarga *sendiri pun tak tahu siapa dia*

so uncle tahu kau ni pun menyirap pagi pagi buta kau dah dikejutkan oleh hon van poslaju depan rumah kau . bukan apa , ni uncle just nak post surat untuk kau je ni supaya kau dapat baca dengan teliti sebelum kau nak menikah dengan anak uncle . siapa uncle ni kau tak perlu tahu , even masa kau terima ni kau cakap apa kejadah pokemon tua siapa hantar surat ni kan , but aku tahu satu hari nanti kaulah yang akan berkenalan dengan anak aku , Leesya . apa kau ingat nak dapat anak aku , Leesya , senang . ni macam macam aku nak pastikan kau buat kat dia supaya dia tak menyesal kahwin dengan kau macam mana janda janda lain menyesal berkahwin dengan suami mereka . aku tahu satu hari nanti tak kiralah macam mana sekalipun kau akan jatuh cinta dengan anak aku , tapi aku je tak tahu kau siapa . so kau bolehlah panggil aku PAPA AIZAT , aww aww sweet kan nama aku , tapi sebab Leesya pun panggil aku papa , kau pun kena panggil sebelum aku lempar kau dengan tembikai nam biji tepat di muka *actually aku belum berkahwin dan watak Leesya and Syalee hanya rekaan aku semata mata* so memang benda ni aku nak bagitahu kau sebelum kau kahwin dengan anak aku and hope kau tak akan lupa baca satu persatu ayat aku , kalau tak memang harapan aku nak jadi wali akad nikah kau nanti , biar kau tak kahwin dengan dia daripada aku tengok kau buat anak aku sedih menderita *flip hair with big clap* aku tak nak demand banyak , cukuplah kalau benda kat bawah ni kau buat dah bagi aku lega and pergi dengan tersenyum nanti .

#01 HIDUP LENGKAP
ni aku nak cakap ni , sebelum kau fikir kau nak kahwin nak usha dengan anak aku weeweeit weeewitt nanti , aku nak life kau tu mestilah dah complete , kau ada kerja semua , rumah kau sendiri , harta kau sendiri , aku tak nak banyak , cukup kalau kau nak kahwin tu wang merisik je aku nak 20K , ehh bukanlah demand kan tapi kau ingat nak tempah Eric Leong kemas bilik masa kau nak merisik tu murah ? so aku harap masatu kehidupan kau dah lengkap , kalau aku tahu tak lengkap bukan apalah kan , aku terus reject even anak aku andartu sampai ke tua . apa kau cakap aku materialistik ? aku bukan nak cakap apalah kan , kau faham kan dialah satu satunya anak perempuan aku and anak sulung , so kalau kau rasa kau nak kau ikut cakap aku , kalau tak nak tu norlia ghani tunggu kau pinang dia . lagipun aku buat semua tu untuk kebahagiaan kau juga , tengok keikhlasan kau terima anak aku ke tak dengan hati kau . duit 20K tu hanya ujian aku kat kau je sebab kalau kau dah kahwin nanti , aku akan masukkan duit tu dalam account anak aku and aku nak dia sentiasa ada income kalau tetibe kau tak sihat kan nak mati sebab kena racun ke dengan dia kan and masatu pulak kau tak dapat nak kerja , dia ada simpanan yang boleh dia guna untuk rawat kau even dia sendiri yang racunkan kau mana tahu kan ? tak ke baiknya aku ni kan . so kalau kau rasa nak anak gadis sunti intan payung gunung meletup aku tu , aku harap kau faham kan apa yang aku cuba buat ni , kalau tak nak , kau boleh aku terajangkan keluar dari rumah aku masa kau masuk merisik tu .

#02 CURANG
lepas kau dah kahwin nanti , aku tak nak dengar dah kau curang ada scandal dengan Datin Kiah Sepat kat Lorong Haji Taib ke kan . kalau satu hari tiba tiba Leesya menangis balik rumah aku tanpa sempat kata apa apa , aku dah pergi humbankan kelapa kat muka kau sebab buat dia menangis , aku sendiri tak pernah buat dia menangis . so kalau kau curang tu faham faham lah kan , bukan anak aku yang minta fasakh , aku yang akan tuntut fasakh dari kau . kau ingat curang ni best ke ? aku pun ada pengalaman dulu , lepastu kantoi aku ingat takpe kalau isteri aku tinggalkan aku , aku ada perempuan Haji Taib ni boleh jaga aku , lama lama rupanya aku tahu yang dia ni pondan , terus jatuh hancur hati aku macam pelajar Akademi Fantasia terkeluar usung beg kau tahu . lepas je aku tahu tu aku terus terajang dia masuk longkang and koma 9 hari tanpa boleh bersuara and terus bisu . so better kau jagalah hati anak aku tu kalau kau ikhlas nak dengan dia . letakkanlah dia dalam hati kau . aku tahu dia akan menyayangi kau kalau kau pun ikhlas cintakan dia . aku lebih tahu sebab dia anak aku , even nanti masa dia jumpa kau dia akan tanya :

KAU NI ANAK DATUK KE BUKAN ? KALAU KAU BUKAN ANAK DATUK KAU BOLEH BLAH SEKARANG

tapi itu hanya kata kata dari mulut dia je , tapi aku lebih tahu macam mana hati dia . hati dia lebih lembut dari kata kata dia . kau ambillah hati dia even dia letakkan tujuh syarat nak pinang dia , dia nak hati unta , bagikan , dia nak tujuh tempayan peluh mat bangla , bagikan , dia nak lima set gigi palsu emas ? pun bagikan . sebab semua tu hanya dia nak uji yang kau sayangkan dia ke just kau nak tengok rupa dia , sebab anak aku ni muka dia kalah Lisa Al Yahya Al Bakarin . kau ada ?

# 03 AURAT
kalau kau nak tahu , anak aku ni punya seksi dia mengalahkan Megan Fox dalam cerita Ombak Rindu tu . dia kalau pergi shopping dengan aku kerja dia habiskan duit aku sampaikan aku nak bayar duit parking pun kena hutang dulu . lepastu dia ni jenis kalau nak pilih baju mesti nak yang seksi seksi sampai ada satu masa tu dia nak beli baju and seluar jarang yang boleh nampak dalam . aku cakap kat dia baik kau bogel je kalau macam tu . then kalau dia keluar dengan aku memang harapan aku nak bagi dia pakai or beli macam tu , aku paksa dia pakai purdah kau tahu . even kau cakap apa bapak serabai ketonteng siot bapak mertua macam ni , apa aku kisah . ni untuk kebaikan kau juga . even nanti kalau kau suruh dia tutup aurat sepenuhnya then kawan kawan kau cakap apa kejadah isteri kau tu skema bapak pakai macam tu and tak style macam model majalah playboy , kau jawab balik kat dia "KAU NAK SYURGA KE NERAKA ?" nanti diorang akan terdiam . and aku tahu even aku busy bapak macam mana sekalipun aku tak lupa ajaran agama aku untuk anak anak aku , aku tak nak lah dah mati nanti aku kena soal and aku takleh jawab sebab aku tak jaga aurat anak aku . kalau satu hari bila anak aku tanya kenapa kena buat semua tu , kau senyum and jawab macam ni :

ISLAM SANGAT MENJAGA AURAT KAUM HAWA , EVEN MATI SEKALIPUN , KUBUR LELAKI HANYA LIMA KAKI DALAM , TAPI KUBUR WANITA TUJUH KAKI DALAM , SEBAB KALAU TERJADINYA BANJIR , TAK ADALAH MAYAT WANITA TU TERAPUNG AND AKAN MEMBUKA AURATNYA

dan itulah apa yang aku ajar dia sejak dia kecil lagi . aku tak nak sebab dia tak tutup aurat , dia akan seret kau sekali masuk ikut dia ke neraka . syurga tu senang kita nak dapat , tapi dalam pada masa yang sama susah kalau kita tak pandai nak menilai . aku bukanlah nak jadi ustaz buat kau meluat je tengok aku tapi ini apa yang kau perlu tahulah pokemon , make sure kau simpan surat ni siap frame letakkan sekali gambar En Haris Ombak Rindu .

#04 TANGGUNGJAWAB
aku tahu kau dah muntah berdarah pelangi dah bila baca surat aku ni , tapi even aku tengah berak ni pun aku gagahkan diri tulis surat untuk kau ni . untung kau dapat bapak mertua handsome macam aku , kalau kau rasa nak baling tembikai kat aku , silakan . bila bercakap pasal tanggungjawab tu , kau kena fahamlah sendiri . jangan kau sesukahati nak abaikan anak aku . kalau kau abaikan dia , memang sampai ke lubang anak cacing mongolia pun aku cari kau . jangan fikir kau kahwin nak best je , ni terajang makan dia . kalau isteri kau mengandung tu kau jagalah dia . kadang kadang orang macam ni dia mengada je lebih , nak kencing pun kadang kadang nak suruh kita hadap temankan . what the ziana zain kan . tapi kau layankan je , aku dulu layan je apa isteri aku nak , masa mengandung dia nak naik basikal aku layankan sampai dia terberanak kat taman masa naik basikal . anak anak pulak kau jangan abaikan . aku tak pernah sekali abaikan dia , abaikan anak anak aku . yang paling aku jaga adalah anak gadis aku tu . siapa kau tanya ? bakal isteri kau lah jamban . dari kecil dia cakap nak itu , nak ini aku layankan . dia yang suruh aku kahwin baru dulu tapi aku tak nak sebenarnya , tapi nak buat macam mana kan , lama menduda aku kahwin je baru , now aku cerai dah sebab isteri aku tu rupanya dah kahwin buat kali kelima and aku suami dia yang kelima tanpa dia cerai dengan jantan lain , kau ada ? so kalau kau rasa kau nak lama dengan anak aku , tanggungjawab kau tu kena ada , sebab itulah apa yang gadis nak sebenarnya , aku tak cakap aku ni baik , ada aku cakap ? tak kan , tapi ingatlah kau jumpa macam macam orang kan kat dunia ni , tapi yang kau jatuh cinta dengan dia , so kau jagalah dia macam mana dia jaga kau kan , kalau tak memang aku lempang kau guna kasut saiz lapan aku , kalau kau nak rasalah .

#05 DAN.......
dan kalau kau cukupkan semua nasihat aku , ikut semua nasihat aku kat atas tu , ambillah dia menjadi pemilik hati kau . akan aku jadi wali untuk nikahkan kau dengan dia . sebab aku tahu kalau tak ada orang nak nasihat , siapa lagi nak nasihat kau ye tak ? sebab aku tahu kau ni sebatang kara even kau ni jutawan kalah menteri somalia . aku tak nak banyak , cukuplah kau jaga anak aku macam mana aku jaga dia dari kecil . jangan kau lukakan dia sebab kau yang akan aku lukakan sampai masuk ICU . mulakanlah hidup korang nanti dengan Bismillah . sebab itu yang terbaik aku doakan untuk korang .

bila kau dah habis baca surat ni , mesti kau cakap alamak bapak gila baik gila babeng raja cimpanzi sambal belacan lah bapak mertua aku ni , tapi tapi tapi , bukan senang nak dapat anak gadis aku , macam aku cakap juga tadi , tak banyak yang aku nak , cukuplah sekadar kau sediakan aku pakej perlancongan mewah ke Las Vegas ditemani supermodel Gisele Bundchen selama seminggu siap dengan laluan VIP di setiap laluan di sana , itu je kalau kau nak menikah dengan anak aku , kalau tak nak , just kau kena ingat ayat ni "AKAN AKU TERAJANG KAU KELUAR DARI RUMAH MASA KAU MASUK MERISIK ANAK AKU" , and aku ni peminat Yuna , okbai !


bapak mertuamu handsome,
Papa Aizat


No comments:

Post a Comment