APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, September 14, 2011

manusia atau apakah ?

ASSALAMUALAIKUM

2 hari lepas ,

mcm biasalah selalu tidur lambat dengan roommate aku . kerja banyak jangan cerita . sampai takda masa nak fikir tidur ke , makan ke , berak ke , yang penting kena siapkan final report and lega bila dah submit . kenapa tajuk entry aku mcm ni ? bukan dibuat-2 tapi ada cerita si sebaliknya .

2.00 PAGI
aku and mel pergi bilik kidey sebab nak hantar building plan and nak tolong sikit-2 kidey buat sketches . lepak-2 sekejap kat bilik dia . penat memang penat tapi disebabkan ini final report , gigihkan jugak . around 1 jam ke 2 jam jugak lepak bilik kidey then kemas-2 and balik bilik sebb banyak benda nak kena settlekan lagi.

3.45 PAGI
aduhhh ! plug pulak buat masalah . battery lappy aku ngn mel siryes dah tahap nazak . nak cari power plug kat mana pagi-2 mcm ni . satu aras pulak tu takda . nak tanya bilik lain bilik semua dah gelap . then jengah bilik bawah (bilik rehat) dari atas , tengok bilik tu tutup tapi terang . mungkin ada oranglah tu . then mel ajak buat kerja kat bawah . memang malas nak gerak pergi sana sebab nak angkat barang apa bagai kan . haih , nak tak nak terpaksa ikut jugaklah . kang habis kerja tak siap . dah tinggal beberapa jam je lagi sebelum presentation .

4.15 PAGI
aku dah siap kemas barang and aku tunggu mel kat koridor bilik . aku tengok bilik rehat punya pintu terbuka , aku tengok ada dua orang dalam bilik tu . satu tengah hadap lappy , yang satu lagi tengah kat sebelah dia pandang dia tanpa toleh-2 . tapi kawan sebelah dia tak pandang kat dia pun atau tegur dia . kalau toleh pun buat muka tak tahu . aku pandang je . kawan sebelah tu tak bergerak-2 pun . dia yang pakai tshirt and track je . duduk tekun tengok budak sebelah dia yang tengah main lappy . then aku pun gerak ke bawah bila mel cakap kat aku jom turun . then sambil gelak-2 and gurau-2 seram kitaorg pun turunlah pergi kat bilik tu .

4.30 PAGI
sampai je kat bilik tu tengok ada budak sorang tengah main lappy . okayy , aku fikir kawan dia dah balik atau keluar jap pergi belia ir kat mesin . tapi masanak turun tu tak nampak sape-2 pulak sebab kalau turun tangga mesti nampak orang lalu . then aku buat tak tahu and ajak mel pergi amik air nak buat maggi . dalam perjalanan tu aku cakap kat mel apa yang aku nampak tadi then mel cakap nanti nak tanya budak tu . then bila masuk bilik tu , letak maggi and mel tanya budak main lappy tu ::

 MEL : eh , nak balik dah . kau dengan siapa tadi ?
BUDAK TU : mana ada siapa-2 . aku sorang je kat sini dari pukul 12 tadi . dahla cerita kat tv ni asyik tayang cerita hantu je .

okayy , aku yang malas nak fikir apa-2 masa tu terus je on lappy and buat kerja . masing-2 malas nak cakap pasal benda tu .

NOTE : kalau kita undang , dia datang , kalau kita ingat dia , dia ingat kita