ASSALAMUALAIKUM
ok , disebabkan lama sangat dok publish cerpen aku tu , sampai takda masa atau takda entry yang aku nak tulis buat tatapan korang even takda orang nak baca sekalipun , biarlah aku sendiri yang baca berulang-2 kali . best kan ? sampai dah boleh hafal setiap baris ayat . ok , kenapa aku berblogging secara tiba-2 ? cuba hang dok pi baca tajuk entry aku . tak nampak ? pergi print size A1 . tak mahal . baru RM60 je . *semata-2 nak baca kann .
PUASA ? kenapa korang tanya aku apa itu puasa . nak kena garu-2 kat tapak kaki ea . ok , disebabkan bulan Syaaban yang dah berakhir , menjelma pula bulan Ramadhan yang kita nantikan . siryes tak sabar nak puasa bukan sebab nak raya tapi sebab suasana puasa yang best . masuk kali ni dah 2 kali aku puasa kat sini . masa part 1 dulu and sekarang part 3 . cepat gaklah masa berlalu . nanti dah tak boleh nak mengunyah setiap masa mcm selalu dok menghadap laptop sambil kunyah-2 makanan tak henti-2 . pastu tak boleh nak bergosip-2 dah mcm dulu . hahaha .
bila ingat puasa teringat cerita zaman kanak-2 . almaklumlah bila puasa je , adalah alasan kan . nak-2 time tadika . bila dah tengah hari je buatlah hal . terbaring sana , terbaring sini konon mintak simpati nak berbuka . mcm waktu dulu , bila puasa je cuti dari awal puasa sampailah habis raya . memang best . sekarang memang harapan . cuti raya pon seminggu je . baru nak bersalam-2an dah habis cuti . then aku still ingat lagik dulu time semangat nak pasang pelita . kebetulan aku tak tahu yang botol yang aku gunakan letak minyak tu bekas botol petrol . ceh dengan bangganya tuang dalam bekas pelita . then bila botol tu kosong , api sambar botol tu then gas panas dia terkena tangan aku . memang terkejut tetibe tapak tangan aku mengecut . then aku pon larilah pergi kat paip basuh , ceh , nyaman je . bila tutup air , peh , pedih+sakit mcm kena hiris pastu letak limau kat tangan . memang sakit . bila nak berbuka memang terbantut selera nak makan tahan kesakitan . dahla lagi 5 hari nak raya .
then tangan dah mengelembung ada mcm air dalam tu sampai aku sendiri tak sanggup nak tengok tangan aku . bila raya tangan pon berbalut-2 lah kan lepas pergi klinik . bila salam orang , orang dok ingat aku main mercun . ok , bestnya main mercun . tapi tangan aku dah licin kembali . tak percaya ? saksikan =))
haha . then paling best bila time berbuka . nak makan sana , nak makan sini tapi bila dah berbuka banyak yang tak makan . tapi , sangat sangat and sangat best bila berbuka dengan family . dah banyak kali tak dapat buka sama (*______*) . ada pon lagi 3 4 hari nak raya . bolehlah .
sebelum aku melabuhkan tirai percakapan aku ini , aku nak memohon maaf di atas segala kesalahan yang aku lakukan sebelum berpuasa ini . dan kepada keluarga , nanti orang balik jangan lupa masak sedap-2 and kepada semua SELAMAT BERPUASA .
bila puasa nak makan laksa,
bila dah beli nak makan buah-2an
bila puasa tak nak puasa,
tapi raya dia yang berlebih-2an.